Thursday, November 25, 2010

~ in the kitchen~

~ saya pandai memasak ~


Ke’nervous’an melanda.. 

10 hari yang lalu..

“ alitayS, awak free tak 26 November sampai 1 Disember nanti?, kalau ade time yang free, nak mintak join team masak untuk daurah tintec nanti. Boleh? ”

“ Mmm.. Saya free je time tu.. InsyaAllah boleh. Dah lame jugak tak pegi daurah ni. Boleh gak amek semangat kakakkakak 6 hari tu nanti.. Dah lame dah iman dalam hati ni tak stabil.. Tapi kan akak, saye tak tahu tak pandai sangat masak ni. Tolongtolong, potongpotong bawang boleh la kot..”

“ 0ooh, takpe je, ade yang boleh tolong awak nanti. Nanti akak ‘finalise’kan tugasan awak.. Jazakillah alitayS..insyaAllah awak boleh..”

“ InsyaAllah saya try. =). Jazakillah akak sudi ajak saye..”

“ Ok. Ingat alitayS, keep in your mind yang awak seorang tukang masak untuk daurah nanti.”

“ Orait boss. ^__^ ”

Balik rumah, bukak emel dan tengok planner untuk team masakan, tengok menu hidangan. Sup ayam, sup sayur, tomyam, ayam masak kurma....

Memasak? Hmm.. bagaimana nak memasak? Daripada seorang yang tidak pernah jarangjarang memegang senduk dan kuali, kepada seorang yang pandai memasak sup ayam dan tomyam untuk hidangan 40 orang?

Hmm.. seruan untuk belajar memasak sudah tiba..
Lalu alitayS belajar memasak secara express daripada ibu tersayang. Belajar memasak tomyam dan sup ayam, secara teori dan dari pemerhatian. Dihafal satupersatu resipi, bahanbahan dan satupersatu langkahlangkah memasak keduadua hidangan itu. Dan terima kasih kepada mr. g00ogle kerana sudi menghulurkan variasi resipi hidangan.

Potong ayam? Potong ikan? Dalam tomyam nak kena bubuh bahan apa? Bawang nak kena potong belah mana? Kentang, lobak merah, serai, lengkuas potong macam mana? Menegak ke melintang ke membulat? Perencah banyak mana kena letak? Kalau nak sedap kena letak ape? Lalu ibu menerangkan satu persatu kepada alitayS..malangnya, untuk 4 orang makan.. kalau 40 orang? 0ooh, Cuma tambah 10x ganda ramuan dan bahanbahan dan guna periuk yang lagi besar.. dengan penuh keyakinan dan imaginasi, alitayS merakam satupersatu didalam buku nota. ( Adekadek tergelakgelak dengan sopannya.. Memerli secara comel kepada kakaknya yang kebuntuan. Dikatanya mereka makanan yang dimasak kakaknya nanti bakal menjadi 'pottasium cyanide'..hmm..)

Ruparupanya memasak itu satu perkara yang best. Apatah lagi, bila masakan kita dirasai oleh seseorang. Lagi terasa lega bila dipuji kesedapan masakan kita. Namun, bukan pujian yang diharapkan. Cuma dengan harapan, makanan yang dimasak nanti boleh dimakan, dapat mengenyangkan perut yang lapar, dan dapat menyihatkan badan. Apatah lagi, memasak untuk orang yang menghadiri majlis ilmu, kita juga yang dapat kebaikan daripada pelajaran itu. (^__^)



Moga tomyam yang dimasak seperti ini..

Moga berjaya.. InsyaAllah..

