Showing posts with label tadabbur. Show all posts
Showing posts with label tadabbur. Show all posts

Friday, January 23, 2015

al-ahzab: rongga hati






"Dan Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya..." [al-ahzab:4]


jantung dalam bahasa melayu, heart dalam english.

adakah qalb wujud dalam sistem badan kita?

“Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”

dalam sistem badan kita, ada satu organ ni, nama dia jantung. dia adelah organ yang paaling penting sekali, tanpa jantung berdegup selama 3-4 minit, kita boleh innalillah.  seketul daging seperti yang disebut dalam hadis tu adalah jantung, iaitu organ berongga yang berfungi mengepam darah melalui saluran darah. 'qalb' dalam ayat ini juga merujuk kepada jantung. qalb yang sama juga maksudnya waktu jantung Rasulullah s.a.w dibedah oleh malaikat Jibril waktu baginda masih kecil.

tiada dua hati dalam satu rongga.

kita just ada satu hati. kalau kita ada dua hati, nanti fikiran kita tak tentu hala. tak tahu mana satu nak ikut. dalam satu hati tu, tak boleh bercampur baik dan jahat.iman dan kufur tak boleh bercampur. jadinya, dalam diri seorang yang beriman, sentiasa ada Allah. dan tak boleh ada yang lain. kat sini wujudnya penegasan yang Allah itu maha Esa. tiada sesuatu yang sama denganNya, dan tiada sesuatu yang boleh berdiri bersamaNya. 

ayat ni jugak tekankan perlunya kecenderungan kepada satu hala sahaja. supaya hati kita lebih mudah berfokus.  seorang mukmin yang dalam hatinya ada Allah, akan selalu fokuskan hidup dia untuk Allah. segala unsur-unsur dalam hidup dia diambil dari Al-Quran dan Sunnah. hati yang satu ni akan membentuk fikiran dan akhlak seseorang. kalau baik hati ni, maka baiklah seluruh kehidupan dia. 

tidak ada dua rongga dalam hatinya dimana dia kafir dan beriman pada masa yang sama, atau dia ikhlas dan riak pada masa yang sama, atau dia beramal dengan Islam pada masa yang sama dia beramal juga dengan Jahiliyah.

dalam surah Al-Ahzab, Allah menceritakan tentang Perang Badar, Perang Ahzab, perang bani quraizah, tentang kedudukan orang munafik dan orang yahudi. semua tu peristiwa-peristiwa besar yang dilalui umat islam. namun, disebalik benda-benda besar, Allah mengaitkan kejadian-kejadian ini dengan satu titik asal iaitu akidah, dan menyerah diri kepada ketentuan Allah.

pada awal surah, Allah suruh Rasulullah untuk bertaqwa pada Allah dan tidak terikut-ikut dengan hawa nafsu dan pengaruh orang-orang kafir dan munafik. sebaliknya, Allah suruh Rasulullah untuk mengikut perintah Allah, sebagaimana dalam Al- Quran, dan bertawakkal kepada Allah. Arahan Allah sangat obvious dan jelas. sama jugak lah dalam apa-apa situasi yang kita hadapi, kita perlu berbalik pada Allah. menyerah dan bertawakkal kepada Allah.

manusia tidak mungkin mencenderungkan dirinya lebih kepada satu kecenderungan.tak mungkin untuk dia mengikuti lebih dari satu manhaj.

zihar. anak angkat. dan syariat selepas tu yang Allah arahkan, merupakan satu penetapan. iaitu sistem yang berasaskan manhaj Islam dan hukum Allah.pengarahan agar ia menetap dalam hati.

wallahua'lam.

Read More

Thursday, January 15, 2015

Summary of Juz Amma v.01



Alhamdulillah. Allah is the Greatest. Who create everything in this world. Who own everything here. Dan Allah cuma meminjamkan apa yang kita ada ni, untuk memudahkan kita beramal dan beribadah kepadaNya, supaya kelak, kita kembali padaNya.

insyaAllah, dalam satu majlis ilmu, adanya sakinah, rahmah dan kehadiran malaikat yang memayungi para pencinta ilmu. nama mereka disebutsebut oleh Allah dan penghuni langit. 

bila someone diketuk hatinya dengan hidayah, segalanya berubah. akidahnya makin suci. imannya makin jelas. hala tujunya berubah dari jahiliah kepada menuju Allah. peribadinya berubah. auratnya kini makin dicover sempurna. namun, sampai mana perubahan ni boleh berlaku? mungkinkah terberhenti di tengah jalan? dek kerana banyak sangat anasir-anasir jahat dan bukanbukan datang dari pelbagai arah. nafsu dan bisikan syaitan akan kembali menghimpit. bagaimana untuk dia mampu terus konsisten dan isiqamah untuk sentiasa dalam landasan yang betul menuju pada Allah? 

juzu' amma.

sumayyah. bilal. abu bakar. antara yang paling awal masuk islam. bila hati dipenuhi cahaya Allah, musuh-musuh agama Allah datang menghasut dan memberi amaran. ujian dan siksaan datang bertimpa-timpa. tapi mereka tegar. tegar kepada Allah. Allahuakhbar. hanya Muhammad dan wahyu yang disampaikan baginda menjadi kekuatan. 

juzu' amma tekankan bab aqidah. sebab mostly surahs dalam juzuk amma semuanya ayatayat makiyyah. diturunkan semasa fasa mekah. dari saat kerasulan Rasulullah sampai la ke sebelum hijrah. hanya akidah akidah akidah. belum ada solat. puasa. zakat. haji. belum ada arahan-arahan dari Allah pasal syariat. kerana menepati situasi sahabat masa tu, yang perlukan kekuatan aqidah untuk terus istiqamah untuk Islam. 

begitulah keperluan kita, untuk terus berusaha untuk istiqamah dalam berbuat perubahan ke arah yang lebih baik. 

ciri khas surah makiyyah ni antaranya, surah dia pendek-pendek, dan menyentuh. mostly ayat yang ceritakan tentang keagungan Allah.dan akhirat. syurga dan neraka. 

eh. dah sampai summary. here is the summary of few early surahs of juz amma.

