Thursday, December 16, 2010

~ isshh isshh die tuu ~

-- budak baik ke budak jahat? --






“Ayah, ayah, taw tak, dulu saya respect kat budakbudak bekas sekolah agama, ye la, semuanye berimaaan je, pakai tudung labuh, pakai kopiah, bila jalan tunduuuk je, kadangkadang teringin jugak nak jadi macam diorang tuu.. sopan je..dah la banyak ilmu agame..”  

“Tapi kan ayah, sekarang dah tak lagi daaa..hampeh daa.. tengok diorang sekarang pun dah tak rase pape dah..kadangkadang rase meluat.. kat sekolah dulu punye la bising mulut die berceramah pasal couple la, menjaga pergaulan dengan lelaki la, menutup aurat la.. tapi sekarang, die tu, tudung labuh hilang entah ke mana, hand sock lesap entah ke mana.. baju besar entah ke mana.. tengok kat facebook dia berkepit ngan seseorang..statusnye sumenye gedik jee.. saye bantai die kat gambar die ngan sorang lelaki ni.. di’block’nye facebook saye.. ishish.. alamak, terkutuk pulak dah..hihihi.. hmm.. tu la, saye pun  x rasa saye patut cakap bukanbukan kat diorang.. Allah lebih mengetahui kan..”

“kadangkadang tertanya kenape la diorang tu boleh jadi daripada baik jadi tak baik macam tu?”

“Ape sebab diorang berubah ye? Hmm..”

“Kamu pernah tanya dan faham ke mengapa diorang begini?”

“Ini ujian Allah kepada mereka.. diuji satu persekitaran yang berbeza daripada keadaan mereka yang selesa di sekolah agama .. di luar sana kan terlalu banyak perkara perkara yang boleh menolak mereka keluar dari zon yang mereka selalu berada.. kadangkadang kawankawan mereka juga mempengaruhi.. dan mereka cuma manusia biasa.. kadangkadang biasa la terlencong.. mcm ape yang orang kampong kite kate tu, hmmm ‘culture shock’.. dan kadangkadang orang yang men'judge' dan berkata tentang mereka itu tidak pernah bertanya mereka, kenapa dan bagaimana..mungkin ada sesuatu yang menyebabkan mereka begini..”

“Dan mungkin siapa diri mereka di sekolah agama itu, bukan dan tidak dilakukan dengan hati dan dengan kefahaman dari dalam diri mereka.. mungkin hanya mengikuti peraturan dan prinsip sekolah, mungkin terpaksa.. kita tidak pernah tahu kan.. Ada dua hadiah daripada Allah.. Taufik dan Hidayah.. Hidayah itu adalah satu pemberian daripada Allah kepada kita, suatu petunjuk yang buatkan kita sedar dan mengenal mana satu perkara yang baik dan mana satu perkara yang buruk.. dan satu lagi, Taufik, satu hadiah daripada Allah yang membuatkan kita lari dan menghalang diri daripada membuat perkara yang tidak baik dan mendorong seseorang melakukan kebaikan. Hidayah = good instinct dan taufik itu = prevent the bad and act the good, it’s action.. Tanpa hidayah, sudah pasti seseorang itu akan sesat jauh dari jalan kebenaran..tanpa taufik itu, siasialah hidayah yang kita dapat..Contohnya,solat puasa zakat, orang tu tau ianya wajib, tapi tak buat pun.. tau couple tu tak elok, tapi dia buat jugak..dan mungkin orangorang seperti itu, dan bukan hanya budakbudak sekolah agama itu saje,kurangnya keduakedua atau salah satu daripada ini..

“ Dan orangorang yang bersungguh- sungguh berusaha di dalam agama Kami, nescaya Kami akan beri petunjuk kepada mereka akan jalanjalan Kami” (Al- Ankabut:69)

“Siapa yang menginginkannya dan berusaha mendapatnya, Allah akan bagi.. insyaAllah.. Tapi kalau diorang ada kefahaman agama, dan ada kesedaran, walaupun sedikit, insyaAllah, mudah untuk mereka berpatah balik bila terlencong.. cume perlu ditarik sedikit.. oleh siapa? Oleh merekamereka yang rasa itu tugas mereka untuk menarik.. mudahmudahan..”

Nak berubah x leh paksa, x leh ikut orang, kena melalui diri sendiri..