Usrah mengajar kita melakukan sesuatu di luar kemampuan kita. Daripada seorang pendiam kepada seorang yang bijak menutur kata menyampaikan buah fikiran, daripada seorang yang biasa kepada seorang yang bijak menguruskan sesuatu organisasi dan program. Itulah ke’best’an usrah. Dan daripada seorang yang tidak pandai memasak kepada seorang chef.  =)

Moga Allah memberi kami satu tarbiyah yang cukup bermakna untuk kami kutip disepanjang perjalanan daurah nanti..dan moga adekadek mendapat kefahaman yang mendalam melalui ilmu yang mereka dapat nanti. Tautkanlah hati kami Ya Allah. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.. (^__^)

At least lepas ni, kalau duduk sorangsorang kat rumah, dah boleh masak menumenu ni..
Azam lepas ni, belajar memasak pelbagai masakan.. gambate!!
orang kate, kalau tak pandai masak tak boleh kawin? betul ke? ...

" Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami mencipta kamu secara main- main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah raja yang sebenarnya. " (23:115-116)
--dengan kesedaran ini, maka hidup dan tanggungjawab harus dijalani dengan dengan keadaan dan tindakan yang sebaik- baiknya-- 

--Moga ia bermakna—
--Hidup penuh tarbiyah--


Read More

Monday, November 22, 2010

~be different~

 ~ dare to be different ~


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".

Mari menjadi orangorang yang asing itu..mari menjadi merekamereka yang pelik itu..

Jika semua disebelah anda menggoda, beranilah berkata tidak. Anda tidak bertanggungjawab terhadap mereka, mereka juga begitu untuk anda. Anda perlu bangun, mengukur dan mengatur jalan sendiri, membina karakter sendiri, bukan meniru gerakgeri mereka.Anda akan diadili sebagaimana apa anda hari ini, bukan kerana orang lain..

Mereka memakai sanggul tinggi, mereka memakai berbagai pewarna rambut, mereka memakai antinganting berjenama, itu definisi ‘anggun’ dunia. Dia melitupi rambutnya dengan hijab.tanpa satu perhiasan. Dia seorang yang pelik.

Mereka memakai jeans fit, mereka memakai skirt, mereka memakai t-shirt tidak berlengan, mereka memakai dress sampai lutut, itu definisi ‘cantik’ dunia. Dia memakai baju kurung, dia memakai jubah. Dia seorang yang pelik.

Mereka memakai compact powder, mereka memakai blusher di pipi, mereka memakai eye shadow, mereka memakai mascara, mereka memakai lipstick merah, dia memperhias diri dengan secalit senyuman..dia seorang yang ketinggalan zaman.

Mereka diapit kekasihkekasih dunia, diapit teman lelaki, diapit iphone, psp, dia diapit mini tafsir al-Quran..dia seorang yang ‘suka menunjuk baik dan alim’.

“Kita di zaman moden sekarang ini..tidak perlu ini dan itu..”, menganggap bahawa mereka perlu mengambil islam secara sederhana, menganggap carahidup perlu diasing dengan islam.. lalu timbul istilah ‘ketinggalan zaman, pelik, extremist, terrorist, oleh merekamereka ini..

Mari kita berhijrah ke daerah berpaksikan firman Allah, berpasakkan Rasulullah.. meninggalkan daerah jahiliyyah yang kita diami sekarang..

Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai
Daerah ini daerah merdeka sekalipun ada yang memeranginya
Biarkan saja aku di daerah ini..

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Kerna aku mengerti ia amat suci & abadi

Di daerah ini, biarlah aku..

"Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing yang mengelilingi hidangan makanan.” Sahabat bertanya adakah kerana bilangan umat Islam yang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di dalam hati musuh terhadap kamu dan Allah mencampakkan dalam hati kamu 'al-wahan'. Sahabat bertanya apa dia wahan itu ya Rasulullah. Jawab baginda 'cintakan dunia dan bencikan akhirat."

Nabi memberikan 2 faktor berlakunya begini: cintakan dunia dan benci kepada mati. Umat Islam generasi pertama dulu cintakan mati kerana dapat bertemu dengan Allah segera. Oleh sebab itu bila ada panggilan jihad, mereka sukarela bergabung tenaga memerangi musuh Islam Mereka tidak takut mengadap mati. Sebaliknya masyarakat Islam hari ini takut kepada mati malahan mengingatkan mati pun dianggap menyekat kemajuan. Mereka takut mati kerana memikirkan dosa yang terlalu banyak dilakukan dan sedikitnya amalan pahala yang dibuat. Akhirnya semangat jihad memperjuang dan menegakkan agama Allah pudar dan terhakis.