AN-NAAS: motivasi dalaman untuk berubah tinggalkan jahiliyah. surah ni cerita tentang hakikat penciptaan manusia, dan hakikat kebesaran Allah. Allah itu Rabb, Malik dan Ilah manusia. Rabb: yang mencipta, yang memberi rezeki, yang memiliki; Malik: raja, perintah, hakim ; Ilah: yang berhak disembah, yang mencipta, matlamat kepada segala sesuatu. surah ni guide kita macam mana nak jaga hati. tentang pentingnya tarbiyah dalaman. manusia ada hati (zikrullah), jasad (burger), akal (sains dan matematik). antara tiga ni, hati yang paling penting. sungguh, kita hamba yang sangat lemah. tak mampu nak buat apa-apa. jadi, kita kena minta pertolongan dari Allah. minta Allah beri kekuatan. dan surah ni ajar kita untuk kenal musuh-musuh yang menghalang kita berubah. sifat was-was, bisikan syaitan dan nafsu. minta kekuatan pada Allah untuk mujahadah dan berubah.

AL-FALAQ: motivasi luaran untuk berubah tinggalkan jahiliyah. surah ni guide kita untuk memohon pertolongan Allah daripada semua kejahatan makhluk Allah. dan sebab Allah yang mencipta makluk-maklukNya termasuk iblis dan segala sumber kejahatan tu. sangat-sangat perlu kita bergantung harap pada Allah. dari kejahatan malam. dari sihir dan dari hasad dengki. 

AL-IKHLAS: mentauhidkan Allah supaya ikhlas untuk berubah. kita kena yakin pada Allah. kita perlu memotivasikan diri untuk sentiasa ikhlas dalam setiap amalan, hasil dari iman yang mantap kepada Allah. kita kena meyakini sifat-sifat Allah yang hebat. Ahad. tiada sesuatu yang sama dengan Allah. Allah Rabb, Malik, dan ilah. bila kita tahu yang Allah lah yang memilik segala kerajaan, Allah saja yang layak dicinta, Allah yang memberi rezeki, hanya Allah tempat bergantung, so kita rasa apa-apa yang kita buat ni semua kerana Allah. kita akan berserah bulat-bulat pada Allah.dan kita akan tahu, segala benda lain semua tak kekal. so takyah kejar benda yang tak kekal, dan hanya kejar redha Allah. keypoint: set niat, jangan takut selain Allah, dan terus istiqamah untuk berubah.

AL-MASAD: dalam proses nak berubah, mungkin akan ada halangan dari orang tersayang. kawan-kawan. bila kita dah berubah, mesti kawan-kawan perasan. pakai dah lain. dah pakai stokin. bila kawan ajak g tengok movie, kita taknak. ah. sangat alien. parents, bila kita nak pegi program baikbaik tapi diorang tak bagi.  dan macam-macam lagi. kisah ni pasal Abu Lahab yang kelak jadi tali serabut, jadi bahan bakar kat neraka. Abu Lahab orang yang fisrt tolak dakwah nabi masa rasulullah kat bukit safa. before nabi diangkat jadi Rasulullah, dialah yang paling sayang kat Rasulullah.waktu tu, masyarakat mekah ada non-muslim dan muslim. non muslim pulak ada yang taknak betulbetul, ada yang 50-50, ada yang nak tapi segan. jadi, muslim kena jadi macam panadol untuk absorb diorang untuk dekat dengan kita.

AN-NASR: tapi janji Allah ialah-kemenangan untuk orang yang bermuhasabah dan berjaya atasi halangan untuk berubah. yeay! . xpe, orang baikbaik Allah akan tolong. surah ni lagi menambah kekuatan untuk kita sebab kita tahu apa yang kita buat sekarang ni, segala penat lelah, nanges-nanges sebab clash dengan pakwe ke ape ke, semua ada ganjaran dari Allah. semangat semangat ! (: surah ni pasal pertolongan Allah. masa tu, Rasulullah berjaya balik kampung halaman yang baginda rindu-rindukan. masa tu, orang islam dah ramai. segala pengorbanan Rasulullah dah terbalas. jadi, kita kena jadi orang yang benar-benar amalkan islam, barulah islam boleh menang. kemenangan kecil bagi kita ialah bila kita dah berjaya mujahadah nafsu.

AL-KAFIRUN: bila kita berjaya berubah sikit demi sedikit, lepas tu kita kena jauhi jahiliyah, dan kena bezakan antara jahiliyah dan islam.sayonara jahiliyah. sangat beza yang kufur dengan yang beriman. gantikan jahiliah dengan islam. kita perlu sentiasa merasakan kita dalam keadaan berdosa.surah ni warn orang yang berubah untuk betulbetul pisahkan jahiliah dari islam. kita takleh nak negotiate dengan kafirun. takde kompromi. kalau ade benda kemungkaran ke, kita rejek terus. dan bila kita nak nego dengan diri sendiri, kita kena tegas. bila kita konfius nak baca buku novel ke nak baca majalah jom, pastu tak tau nak pilih mana?  ha. pandai-pandailah.