Dan kamu, juga, pasti ada halangan dalam membuat perubahan diri kan.. dulu kan tak pakai stokin, tudung pun jarang, dan Alhamdulillah, sekarang, sempurna tutupan aurat anak ayah ni.. pasti berdepan dengan tentangan diri dan nafsu, daripada orangorang kat sebelah dan daripada keadaan kan.. ke macam mana? Itulah perubahan, ia tak senang, dan ayah yakin, mereka juga dalam usaha berubah dan melawan segala yang buruk mendatangi mereka.... mari berbaik sangka dengan mereka.. kita bantu mereka..”

“hmm, betulbetul..”

Ia bukan senang kan ayah..

Dan sekarang saye mengerti..

Ya, terasa sangat susah untuk berubah.. nak pakai stokin tuu, amik beberapa bulan baru nak  istiqamah pakai stokin.. sekejap pakai sekejap tak.. dan lastlast, marahkan diri, sebab bende kecil ni pun amik masa yang lama.. dan tudung pulak, lagi laa.. sangat terasa lemah iman untuk melakukan perubahan..

Mula- mula stat dengan tudung bidang 45 donatello tuu, tp jarang cket la, tapi die lawa.. tu pun mase kat kelas kawankawan tegok pelik..apesal tetibe tukar imej.. hmm, biarkan je diorang.. aiseh, pakai tudung bidang 45, tapi baju t-shirt x labuh pulak, sampai punggung je..seluar jeans pulak tuu.. cam x sesuai dan x comey pulak nak pakai.. pastu saye pegi jalanjalan kat pkns, cari baju muslimah.. hmm.. baru sesuai..

Kemudian kakak usrah bawa saye pegi satu program kat dewan ni, muktamar ape ntah namenye.. uwaaa.. tengok keliling dewan tuu, yang lelaki pakai kopiah, yang perempuan pakai jubah, pakai baju kurung, tudung pun labuh.. caloncalon menantu yang baik.. huhu, rasenye saye je pakai tudung yang paling x labuh kat situ.. macam malu pulak.. esoknye, saye bagitau la kat naqibah saye tu, yang saye malu, semua orang pakai tudung labuh macam ustazah, saye je tak..

Pastu petang tu, kakak usrah saye bawak la pegi kedai tudung kat sebelah kolej tu.. die cakap die nak beli tudung.. die suruh la saye pilihkan.. saya rase tak taw nak pilih yang macam mane.. saye amik la satu tudung ni.. “Akak, tudung ni macam sesuai je untuk akak. Comey” “hmm.. kenape awak pilih tudung ni untuk akak? Kenape tak pilih tudung ni or tudung ni?” sambil tunjuk kat tudung bawal ngan tudung Donatello bidang 45 tuu.. “Hmm, sebab akak pakai tudung jenis ni”, sambil tunjuk bidang 50..

“Awak rase kenapa akak pakai tudung ni?” “Hmm, sebab tudung macam ni lagi menutup aurat kot” saye tersenyum.. “0ooo, ok akak, saye dah dapat..” “dapat ape?” “heheeee..” kakak usrah saye tersenyum…dan dia hadiahkan satu tudung bidang 50.. “ Bila kamu mengerti, kamu akan lakukan..ia amik masa.. buat dengan kefahaman, bukan ikut orang..” dan Alhamdulillah, perasaan untuk berubah itu mencengkam diri.. mulamula stat pakai tudung Akel 45 yang tak jarang, lepas tuu dah bertukar ke tudung Akel bidang 50..

hehe, dan lastlast, saye borong tudung bidang 50 tuu banyakbanyak kat pkns..

Hmmm.. jalanjalan kat shopping compleks, tengok x de sorang pun yang pakai tudung tuu..baju kurung pun takde..saye sorang je.. rase cam pelik.. malu pun ade.. haiiiiish,, bila pegi muktamar tu, malu sangat sebab tudung x sama labuh ngn mereka, bila pegi shopping compleks pulak, malu sebab tudung labuh sangat.. habis nak buat mcm mane?-monolog hati-.. lalu diyakinkan hati bahawa ini sebetulnya, tutup aurat, dan moga semua ini untuk Allah..

Pastu, ade dua orang mamat ni, lalu kat sebelah,

“wei, tu awek ko tuu.. tudung labuh siooot.. cam ustazah..hahaha” diorang ketawa kecil..

Hmmm.. ku senyum kecil..biarlah.. asalkan kite faham diri kite perlu begini.. Tengok lah nanti.. Bila dah jadi berani sikit esok karang, bila saye dah mantap ilmu dakwah nanti,  boleh la saye ‘ajar’ diorang nii.. 