Are you DIFFERENT? Or do you fit in with the crowd just fine?
Are you ready?
Ready for more devotion and worship acts to get closer to Allah?
Are you really determined to do that?
Are you intending to exert efforts to obey Allah?
Or are not you determined yet to do that deep in your heart?

Proud to be different
And it doesn’t matter to me what people say
Because people will always talk
Talk slander, slander gossip, gossip comment, comment questions, question backbite
Their mouths will never be full
All I can be is myself
And no one can take that away from me
Not even myself
It is a gift from Allah
To be Muslim
And while others see us as being different
I see us being different together

 "Orang Yahudi dan nasrani sekali-kali tidak redha terhadap kamu buat selama-lamanya sehinggalah kamu mengikut cara hidup mereka." (2:120)

Seperti mana cloud strife melawan sephiroth dalam (ffvii) untuk mengembalikan keamanan dunia mereka, seperti itu juga kita seharusnya berlawan..

Melawan menentang naqib-naqibah jahiliyah yang dihantar ke dunia realiti kita, untuk menghancurkan anakanak muda islam. 

Tv, reality show, Korean, Japanese drama, artists, songs, bands, games, ….. Ini naqib-naqibah mereka..

Dihantar mereka untuk mengajar umat islam yang jahil kemajuan, mengajar mereka untuk menjadi unitunit penyumbang dalam agenda ‘ new world order’ mereka. Tidak seperti cara lama, menjajah dengan keganasan, tetapi menggunakan cara baru, penerapan unsurunsur penjajahan kedalam minda secara perlahanlahan..

Siapa superhero islam? 

Mari kita menjadi salah seorang..

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi…." (2:30)



----------dare to be different----------

Maksud saya hanyalah untuk menyedarkan dan mengajak anda semua untuk memperoleh kembali apa yang telah hilang dari tangan kita. Keinginan untuk memperoleh kembali harta yang hilang akan timbul, bila seseorang menyedari apa yang telah hilang dari tangannya dan betapa bernilainya harta yang hilang itu. Kerana itulah saya mencuba untuk menyedarkan anda semua. Bila anda semua mengerti dan sedar bahawa sesungguhnya anda dahulu pernah memiliki suatu harta yang tidak ternilai harganya, yang kemudian hilang dari tangan anda, maka anda pasti akan berfikir untuk memperoleh harta itu kembali. (al- maududi)

cerita korea, sila main jauhjauh,,
insyaAllah, remove it one by one,
you can do it, all the best!!


~dubirubiru dubirubiru~  
 
Read More

~di sUaTu MaLAm~

~ fi lailatin ~



***********************************************

Fi Laylatin Minal Layal Lastu Adri Ma'tarani
Zulmatun Taghrumuni Ya Rab

Di suatu malam dari malam-malamku,
Aku tidak tahu apa yang terjadi padaku,
Kegelapan menyelubungi diriku, wahai Tuhan.

Al-Ardhu Daqat Wassama' Wa Qalbi Ma Arafud Dhiya'
Wad Dam'u Bata Yabki Ya Ilahi

Bumi dan langit ku rasakan sempit,
Hatiku tidak menjumpai cahaya,
Dan air mataku sentiasa bercucuran, wahai Tuhanku.

Ya Ilahi Ya Ilahi
Ya Ilahi Ya Ilahi
Asaytu Waz Zanbu Kabir
Wa Inni Fi Huzni Asir
Muqayyadun Bizanbi Ya Rab

Aku ingkar dan dosaku bertimbun,
Sesungguhnya aku di dalam penjara kesedihan,
Dirantai oleh dosa-dosaku, wahai Tuhan.