AL-KAUTHAR: kita perlu bersyukur sebab Allah memilih kita untuk menerima hidayah Allah. jadi kita perlu guna nikmat mata, telinga untuk islam. Allah dah beri banyak sangat nikmat kat kita, jadi kita kena banyakbanyak bersyukur pada Allah supaya kita dapat istiqamah untuk berubah. kita juga kena sedar akan ada tanggungjawab berat yang menanti lepas ni. surah ni cerita pasal quraisy ejek rasulullah. anak-anak Rasulullah ada yang dah meninggal, dan kaum quraisy pulak mengejek-ejek rasulullah, kata yang rasulullah dah takde waris. tujuan diorang untuk putuskan dakwah. tapi Allah dah bagi nikmat yang sangat banyak. ada nikmat islam. pengikut dakwah dah makin hari makin banyak. ada yang mewarisi perjuangan islam sampai ke hari ni. Islam akan sentiasa ada pembela., tapi bagaimana dengan pengorbanan dan sumbangan kita untuk islam?

AL-MAUN: kita perlu tunjuk quwah yang baik kepada orang sekeliling, dan juga pada orang yang kita nak santuni nanti. jangan jadi macam orang yang dustakan agama. time dakwah lain, time tak dakwah lain. iman yang baik akan terpancar melalui akhlak dan perwatakan. orang yang mendustakan agama termasuklah diorang yang tak membantu anak yatim, orang miskin, orang yang lalai dalam solat, dan orang yang suka menunjuk. orang yatim dan orang miskin ni analoginya macam orang yang tak ada tarbiyah. mereka sangat memerlukan. Allah mencela kalau orang yang ada ilmu tapi dia tak beri.  sebab dia tak berdakwah. Allah mencela kalau dia baik, tapi bila solat dia lalai, dan dia tak bagi bantuan ruhi dan material kepada yang perlukan.

QURAISY: segala nikmat dan keistimewaan yang Allah bagi pada kita, kita kena guna dengan sebaiknya untuk jalan Allah dan untuk menjayakan dakwah. dalam surah ni, Allah dah beri banyak nikmat pada quraisy tapi diorang still sombong dan tak nak sembah Allah.










Read More

Tuesday, January 13, 2015

musa v.02





aku belajar dari tukang sihir itu.

Taha. dalam surah Taha ada menyebut cerita tentang nabi musa dan tukang sihir firaun. Allah perintahkan nabi musa untuk menyeru firaun kepada Allah. dengan kelembutan. melalui mukjizat dari Allah dimana tongkat nabi musa berubah menjadi ular. kehebatan mukjizat itu telah menyentuh hati tukangtukang sihir firaun. setelah sekian lama mereka dalam bidang sihir, tiada terjumpa sesuatu yang hebat seperti itu. dan sungguh, hati manusia, saat diterpa dengan cahaya Allah, mereka terus berubah secara total, membuang ubun-ubun kekafiran yang ada pada diri dan terus tunduk pada Allah. mereka tidak takut pada yang lain selain Allah.

begitulah mereka. saat hati diisi hidayah Allah, lantas terus putih bersih dan bersinar hati itu dari sebarang cela.

bila Allah memerintahkan musa dan harun untuk pergi berdakwah kat firaun, musa sedikit gementar dan takut. takut diseksa. kerana memikirkan firaun itu sangat berkuasa. namun, Allah memujuk nabi musa. 

Allah berfirman: "Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya. [Taha:44]

Allahuakhbar. dalam setiap saat kita berdakwah. Allah bersama-sama dengan kita.  bila kita menyantuni seseorang kerana Allah, untuk Allah dan kepada Allah, maka segala yang keluar dari mulut kita itu direct dari Allah.


Mereka berkata: "Wahai Musa! Engkaukah yang akan mencampak lebih dahulu atau kamikah yang mula-mula mencampak?" 

Nabi Musa menjawab: "Bahkan kamulah campak dahulu". Tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka.  

Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya. 
Kami berfirman kepadanya: "Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan.  

"Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada". 

(Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa".   

Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepada Musa sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya dia lah ketua kamu yang mengajar sihir kepada kamu. Oleh itu, demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, dan aku akan memalang kamu pada batang-batang pohon tamar; dan demi sesungguhnya kamu akan mengetahui kelak siapakah di antara kita yang lebih keras azab seksanya dan lebih kekal". 

Mereka menjawab: "Kami tidak sekali-kali akan mengutamakanmu daripada apa yang telah datang kepada kami dari mukjizat-mukjizat yang terang nyata, dan (tidak akan mengutamakanmu daripada) Tuhan yang telah menjadikan kita semua. Oleh itu, hukumkanlah apa sahaja yang engkau hendak hukumkan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum dalam kehidupan dunia ini sahaja. 

"Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, supaya diampunkanNya kesalahan-kesalahan kami, dan dosa-dosa sihir yang engkau paksakan kami melakukannya. Dan Allah jualah yang lebih baik dan lebih kekal balasan pahalaNya. 

[taha:65-73]    


Allah yang memiliki segala kekuatan. itulah yang menguatkan musa untuk berhadapan dengan kehebatan sihir-sihir tersebut. bila dicampak tongkat nabi musa, ia berubah menjadi ular yang membaham semua sihir-sihir tu. bila tukang sihir melihat kehebatan nabi musa,  maka yakinlah mereka. mereka tahu yang nabi musa bukan calang-calang orang. sungguh, dialah penyampai kebenaran, utusan dari yang Maha Kuasa.   

keajaiban iman tukang sihir sangat teserlah. perubahan extreme mereka sangatlah perlu kita kagumi. saat hidayah Allah menyerap ke dalam hati mereka, mereka tidak lagi takut pada firaun yang nanti pasti akan mengamuk, kerana meyakini, ada yang lagi power dari firaun, iaitu Allah. dan mereka meyakini, sungguh, azab Allah sangat pedih. mereka terus menyembah dahi ke bumi, sujud pada Allah kerana syukurnya mereka pada Allah.

sungguh, apa lagi yang kita inginkan di dunia selain hidup berlandaskan jalan Allah, Allah meredhai segala usaha kita,  dan agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu.