Dan betul, kita tidak pernah mendekati merekamereka itu..kenapa dan bagaimana..

Dan insyaAllah, tiba masa saye menyelami diri dan hati mereka, kenapa mereka begini, merekamereka, dan budak budak lain dan lalu mengajak mereka kearah kebaikan..

Remaja di pusat serenti, remaja di tepi pantai, remaja di kelab malam, remaja dengan motosikal besar di jalan raya, remaja di konsert, remaja itu, remaja ini, itu remaja kita.. mereka itu bukan dia.. tetapi kita..

“ Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayatayat lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orangorang yang sesat.. Dan kalau Kami mengkehendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayatayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu mneghalaunya dijulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dan jika kamu membiarkannya dijulurkan jua lidahnya. Demikian itulah perumpamaan orang- orang yang mendustakan ayatayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisahkisah itu agar mereka berfikir..” (al- A’aaraf: 175, 176)

tak pasalpasal budak sekolah agama dpt name, ampuun dipinta..

-daripada:seorang bukan saya-

“What are you looking at?” “Looking at the muslim teenagers.” “just looking at?” “No,trying to  find the best way to pull them out of this, I’m actless, t0oo much of them out there, I think I could’nt handle them all” “don’t say like that, it’s our job, rileks bro.. it’s okay, let’s do it together, we try our best, it’s not the number of those kids u hav teach them, but the amount of your effort.. that’s the value of us in front of Allah”

--we are only human beings --

Little change to your heart, little light in the dark, little hope that you just might find your way out of here.


Go take a breath and be strong, you cant spend your whole life holding on. Don’t look back just go, take a breath move along, you cant spent your whole life holding on…



Read More

Sunday, December 12, 2010

~ kalimah yang baik ~

 --kalimah tayyibah--


-- Basic Fundamentals of Islam --

First Kalimah Tayyab - The Word of Purity
 
لا اله الا الله محمد رسول الله
Laa Ilaaha Illaal-Laahu Muhammadur-Rasulul-Lah

-----There is none worthy of worship but Allah, and Muhammad is the messenger of Allah-----

 
Second Kalimah Syahadat - The Word of Testimony

اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَحْدَه لَا شَرِيْكَ لَه،
وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدً اعَبْدُه وَرَسُولُه

Ashadu Al-Laa Ilaaha Illaal-Laahu Wahdahu Laa Sharikalaahu 
Wa Ashadu Anna Muhammadun Abduhu Wa Rasuluhu

-----I bear witness that none is worthy of worship but Allah, the One alone, without partner, and I bear witness that Muhammad (Peace be upon him) is His servant and Messenger-----

Third Kalimah Tamjeed  - The Word of Glorification

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ¡
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

Subhanaal-Laahi Wa-l-Haamdu Lil-Laahi Wa Laa Ilaaha Illaal-Laahu Wal-Laahu Akbar. 
Wa Laa Haawla Wa Laa Quwwata Illaa Bil-Laahi-l-Aliyyi-l-Azeem 

-----Glory be to Allah and Praise to Allah, and there is none worthy of worship but Allah, and Allah is the Greatest. And there is no might or power except with Allah, the Exalted, the Great One-----

Fourth Kalimah Tawheed - The Word of Oneness 


لا الهَ اِلَّا اللّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهْ، لَهُ الْمُلْكُ وَ لَهُ الْحَمْدُ يُحْى
وَ يُمِيْتُ وَ هُوَحَىُّ لَّا يَمُوْتُ اَبَدًا اَبَدًا ذُو الْجَلَالِ وَ الْاِكْرَامِ
بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلى كُلِّ شَئ ٍ قَدِيْرٌ

Laa Ilaaha Illaal-Laahu Wahdahu Laa Sharikalaahu Laahu-l-Muulku Walaahu-l-Hamdu 
Yuuuhe Wayuumeetu Wahuwa Haiyuul Laayaamuutu Abaadaan Abaada, 
Zul-Jalalee Wal-Ikram, Biyaadihiil-Khaayier, Wahuwa Aalaa Kuwullii Shaii-in Qaadir

-----(There is) none worthy of worship except Allah. He is only One. (There are) no partners for Him. For Him is the Kingdom. And for Him is the Praise. He gives life and causes death. And He is Alive. He is Eternal. Possessor of Majesty and Reverence. In His hand is the goodness. And He is the goodness. And He is on everything powerful-----