Fahal Yastahiqqu Ya Ilahil Afwa Mujrima
Muqirrun Biz Zunubi Ya Ilahi
Akan layakkah, wahai Tuhanku,
kemaafan diberikan kepada si pesalah,
yang sering berbuat dosa, wahai Tuhanku.

Ya Ilahi Ya Ilahi
Ya Ilahi Ya Ilahi

Antal Lazi Khalaqtani Rahimtani Wa Razaqtani
Dauman Ya Rabbi Qad Kunta Ma'i

Engkau yang menciptakanku,
Mengasihiku dan memberikanku rezeki,
Wahai Tuhan, Engkau sentiasa mendampingiku.

Lakinnani Naaitu Anka Nasitu Ma Qad Kana Lak
Wa Sirtu Fi Toriqi Ya Ilahi

Namun aku pula menjauhi-Mu,
Aku melupai apa yang ada pada-Mu,
Dan aku mengikuti jalanku sendiri, wahai Tuhanku.
 

Ya Ilahi Ya Ilahi
Ya Ilahi Ya Ilahi

Wal Yaum Ya Rabbi A'ud Min Zulmatin Khalfal Hudud
Fal Qalbu Munkasirun Wa Torofi Hair

Pada hari ini wahai Tuhan, aku kembali
daripada kegelapan di belakang sempadan,
Hatiku berkecai dan jalanku mengelirukan.

Wa Anal Ghariqu Fala Ara Illa Siwaka Liy Munqiza
La Manja Wa La Manja Illa Anta

Aku yang kelemasan tidak melihat sesiapa
melainkan Engkau untuk menyelamatkanku,
Tiada penyelamat, tiada penyelamat kecuali Engkau, wahai Tuhanku! 

 ***********************************************


-a nice arabic song- (^__^) 
enjoy the song..

Read More

Friday, November 5, 2010

~janji setia~

~ janji dua pencinta ~


"Abang, Ana pernah terdengar... bila salah seorang suami atau isteri mati... dan dia ni dari kalangan penghuni syurga... pasangannya yang masih hidup tu pula tak berkahwin lagi lepas tu... masa akhirat nanti Allah akan kumpulkan mereka berdua dalam syurga. Betul ke bang?" Dia mengangguk.

"Kalau macam tu berjanjilah dengan Ana.. Abang takkan berkahwin lagi sesudah Ana 'pergi' nanti... dan Ana pun takkan berkahwin seandainya abang yang 'pergi' dulu...”

Ini kisah zaman Rasulullah s.a.w.. 

Seorang isteri berkata kepada suaminya, bahawa si isteri pernah mendengar Rasulullah bersabda.. Sekiranya keduadua suami isteri dapat masuk syurga, maka si suami dapat bersama isterinya jika isterinya tidak berkahwin lain selepas kematian suaminya, dan begitu juga seorang isteri, dapat bersama suaminya jika suaminya tidak berkahwin lain selepas isterinya mati..

Lalu isteri itu meminta agar suaminya samasama berjanji untuk tidak berkahwin lain jika salah seorang daripada mereka mati dahulu agar dapat mereka bersamasama di syurga nanti..

Tetapi suaminya tidak mahu..Suaminya berkata, sekiranya ditakdirkan dia (si suami) mati dahulu, dia mahu isterinya berkahwin lagi.. dan si suami siap berdoa lagi, jika dia mati dahulu, semoga Allah mengurniakan kepada isterinya itu seorang suami yang lebih baik daripada dia. 


Begitu janji kasih mereka..

Dan akhirnya, suaminya meninggal akibat lukaluka dalam perang Badar dan perang Uhud.. ketika masih dirawat isterinya, dia berkata bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w memberitahu, jika ditimpa bala musibah, hendaklah menyebut istirja’ (Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un), dan berdoa, 

“ya Allah, berilah ganjaran atas kehilangan akibat musibah yang melanda diriku, dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya, maka pasti Allah akan mengurniakan sesuatu yang lebih baik..”