Read More

musa V.01







 "And say to him, 'Would you [be willing to] purify yourself.
And let me guide you to your Lord so you would fear [Him]?" 
[an- Naziat:18-19]


wa ahdiyaka ila rabbika fa takhsya.

'dan kamu akan ku pimpin ke jalan Tuhanmu supaya kamu takut kepadaNya.'

beberapa verse dalam surah An- Naziat cerita tentang bagaimana Nabi Muda berdakwah kepada firaun.  sangat lembut bahasa yang diguna Nabi Musa. skill dakwah yang perlu ada pada seorang murabbi. walaupun kemudiannya Firaun menolak dengan keras. 

[16]Ketika ia diseru oleh Tuhannya di “Wadi Tuwa” yang suci; -
[17](Lalu diperintahkan kepadanya): “Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);

[18]“Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?

[19]`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?'
 

Allah perintahkan nabi musa untuk menyeru firaun kepada Allah. setiap orang ada ditrah untuk menginginkan kebaikan. dan kadangkadang ia sangat terpendam kat dalam hati sampai tuan punya badan tak nampak kebaikan, disebabkan perbuatan dan akhlak. dakwah perlukan kelembutan. walau pada siapa pun yang kita sentuhi. 

[20](Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar.
[21]Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah);
[22]Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa).




firaun bongkak dan menolak keras seruan tu. firaun tak puas hati dan ingin menjatuhkan nabi musa. lalu dipanggil tukang-tukang sihir yang berkaliber masa tu. tapi diorang rasa tak confident sebab dah dengar yang 'sihir' nabi musa sangat power. even kalau diorang lawan konfem kalah. firaun cuba pujuk diorang dan janji nak bagi bayaran yang mahal kat diorang. dan mereka pun setuju. firaun panggil jugak orang ramai ke istana. lalu berkata;

[23]Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, [24]Dengan berkata: “Akulah tuhan kamu, yang tertinggi”. [25]Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya.

 Lastly, tukang-tukang sihir tu dapat nabi musa kalahkan dengan mukjizat yang Allah beri. tukang sihir tu terus rasa yang nabi musa ni bukan orang biasa-biasa. mana mungkin diorang yang dah power ni tak dapat kalahkan nabi musa dan mukjizat Allah tu sangat power dan lain dari lain. lalu, hati diorang bercahaya-cahaya dengan nur Allah. diorang bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah. Allah maha tinggi melebihi segalanya. melebihi sangat dari firaun. kalau sebelum ni diorang mencampakkan tali-tali ke bumi tanda kekufuran, dengan pantas mereka menundukkan kepala ke bumi tanda keimanan pada Allah.

dakwah perlukan kelembutan. dari hati ke hati. namun sungguh, Allah yang memegang hati setiap orang. pada masa yang sama, dakwah juga perlu pada orang yang tegas hatinya untuk takut pada Allah. macam mana nak bawa orang untuk takut pada Allah, kalau murabbi tu tak takut pada Allah.kan. macam kalau kita ada botol yang berisi air kurang dari 200ml, macam mana kita nak isi botol lagi satu dengan 500ml.

sama macam kes nabi musa dan firaun, nabi musa menyeru dengan kelembutan walaupun itu firaun, orang yang paaling zalim dan paling 'ganas hatinya. dan sungguh, Allah maha memberi hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki. 

dakwah juga perlukan orang yang kreatif. kalau orang tu power dengan sihir, kita lawan dengan kuasa yang melebihi sihir. kalau someone yang kita sentuhi power dengan kucing, kita dekat dengan mereka dengan kucing. kalau orang tu sangat suka belajar, kita borak pasal belajar.

wallahualam.  































Read More

Monday, January 12, 2015

be positive wherever you are






"So do not weaken and do not grieve, and you will be superior if you are [true] believers." [Ali-Imran: 139]

Sungguh, Allah memujuk hambanya. Supaya tidak lemah dan bersedih hati terhadap berbagai ujian yang datang mencurahcurah ke ladang tarbiyah dan dakwah. Andalah orang paling tinggi darjatnya dan paaaling dekat dengan Allah jika anda benarbenar orang yang beriman. 

Bila ditimpa musibah, anda tidak merungut dan terus redha pada Allah. apa itu redha? maksudnya bila datang musibah on the spot pada anda, anda terus ingat pada Allah dan redha, berserah totally, kerana tahu dia Maha mengetahui kemampuan hambaNya. Anda tidak bersusah hati memikirkan consequences yang akan berlaku lepas tu. Berserah sepenuhnya.

Bukan redha kalau anda nangesnanges mengenang nasib, 'kenapa ia terjadi pada aku', dan bukan pada orang lain, lalu tersedar, lalu menarik nafas, berfikir, solat dua rakaat, beristighfar dan  pasrah terhadap apa yang berlaku. ya, jalan ke situ masih panjang.

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan jangalah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sunguh-sunguh) beriman.

apa sifat positif yang ada pada ayat ni?

'tidak sedih', 'tidak lemah', 'tinggi', 'beriman'? aha.

jawapan dia: be positive. dan percaya pada diri sendiri.

