Tuesday, February 24, 2015

Muwasofat Tarbiyah




Banyak orang memeluk islam karena terpesona dengan akhlak seorang muslim. mereka melihat umat Islam itu jujur, menepati janji, sopan dan halus bicaranya, selalu tersenyum dan penuh kasih sayang... Sebut saja Suraqah, pemuda Quraisy yang begitu bersemangat membunuh Nabi. dia masuk Islam, setelah dimaafkan Nabi. Namun, sejarah emas akhlak muslim tersebut kini seolah pudar. Akhlak sebagian besar kaum muslimin semakin hari semakin membimbangkan. Betapa banyak orang pangkatnya haji, tapi tingkah lakunya tak terpuji. Sama juga dengan gaya hidup pemuda-pemudi Islam, yang nyaris tak ada bezanya dengan budaya Barat.

Semulia akhlak Rasulullah. Sungguh, Rasulullah diutus untuk membentuk peribadi yang cantek, seperti yang tersusun indah dalam al-Quran.


Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
Dan mereka yg berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu,
Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela,
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas,
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya,
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya,
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
[al-mukminun]
Hassan al Banna sudah gariskan 10 muwasofat tarbiyah sesuai untuk membentuk individu muslim, juga untuk membina kader dakwah berkualiti. Jika anda telah pun di injek oleh tarbiyah, makanya 10 muwasofat ni sangat penting untuk dibina supaya diri anda dapat di baluti oleh islam completely.
Anda di dalam satu fasa perubahan. iaitu untuk memperbaiki diri, lalu berusaha untuk memperbaiki orang lain. seperti yang pernah disebut oleh imam HAB, "wajib seorang muslim untuk start perbaiki dirinya, dan kesempurnaan tu boleh kita lihat bila dia dah memilik beberapa perkara yang  menjadikan dia mampu untuk memikul tanggungjawab amal islami."

Muwasofat tarbiyah ialah ciri-ciri orang yang sudah di tarbiyah atau di didik dengan acuan Islam oleh Allah SWT dan 10 muwasofat tarbiyah adalah seperti berikut;


ibadah yang sahih (doa,istighfar,taubat #beriman#)
akidah yang sejahtera (yakin dan menyerah urusan pada Allah #selaluadaAllahdalamhati#)
akhlak yang mantap (qudwah yang baik #sopan,ayu#)
mampu berdikari (boleh berusaha dan bekerja sendiri, survive #loneranger#)
berpengetahuan luas (membaca buku, menambah ilmu dan kemahiran #spekmata#)
sihat tubuh badan (kuat dan tidak lemah, sentiasa aktif, #akhawattaklehlemau!# )
mampu melawan nafsu (menahan nafsu, amarah, jauhkan diri #resistandcool#)
teratur urusannya (merancang #planning#)
menghargai masa (#punctual#)
bermanfaat kepada orang lain (tolong orang lain, #helpful#)


kita jugak boleh analyse 10 sifat-sifat ni dalam surah al-qasas, ayat 14-28. InsyaAllah.

14. Dan ketika Musa sampai ke peringkat umurnya yang cukup kekuatannya dan sempurna, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikian Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

15. Dan masuklah ia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, - seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. (pada saat itu) Musa berkata: "Ini adalah dari kerja Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata (angkaranya) ".

16. Ia merayu (dengan sesalnya): "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

17. Ia merayu lagi: "Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah".

18. Semenjak itu, tinggalah ia di bandar (Mesir) dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya), maka tiba-tiba orang yang meminta pertolongan kepadanya semalam, memanggil meminta pertolongannya lagi. Musa berkata kepadanya: "Sesungguhnya engkau ini orang yang nyata sesatnya!"

19. Maka ketika ia bersedia hendak menumbuk orang yang menjadi musuh bagi mereka berdua berkatalah orang itu: "Wahai Musa, adakah engkau hendak membunuhku sebagaimana engkau membunuh satu jiwa semalam? Sebenarnya engkau hanyalah hendak menjadi seorang yang kejam di bumi, dan tidaklah engkau hendak menjadi seorang pendamai".

20. Dan datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, (lalu menyampaikan berita) dengan berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya pegawai-pegawai Firaun sedang mengadakan pakatan terhadapmu, mereka hendak membunuhmu; oleh itu pergilah dari sini, sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat secara ikhlas kepadamu".

21. Musa pun keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya) serta berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim ".
22. Dan setelah ia (meninggalkan Mesir dalam perjalanan) menuju ke negeri Madyan, berdoalah ia dengan berkata: "Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku,".

23. Dan ketika dia sampai di telaga air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. dia bertanya: "Apa hal kamu berdua?" Mereka menjawab: "Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya ".

24. Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".

25. Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata:" Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami". Maka ketika Musa datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: "Janganlah engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu ".

26. Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".

27. Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): "Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya".

28. Musa menjawab: "Perjanjian itu adalah antaraku denganmu (tetap dihormati bersama); yang mana sahaja dari dua tempoh itu yang aku tunaikan, maka janganlah hendaknya aku disalahkan. Dan Allah jualah menjadi Pengawas terhadap apa yang kita katakan itu".

Dalam kisah nabi musa ni, ada beberapa point yang kita boleh petik. sungguh, Al-Quran adalah petunjuk yang sangat benar. macam buku manual untuk manusia hidup. 

Kita membutuhkan ibadah yang meninggikan ruhi dalam jiwa. Sentiasa ingat dan dekat pada Allah dan redha Allah sebagai tuhan yang satu. Akhlak kita berteraskan Al-Quran dan sunnah, ikut cara rasulullah.Kita tidak mengejar kemewahan, dan mengharapkan rezeki halal dari Allah, dan rezeki tu kita gunakan untuk dakwah dan kebaikan. Kita kena dalami ilmu pengetahuan dan skills, sebab sebagai daie, kita kena jadi sumber rujukan dan teladan. Dakwah juga memerlukan orang yang kuat, kental semangat dan fizikal untuk memikul beban dan tanggungjawab yang sangat berat. Daie perlu semangat dan azam yang kuat untuk menolak jahiliyah, dan bersedia menjadi orang yang pelik, lain dari orang lain, dan tidak hiraukan cacian orang. Sebagai daie juga, perlunya kita merancang, jangka pendek dan jangka panjang untuk dakwah. Daie perlu hidup untuk dakwah dan kerana dakwah. Masa seorang daie perlu penuh dengan momentum dakwah dan tarbiyah, dan tidak boleh berlalu macam tu saja. Daie adalah penyelamat umat, sentiasa tidak tidur malam dan berpenat lelah untuk kebaikan ummah.

bila sudah sempurna sifat-sifat tersebut, maka ummah akan mara selangkah ke hadapan. selangkah dan selangkah lagi menuju ke peringkat yang lebih baik. lalu, lahirnya rijal-rijal yang mendokong panji-panji islam di serata dunia. lahirlah ruh-ruh baru dalam jasad ummah. rumah Islam kembali meriah, sama meriah macam zaman Rasulullah mendapat kemenangan di Makkah. ummah bangkit, dan mereka tidak lagi ditindas. Islam kembali gemilang, menguasai seluruh dunia.

sungguh, perjalanan kita masih panjang. 
wahai adinda, pegang lah tangan ku, jom kita ke sana!

Nahnu Ruhul Jadid, Fi Jasadil Ummah.
Kami Ruh Baru Dalam Jasad Ummah




Read More