Si Isteri sentiasa menyebut istirja’, dan mengungkapkan doa, “Ya Allah, kuserahkan kepadamu seluruh musibahku ini ….” namun dia tidak sanggup mengungkapkan ‘berilah ganti yang lebih baik’, kerana dia tidak sanggup berfikir siapakah yang lebih baik daripada suaminya itu..

 Lepas habis iddah, isterinya yang masih hidup tu dilamar Abu Bakar As-Siddiq tapi ditolaknya. Lepas tu Umar Al-Khattab pula datang melamar. Perempuan tu tetap menolak.

Yang terakhirnya, seorang lelaki yang mulia kirim orang untuk melamar perempuan ni. Tapi dia tolak juga dengan alasan; dia dah tua dan ada anak yang ramai, dan dia ni sangat cemburu orangnya.

Lelaki mulia itu menjawab: “Adapun yang engkau uraikan tentang kecemburuanmu, maka sesungguhnya aku berdoa kepada Allah agar dihilangkan- Nya sifat cemburumu itu. Adapun alasan karena engkau sudah lanjut usia, maka sesungguhnya aku sama sepertimu. Dan, adapun karena engkau seorang janda yang sudah mempunyai anak, maka sesungguhnya anakmu adalah anakku juga.”

Dan.. Mereka pun melangsungkan perkahwinan pada bulan Syawal, tahun keempat hijrah.

Dan.. perempuan itu..Ummu Salamah..dia isteri Rasulullah s.a.w…seorang Ummul Mukminin..

Itu cinta mereka, Ummu Salamah (Hindun binti Abu Umaiyah bin Al-Mughirah) dan Abu Salamah (Abdullah bin Abd Al-Asad)

Dan lelaki mulia itu, Rasulullah……...

"Bila suaminya mati, dia jadi isteri kepada Muhammad bin Abdullah. Membantu perjuangan baginda..


Wallahu a’lam.. Allah lebih mengetahui….

itulah sejarah..

dan ... sejarah boleh jadi panduan untuk kita teruskan perjalanan hidup kita menuju masa depan...


sirah Rasulullah dan kisahkisah para Sahabat terasa best ^__^ 

Cukup kita ambil kisah cinta zaman rasulullah,
kisah cinta Rasulullah dan Siti khadijah,
kisah cinta Rasulullah dan Aisyah,
kisah cinta SahabatSahabat,
kisah cinta Yusuf dan Zulaikha,
tidak perlu Laila dan Majnun,
tidak perlu Shahjahan dan Mumtaznya,
dan tidak perlu Romeo dan Juliet..

 *****************************************************

h i h i h i 
(^__^)v

Read More

Wednesday, November 3, 2010

~sAyaNg mEreKa~


~tokwan tersayang~



Ibu memaksa menyuruh alitayS menjaga tok wan di kampung.. lalu hati alitayS memberontak.. ingin merajuk pada ibu.. tapi rajuknya tidak lama..

Kaklong memujuk.. “alitayS, pergi la jaga tokwan..kesian kat tokwan, duk sorang- sorang..”

“ Tapi alitayS tak pandai jaga..memasak pun tak pandai.. nanti nak masak apa kat tokwan.. nasib baik pandai kemas rumah cikitcikit..huhu..dah la internet takde nanti bosan, nanti malammalam pulak takuuut hantuu..” (hmmm..) 

“Ala..masak gitugitu je..goreng ayam, goreng ikan, masaak telur dadar.. tu je..senang je…bukan buat apa sangat pun..temankan tokwan je..biar tokwan tak rasa sorangsorang macam biasa..”

“ Hmmm…ok..lagipun duk kat rumah tak buat apaapa.. duduk ngan tokwan buleh jugak borakborak dengan tokwan.. hihihi..”

Ngeee..