Pada ayat ini, Allah memujuk untuk sentiasa percaya pada diri sendiri. yakin atas ability to be a hero. hero pada diri sendiri at least. terasa ayat ini begitu berat tapi ia hangat memeluk erat. bila dalam jalan dakwah, langkah terasa berat, bila nak buat itu ini rasa semua tak betul. bila rasa diri tidak layak. bila kena rijek, bila ada orang kutukkutuk dan kata 'bajet alim'. Dalam bidang terjun ni, perlu ada sifat 'tsiqah' [percaya] pada diri sendiri. Kerana tsiqah membangunkan kekuatan. Kembangkan gerak langkah anda. Beri peluang pada diri untuk diperbaiki. [bila disuruh jadi penyampai, hands up (:]

On the other side of story, ayat sebelum-sebelumnya dan juga selepas-selepas tu cerita pada perang Uhud. perang uhud. 3000 vs 10000. bila saat-saat dah nak menang, datanglah ujian dari Allah. pihak musuh berpatah balik dan kembali menyerang. Sahabat tak sempat nak re-attack. pastu, ada yang menjerit, 'Rasulullah sudah tiada'. Hancur luluh Sahabat2 masa tu. Tapi diorang still fight sampai ke habes. di perang Uhud, ramai sahabat syahid. 70 orang total. Gigi geraham Rasulullah patah. muka baginda lukaluka. lalu Allah memujuk. Dan jika mereka telah mendapat luka-luka dan banyak yang gugur dalam perang Uhud, maka hal yang serupa telah dialami pula oleh musuh-musuh mereka dalam perang Badar. Dan adalah Sunnatullah untuk kekalahan dan kemenangan saling bertukartukar melepasi masa. supaya Allah menapis kekotoran dalam hati orangorang beriman. dan menjadikan hati orangorang beriman lebih bersih. pembersihan hati.Samalah jugak dalam hati kita. akan ada up and down dalam graph iman. dan kadangkadang akan ada heart attack. akan ada hati basah dan akan ada hati kering kontang.

Lalu, para sahabat kembali tenang. Allah mengembalikan mereka kepada sunnah Allah. satu perjalanan yang tidak dapat dielak. mereka belajar dan mengetahui. dan terungkaplah hikmah disebalik peristiwa itu. Mereka tahu, hanya iman saja yang boleh mengangkat martabat mereka sedemikian tinggi. Sunnguh, anda lebih tinggi. bila anda mengikut jalan oleh Allah, bukan jalan buatan manusia.


Hey, lift your chin up and smile a little. 
I know you’ve been through a lot. 
Once you’ve given it your all you’ll feel refreshed. 
So wipe your tears and dont cry anymore. 
Set you heart. 
Don’t be afraid.
And take the next step forward!!! (:


..................................................................................................................................
tsiqah. ada beberapa. tsiqah pada pertolongan Allah, pada diri, pada pemimpin, pada jundi dakwah, pada manhaj dan pada pahala Allah.
So if they believe in the same as you believe in, then they have been [rightly] guided; but if they turn away, they are only in dissension, and Allah will be sufficient for you against them. And He is the Hearing, the Knowing. - See more at: http://quran.islamicevents.sg/2/137/143#sthash.CbE50q5j.dpuf
So if they believe in the same as you believe in, then they have been [rightly] guided; but if they turn away, they are only in dissension, and Allah will be sufficient for you against them. And He is the Hearing, the Knowing. - See more at: http://quran.islamicevents.sg/2/137/143#sthash.CbE50q5j.dpuf
Read More

Monday, January 5, 2015

An- nuur




Jantung.
Setiap sorang dari kita ada hati yang sangat cantik. walaupun bagi seorang pendosa. selagi dalam hatinya masih ada kecintaan pada Allah dan Rasul. 

Walaupun.
Luaran hati itu dikotori dengan dosa maksiat. Walaupun. Luaran hati itu jadi gelap dek kerenah dari ujian dan tribulasi. Walaupun. Kita rasa sangat malas nak baca Quran dan tadabbur.

Satu hari, time Rasulullah duduk di satu masjid, ada sorang lelaki masuk ke masjid. Badan dia penuh dengan bau arak. Lalu Rasulullah pun minta untuk dia disebat. Time dia disebat, darah terpercik pada Khalid al Walid. dan Khalid al- Walid berkata 'Laknatullah'. tapi Rasulullah melarang.

"Sungguh, dalam hati dia masih ada cinta pada Allah dan Rasul."

(hadis sahih

Sungguh, dalam hati masih ada cinta pada Allah dan Rasul. Dan kadangkadang kita selalu buat salah, selalu buat maksiat. Terleka dengan dunia dan nafsu. Dan hanya beri alasan pada Allah. Dan tak perasan pun sebenarnya hati kita makin hari makin gelap.

Tapi bagi orang beriman, saat nafsu mula menapak dalam diri, cepat- cepat dia beristighfar. sebab dalam hati dia masih ada cinta pada Allah dan rasulNya. Setiap satu kebaikan yang kita buat, walaupun kecil, mesti untuk Allah.

Begitulah hakikat manusia. Selalu berbuat dosa. Berulang- ulang kali. Sungguh, pasti ada kebaikan dalam hati kita. Maka carilah ia dan zahirkan ia.

Hakikat hati, sifatnya sangat bersih, cantik dan berkilat-kilat. Macam dalam surah an- Nur, ayat 35. ayat femes. yang kita hafal time spm. 'nurun ala nuur'.

Hati tu sangat berkilat. macam kaca.
Allah is the Light of the heavens and the earth. The Parable of His Light is as if there were a Niche and within it a Lamp: the Lamp enclosed in Glass: the glass as it were a brilliant star: Lit from a blessed Tree, an Olive, neither of the east nor of the west, whose oil is well-nigh luminous, though fire scarce touched it: Light upon Light! Allah doth guide whom He will to His Light: Allah doth set forth Parables for men: and Allah doth know all things. [An- Nuur: 35]


Glory be to Allah. Allah is the greatest light. Allah adalah pemberi petunjuk bagi sekalian alam. 