Hidup ini bukan untuk hidup untuk kita sahaja.. kadangkadang kita kena hidup untuk orang lain.. Bukan kita kena kisahkan kebahagiaan kita sahaja..kadangkadang kita kena hidup untuk membahagiakan orang lain juga..bukankah hidup manusia tidak akan sempurna tanpa manusia lain disekeliling? ^__^

Sepatutnya saya bersyukur punya tokwan yang masih boleh saya curahkan rasa sayang..
 Sepatutnya saya berterima kasih pada tokwan dan opah kerana menjaga dan mendidik ibu dan bapa dengan penuh kasih sayang sehingga melahirkan seorang ibu dan seorang bapa yang terbaik untuk saya..
Dan sepatutnya saya menghargai tokwan..
Dan sepatutnya saya membalas jasa tokwan yang tiada ternilai..
Dan sepatutnya saya sentiasa mendoakan kesejahteraan tokwan setiap hari bersamasama doa kepada ibu dan bapa saya..
Dan sepatutnya saya menghargai masa yang Allah beri ini untuk mencari tarbiah diri di saat masamasa bersama tokwan..



 >> s a y a    n a  k   j a d i   c u c u   y a n g   b a i k <<

Bila kita tuatua nanti, bila dah jadi tok wan, bila dah jadi opah, jadi la kita sama seperti keadaan tokwan dan opah kita sekarang.. makanminumnya kadangkadang terlupa, nama cucucucunya yang ramai itu tidak juga teringat walaupun diberitahu berulangulang kali.. cucucicit kadangkadang berlari berkejarkejar memekik keliling kampung, kadangkadang mengganggu ketenteramannya, lalu dimarahnya cucucicit itu..bukannya tidak sayang pada mereka, padahal dia juga yang sering memberi gulagula, yang sering membelai setiap kali merekamereka itu pulang ke kampung.. tetapi kerana usianya semakin lanjut..satu persatu ingatan manis dan pahit menghilang.. kita juga pasti begitu..
 
"Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk ( hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanakkanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada diantara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering,  kemudian apabila  Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuhantumbuhan yang mercup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenisjenis tanaman yang indah permai.." (22:5)


Menghormati ibubapa dan menjaga mereka itu satu tuntutan, bagaimana menjaga tokwan dan opah? Ia juga satu tuntutan untuk berbuat kebaikan kepada mereka seperti mana Rasulullah memerintahkan umatnya menghormati warga tua..

“ Bukanlah daripada kalangan kami sesiapa yang tidak memuliakan golongan tua dikalangan kami..”

Dan beginilah juga ibubapa kita akan menjadi.. sanggupkah kita menjaga mereka dihari tua? Tatkala melihat, mendengar anakanak meninggalkan ibubapanya di pusat warga emas, kita menggeleng, mengutuk perbuatan si anak.. tapi bila mana tiba saat kita, mungkin kita seperti anakanak itu? Ya Allah, moga tidak jadi begitu. Ya Allah, walau bagaimana melarat keadaanku dimasa dewasaku, walau semewah mana kekayaanku dimasa dewasaku nanti, moga aku tidak lupa pada mereka, moga mereka tidak aku tinggalkan sendiri, yang sedari kecil hingga kini menjaga anakanak mereka, moga aku sentiasa dibawah bimbinganMu..




>> s a y a   j u g a   n a k   j a d i   a n a k   y a n g   b a i k <<

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau
hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku,jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
( doa untuk ibu dan bapa)


>> I  l o v e   m y   p a r e n t s   a n d    I   l o v e   t o k w a n  << 


s a y a r i n d u i b u d a n b a p a 
h u h u s u d a h l a m a t i d a k k u l i h a t w a j a h m u i b u
d a n w a j a h m u b a p a  


H I H I H I H I
..Hidup penuh dengan tarbiyah.. ^__^
monolog: kalau tak pandai jaga tokwan, macam mana nak jaga ibu bapa nanti?

(apa yang ditulis ni?hmm..sori)
Read More