The Parable of His Light is as if there were a Niche and within it a Lamp. Dalam hati manusia ada cahaya. macam lampu yang berkelip- kelip.  

Masalu nu rihi. the Lamp enclosed in Glass. Perumpaannya macam bulb lampu atau lilin yang ditutup dengan kaca. zujajah. Macam jugak tanglung yang kita selalu isi dengan minyak. Cahayanya samar- samar. Cahaya yang lemah. Satu lilin yang cahayanya samar- samar itu, boleh recognize Allah. Bila kita buat dosa, kita bertaubat. Kita rasa bersalah. Itulah fitrah. Setiap dari kita ada potensi untuk kenal Allah, untuk sedar yang kita sebenarnya sangat lemah pada Allah. Hamba. Pengemis. denominator.

Kaca tu pulak sangat berkilat. cerah. intensely bright. the glass as it were a brilliant star. Kaca tu sifatnya fragile. senang sangat nak crack. pecah. macam manusia. bila kita baca ayatayat Allah, hati kita jadi sentap, kita rasa something (eh ke tak?). Sungguh, bila dibacakan ayat2 Allah, maka gementar hati mereka, iaitu orangorang yang beriman.

Kaca tu pun sifatnya transparent. jelas sangat. iman akan terzahir pada amalan. jelas sangat. tak boleh sembunyisembunyi. kita kata kita cinta pada Rasulullah, tapi tak ikut sunnah baginda. kita kata kita cinta Allah, tapi solat tak jaga. obvious. baik hatinya, amalannya juga baik. jika buruk, maka buruk juga amalannya.

Jika ada kotoran pada kaca, takde cahaya lampu yang bersinar. titiktitik hitam itu prevent cahaya dari bersinar.
"Truly in the body there is a morsel of flesh which, if it be whole, all the body is whole and which, if it be diseased, all of it is diseased. Truly it is the heart." [Hadith nawawi]


 Minyak yang menyalakan api tu datangnya dari satu pokok yang diberkahi, pokok zaitun. Lit from a blessed Tree, an Olive.  Cahaya dari hati kita itu, asalnya dari pokok zaitu yang diberkahi. kenapa zaitun? sebab minyak zaitun itu extremely mahal. Pure. Sangat berharga. Dan terbukti kelebihannya. Dan amazingly, pokok zaitun tu akan hidup dan survive berzamanzaman. Bila dipotong pokok tu, dia akan hidup lagi. macam orangorang beriman, bila diuji dengan bermacam-macam ujian, mereka akan terus kuat. far better. far more beautiful.

Minyak tu sangat pure. whose oil is well-nigh luminous, though fire scarce touched it. Bila sentuh sikit dengan api, dia menyala-nyala dengan yang teramat terang. Allah yang menghidupkan kita. dengan petunjuk Allah, kita hidup dekat bumi ini dengan buat apa yang Dia suruh. sungguh, setiap saat dari kehidupan kita itu kerana Allah. Dari Allah dan untuk Allah.

nurun ala nuur. Allah beri petunjuk pada siapa yang dia kehendaki.

Neither of the east nor of the west, bukan dari kanan atau kiri. bukan mereka yang extreme.
" Guide us to the straight path.
The path of those upon whom You have bestowed favor, 

not of those who have evoked [Your] anger or of those who are astray."
[al- Fatihah]

Tunjukkan kami jalan yang lurus. Jalan mereka yang Kau beri nikmat. Bukan jalan mereka yang Kau murkai. Dan bukan juga jalan mereka yang sesat.

Jadi, kite kena selalu reflect diri kita. apa status hati kita. sentiasa diagnose hati kita. jangan sampai heart failure. Moga Allah memilih kita untuk sentiasa berada dalam kebaikan. InsyaAllah.

wahai pendosa, masih ada harapan untuk kamu. untuk kita.
.........................................................................................................................................


Read More

Tuesday, January 7, 2014

nikmat yang satu.

ar- rahman. satu ayat itu.diulang.dan diulang lagi. "maka nikmat tuhan mana satu yang engkau dustakan?"

Sentap.setiap kali.

dibeleknya al- quran. ayat selepas itu. 'maka pada hari itu manusia dan jin tidak ditanya tentang dosanya.' dosa yang tidak ditanya di dunia.  mengapa manusia tidak bersyukur?

hijabnya dosa di dunia.buat kita mampu teruskan hidup dengan beban dosa di bahu.tanpa ada yang menjauh.

ayat satu lagi. 'maka nikmat tuhan mana satu yang engkau dustakan? mereka bersandar di atas permaidani yang bagian dalamnya dari sutera yang tebal. dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat dipetik dari dekat.'

nikmat paling besar. melihat Allah. di syurga.

dan aku disini, berbuat amal tidak setanding dapatan syurga.

malu pada Allah.

Read More

Friday, February 4, 2011

..::titian sirat::..

 ~siratul mustaqim ~

Syurga dan neraka

Hari tu, ada ceramah dekat surau, sayangnya tak dapat pergi, ayah saja yang pergi. Balik je ayah dari surau ke rumah, kami tanya pasal ceramah tu.

Ayah cerita satusatu. Alhamdulillah, terasa lengkap satusatu details ayah bagi. Siap tunjuk nota lagi. Terus cepatcepat copy.. walaupun ia dari mulut orang kedua, tapi, ia tetap ilmu, bermanfaat untuk diri sendiri.

Ia tentang syurga dan neraka. Menceritakan gambaran peristiwa di padang mahsyar, dimana titian sirat, syurga, dan neraka.. siap ada golongan ABC lagi.. diceramah oleh Ustaz Dato’ Abu Hassan Din Al- Hafiz.
Ini gambaran tentang syurga dan neraka..




Syurga di kanan dan neraka di kiri. Di antara syurga dan neraka itu ada tembok yang memisah keduaduanya... dan sebelum tiba sama ada neraka atau syurga, kena lepas mahkamah dulu..

eh? Tapi kan selalu dengar ada hadis nabi pasal titian sirat di atas neraka, dan di depan itu ada syurga, titian tu macam senipis rambut saja. Siapa yang baik amalan dia, cepat saja dia ke depan, siapa yang tidak, jatuh dia ke neraka di bawah.. bukan macam tu ke?

O0h ya, ada.. 

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,

“Dan "diletakkan" sebuah "jambatan" di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan ....."

Sebenarnya,  ia macam satu perumpamaan.. jambatan itu diumpamakan sebagai jalan di Mahsyar menuju Mahkamah. Ia menggambarkan perjalanan manusia nanti menuju sama ada syurga atau neraka, ada yang menaiki kenderaan, berjalan guna kaki, guna muka dan sebagainya. Sebab tu, macam berjalan di atas neraka kerana gerun seperti siksanya api neraka..sedangkan api neraka itu boleh membakar seisi dunia, apatah lagi terasa panasnya bahang neraka di padang mahsyar itu..

Ini ustaz ada bagi dalil syurga di kanan neraka di kiri.

Syurga di kanan

" Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu " (Al-Waqi'ah: 27 )

Neraka di kiri

" Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu " ( Al-Waqi'ah : 41 )

Tembok Besar diantara Syurga Neraka

" Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok "Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding, .... " (Al-A'raf : 46 )

Syurga dan neraka masingmasing ada pintupintu untuk dimasuki. Jadi tak ada istilah jatuh dari titian sirat ke neraka.

“Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?” Mereka menjawab: “Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir.” (Az-Zumar: 72)

“Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:” Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya” (mereka pun masuk)” (Az- Zumar: 74)

Dan di mahsyar nanti, manusia terbahagi kepada 3 golongan, A, B dan C. 

Golongan A ialah golongan yang terus masuk ke Neraka tanpa hisab..
Golongan B ialah golongan yang terus masuk ke Syurga tanpa hisab.
Golongan C akan stay di Mahsyar untuk diadili di Mahkamah.

Golongan A yang masuk ke Neraka akan diikat dan diseret dengan rantai menuju ke Neraka dan pintu neraka dibukakan untuk mereka. 

Manakala golongan B menuju ke Syurga dan diketuai oleh Nabi Muhammad dihadapan. Ketika sampai di pintu Syurga, pintu Syurga tertutup dan nabi mengetuknya. Maka apabila pintu dibukakan masuklah ahlinya kecuali Nabi Muhammad. Baginda minta izin kepada Allah untuk menuju semula ke Syurga untuk memberi syafaat kepada ummatnya.

Ketika di Mahkamah, Allah akan menimbang amalan golongan C dengan dimulakan dengan kitab solatnya [kata beliau manusia ada kitab khas untuk amalan Solat]. Jika sempurna amalan solatnya dan berat amalan serta sedikit dosanya maka dia masuk ke Syurga dengan syafaat Nabi [Golongan no.3]. Jika tidak sempurna solatnya maka dimasukkan ke Neraka [Golongan no. 1] dan jika timbangan amalannya sama berat maka mereka akan dibawa ke Tembok Besar [Golongan no. 2] yang memisahkan antara Neraka dan Syurga dan mereka dihisab dan dihisab. 

Di antara keduanya (penghuni syurga dan neraka) ada batas atau tembok pemisah. Di atas tembok itu terdapat segolonganan manusia yang disebut sebagai Ashabul A’raf yang boleh menyaksikan penduduk syurga dan penduduk neraka. Kepada penduduk syurga mereka ucapkan keselamatan dan kesejahteraan. Golongan Ashabul A'raf sangat berharap untuk masuk segera ke syurga namun mereka tertahan.
“Dan di antara keduanya (penghuni surga dan neraka) ada batas; dan di atas A’raaf (tembok)  itu ada orang-orang yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka. Dan mereka menyeru penduduk surga: “Salaamun ‘alaikum 544″. Mereka belum lagi memasukinya, sedang mereka ingin segera (memasukinya).” (Al- A’raf:46)

“Dan apabila pandangan mereka dialihkan ke arah penghuni neraka, mereka berkata: “Ya Rabb kami jangan Engkau tempatkan kami bersama-sama dengan orang-orang yang zalim itu”. (Al- A’raf:47)

Untuk perkongsian bersama. Samasama kita ambil pengajaran dari ilmu ini..

maksiat dan dosa itu terasa menyeronokkan..terasa lazat.. riba? Rasuah? Zina? Mencuri? Dedah aurat?  Seronok untuk dilakukan. Apatah lagi dizaman moden ini..  ada berasa bangga hidup bermaksiat. Sehinggakan ada yang sanggup mendakwa nikmat yang sedikit di dunia ini bagaikan di syurga.

Sedangkan jalan ke syurga tampak perit dan memenatkan. Siapa suka berlapar? Miskin hina? Sanggup bangun malam bertahajjud? Malah bagi orang yang mengejar keuntungan, meninggalkan perniagaan dalam tempoh sepuluh minit untuk berjemaah di masjid juga suatu kerugian.. zakat?  Mereka yang memilih untuk hidup zuhud dipandang hina dan dicaci..

Tetapi dengan sifat Rahim dan Ghafur Allah, insyaAllah kita akan mampu juga menjejakkan kaki ke taman syurgaNya yang penuh keindahan selagi kita beriman. Namun, , apakah neraka akan menjadi tempat persinggahan kita sebelum kita akan ke syurga?

Semoga selepas ini tubuh ini tidak lagi berat dari beribadah kepadanya. 
Supaya lidah ini lebih asyik mengalunkan zikir dari berbual perkara yang lagho.
Supaya mata ini lebih seronok menatap naskhah al-Quran dari menonton hiburan di televisyen. 
Supaya aqal ini lebih mencari redhaNya dari mencari kekayaan duniawi. 
Supaya hati ini lebih mengingatiNya dari mengingati yang lain. Amin…

Tuhanku… Aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak sanggup menghadapi siksa nerakaMu. Terimalah taubatku, Kau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar.....


Read More

Tuesday, October 19, 2010

~the solace~

Al- Insyirah (94:1-8) 
- THE EXTENSION -



In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful. 

Have We not expanded for thee thy breast, 
And removed from thee thy burden,
  
Which weighed down thy back,
  
And exalted for thee thy mention?
  
Surely with difficulty is ease.
  
With difficulty is surely ease. 
So when thou art free (from anxiety), work hard,
  
 And make thy Lord thy exclusive object.



 The expression, 'Surely, there is ease after hardship,' has been repeated twice. This signifies that Islam will have to pass through very hard times, but on two occasions it will have to face a challenge to its very existence-first in the first few years of its life and then in the Latter Days-and on both these occasions it will emerge from the ordeal with renewed strength. These verses also indicate that the hardships with which the Holy Prophet and Muslims are faced are temporary, but their successes will be permanent and ever-expanding.


Bismillahirahmanirrahim
Ya Ayuhal nafsu Mutmainnah Irji'e Ila Rabbika Radhiyatun Mardhiyah
Fad khuli fi ibadi Fadkhuli Jannaati

Wahai jiwa yang tenang,
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan rasa puas,
dengan segala nikmat yang diberikan, lagi diredhaiNya. 
Masuklah ke dalam jemaah hamba- hambaKu,
Masuklah ke dalam syurgaku.


All the verses in the Quran are like personal love letters from God to us. " If you want to find the solace and balm for the sore, the words will heal it straight away",, Sooth you anytime. Sweet!!


~~~Surely with difficulty is ease, with difficulty is surely ease~~~
~~~sesungguhnya di samping kesukaran datanglah ketenangan~~~
^__^
Read More

Friday, October 15, 2010

Love Letter From Him


You will be happy that you read this all the way through.

As you got up this morning, I watched you, and hoped you would talk to me, even if it was just a few words, asking my opinion or thanking me for something good that happened in your life yesterday. But I noticed you were too busy, trying to find the right outfit to wear.
When you ran around the house getting ready, I knew there would be a few minutes for you to stop and say hello, but you were too busy. At one point you had to wait, fifteen minutes with nothing to do except sit in a chair. Then I saw you spring to your feet. I thought you wanted to talk to me, but you ran to the phone and called a friend to get the latest gossip instead. I watched patiently all day long. With all your activities I guess you w ere too busy to say anything to me.

I noticed that before lunch you looked around, may be you felt embarrassed to talk to me, that is why you didn't bow your head. You glanced three or four tables o! ver and you noticed some of your friends talking to me briefly before they ate, but you didn't. That's okay. There is still more time left, and I hope that you will talk to me yet. You went home and it seems as if you had lots of things to do. After a few of them were done, you turned on the TV. I don't know if you like TV or not, just about anything goes there and you spend lot of time each day in front of it not thinking about anything, just enjoying the show. I waited patiently again as you watched the TV and ate your meal, but again you didn't talk to me.

Bedtime I guess you felt too tired. After you said good night to your family you popped into bed and fell asleep in no time. That's okay because you may not realize that I am always there for you. I've got patience, more than you will ever know. I even want to teach you how to be patient with others as well.

I love you so much that I wait everyday for a nod, prayer or thought or a thankful part of your heart. It is hard to have a one-sided conversation. Well, you are getting up once again. And once again I will wait, with nothing but love for you. Hoping that today you will give me some time. Have a nice day!

-ALLAH-



Allah cinta kita, dan kita juga perlu begitu. Tiada cinta yang paling hebat di dunia ini selain dari Cinta agung dariNya. Isiisi Al- Quran semuanya katakata daripada Allah. Satu persatu wahyu syariat, rukun dan hukum seperti puasa, zakat, haji, jihad, diturunkan Allah kepada kekasihNya, Rasulullah s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibril a.s.. Namun, syariat diwajibkan solat disampaikan direct kepada Rasulullah tanpa melalui perantaraan dalam peristiwa Isra' Mikraj. Rasulullah naik ke atas untuk menerima perutusan penting dan buah tangan daripada Allah iaitu solat. Inilah lambang cinta Agung.

Apalah ertinya mengucapkan uhibbullah, aku cinta Allah tapi dia membelakangkan ajaran-Nya? Apakah ertinya mengucapkan uhibbullah, aku cinta Allah tapi dia melakukan larangannya. Jika ini berlaku, maka ia akan menjadi kisah cinta yang bertepuk sebelah tangan. 

Al-Quran al-Karim memberi satu jawapan mengenai cara bagaimana kita mencintai Allah. Dalam ayat 31 Surah Ali 'Imran ada disebut maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mencintai Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."   

" Ya Allah, kurniakanlah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan". 



Wallahu A'lam.

credited to: www.rakanmasjid.com
Read More