Fifth Kalimah Astaghfar - The Word of Penitence

اسْتَغْفِرُ اللّهَ رَبِّىْ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ اَذْنَبْتُه عَمَدًا اَوْ خَطَاً سِرًّا اَوْ عَلَانِيَةً وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ
مِنْ الذَّنْبِ الَّذِىْ اَعْلَمُ وَ مِنْ الذَّنْبِ الَّذِىْ لا اَعْلَمُ اِنَّكَ اَنْتَ
عَلَّامُ الغُيُبِ وَ سَتَّارُ الْعُيُوْبِ و َغَفَّارُ الذُّنُوْبِ
وَ لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ الْعَلِىِّ العَظِيْم

         
Astaghfirullaha Rabbi Min Kulli Zambin Aznabtuhu A'madan Aao Khata an Sirran Aao Alaniyatan wa atuubu Ilaihi Minaz Zambil Lazii A'alamu wa Minaz Zambil la Zii la A'alamu Innaka Anta Allamul Ghuyuubi Wa Sattaarul U'yyubi Wa Ghaffarruz Zunuubi Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyil Aziim


-----"I seek forgiveness from Allah, my Lord, from every sin I committed knowingly or unknowingly, secretly or openly, and I turn towards Him from the sin that I know and from the sin that I do not know. Certainly You, You (are) the knower of the hidden things and the Concealer (of) the mistakes and the Forgiver (of) the sins. And (there is) no power and no strength except from Allah, the Most High, the Most Great"-----

Sixth Kalimah Radd- Kufr - Words of Rejecting Disbelief

اَللّهُمَ اِنّىْ اَعُوْدُ بِكَ مِنْ انْ اُشْرِكَ بِكَ شَيئًا َّ وَاَنَا اَعْلَمُ بِه 
وَ اسْتَغْفِرُكَ لِمَا لا اَعْلَمُ بِه تُبْتُ عَنْهُ وَ تَبَرَّاْتُ مِنَ الْكُفْرِ
وَ الشّرْكِ وَ الْكِذْبِ وَ الْغِيْبَةِ وَ الْبِدْعَةِ وَ النَّمِيْمَةِ 
وَ الْفَوَاحِشِ وَ الْبُهْتَانِ وَ الْمَعَاصِىْ كُلِّهَا وَ اَسْلَمْتُ 
وَ اَقُوْلُ لآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ مُحَمَّدُ رَّسُوْلُ اللّهِ

Allahuumma Inni Awuzubika Min Aan Uushrika Bika Shaiaw-wa Anaa A'lamu Biehi Wa Astagfiruka Limaa Laa Alaamuu Biehi Tubtu Aanhu Watabarra Tu Mena-l-Kufri Wash-Shirki Wa-l-Kizbii Wa-l-Ghibati Wa-l-Bidati Wan-Namiimati Wa-l-Faawahishi Wa-l-Buuhtani Wa-l-Maaasi Kuulliha Wa Aslaamtu Wa Aquluu Laa Ilaaha Illaal-Laahu Muhammadur-Rasulul-Lah


-----" O Allah! I seek protection in You from that I should not join any partner with You and I have knowledge of it. I seek Your forgiveness from that which I do not know. I repent from it (ignorance) and I reject disbelief (kufr) and joining partners with You (shirk) and of falsehood and slandering (gheebat) and innovation in religion (bid'at) and tell-tales (nameemat) and bad, evil deeds (fawahish) and the blame and the disobedience, all of them. I submit to Your will and I believe and I declare: There is none worthy of worship except Allah and Muhammad is His Messenger."-----


“Do you not see how Allah puts forth the likeness of a good word (kalimah tayyibah)? It is like a good tree, whose root is firmly fixed and whose branches reach to the sky. It brings forth its fruit in all seasons by the command of its Lord. And Allah sets forth parables for men, so that they may take heed. And the likeness of an evil word (kalimah khabeetha- a word of shirk) is like an evil tree, which is uprooted from the face of the earth, and has no stability.” 

Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik (kalimah toyyibah) adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. (24) Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). (25) Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. (26) (Surah Ibrahim)

 
Kalimah Tayyibah itu adalah laksana sebuah pohon dari jenis yang bagus, yang akarakarnya teguh dalam tanah dan cabangcabangnya tersebar di angkasa, sementara ia terus menerus menghasilkan buah yang baik sebagaimana yang diperintahkan Allah kepadanya.
Kalimah Tayyibah adalah satu kenyataan kebenaran, demikian benarnya, sehungga tidak mungkin ada seseuatu yang lebih asli di dunia ini daripadanya. Segala sesuatu didunia dicipta oleh Allah. anda berkata, “Di dunia ini tidak ada sesuatu atau seorang pun yang memiliki dan melaksanakan kekuasaan tertinggi, selain Allah yang Esa", maka seluruh yang ada di bumi dan di langit akan menyahut, " engkau telah menyatakan kebenaran yang abadi, kami semua menjadi saksi atas kebenaran penyataanmu itu" ,, bila anda bersujud di hadapanNya, seluruh yang ada di alam semesta ini pun akan turut bersujud bersama..

"Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang dia kehendaki". (Al-Qur'an, Ibrahim, 14:27)


-----Ad-dunya mazra’atul akhirah----- 
Dunia adalah ladang akhirat.

credited to:
-Dasardasar islam, Abu A'la Al- Maududiy
-www.islamicduas.org




penzahiran katakata lisan --> peneguhan dalam hati --> keikhlasan dalam perbuatan kerana Allah
Read More

Tuesday, December 7, 2010

~ demi taqwa ~

----DEMI TAQWA----







Dan alhamdulillah, Allah mengilhamkan kami hatihati yang lembut untuk kami mudah meresap direct tarbiyah daripada Allah melalui kaca tv9 tadi..

‘Demi taqwa’, nice slot from tv9 special untuk Maal Hijrah ini. Cukup membuatkan mata dan hati ibu dan saya menangis.

Kisah adik bongsu kepada Ustaz Ridhuan Tee, Ahmad Burhan Tee dan Danial, seorang lelaki berbangsa India yang pernah suatu masa menyertai rancangan realiti ‘Cari Menantu’, mendapat hidayah daripada Allah untuk memeluk agama Islam. Dan diselitkan kisah halangan dan penerimaan keislaman oleh keluarga mereka.. Sangat syahdu. Terasa sukarnya seseorang mencaricari cahaya Islam sekian lama dengan keikhlasan hati berbanding saya dan muslimmuslim lain, yang Alhamdulillah, menerimanya sejak lahir. Dan semestinya, kenikmatan itu pasti terasa berbeza..

Dan mereka, saudarasaudara kita itu perlu dibimbing dan dibantu mengenal Islam dengan lebih mendalam, memahami fikrah Islam sebenar..

Muslim keturunan vs muslim muallaf?

Tempoh keislaman kita bukan penentu segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah, sebaliknya keikhlasan demi mengharapkan keredhaan Allah. Usah mendabik dada membangga keislaman sejak azali itu, tapi banggalah kita dengan keberjayaan kita melaksanakan syahadah itu..

Dan itu kisah penghijrahan mereka..

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali” [H.R al-Baihaqi]
Dan lagi kisah saudarisaudari kita yang pernah tersasar ke jalan maksiat dahulunya, namun Allah memberi mereka petunjuk untuk berpatah balik ke jalan Allah.. mendapat perlindungan dan bimbingan daripada Raudhatus Sakinah, sebuah organisasi kemasyarakatan. Dan itu kisah mereka, Tambah melimpahkan air mata mengalir.. 

Pencerita itu kemudian membawa kami menghayati kemelaratan masyarakat sekarang, membuat kami menghayati betapa sangat memerlukan satu cahaya untuk mereka, anakanak remaja. Alhamdulillah, segolongan mereka berpatah balik ke jalan benar. Namun ada lagi di sana sini terhimpit dalam lembah maksiat, menanti kita membantu mereka. Dan merekamereka yang tersesat perlu dibimbingi , bersamasama mengenal Allah dan Rasul, mengenal matlamat hidup, mengenal praktikal menjadi muslim yang sebenar.



Lalu teringat saya pada kisah Muhajirin dan pasangan imannya, Ansar, dipertemukan tatkala hijrah Rasulullah dari kota Mekah ke kota Madinah.

Umat Islam Mekah datang ke Madinah tanpa membawa sebarang harta dan wang bekalan yang banyak. Dan Rasulullah telah mempersaudarakan mereka dengan umat Islam di Madinah, menerima dan membantu mereka kerana eratnya ukhwah fillah..  dan mereka adalah golongan Ansar dan Muhajirin. Sanggup membahagi isteriisteri, sanggup membahagibahagi harta dan tempat tidur.. Perpaduan dan pengorbanan mereka ini lah yang menyumbang kepada Fathul Mekah,  dan membantu perjuangan Rasulullah sepanjang hayat baginda.

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.” [Al-Hasyr,9]

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya”. [Ali-Imran,104]


 
Di mana ansarku? Siapa pasangan imanku? Untukku bersamasamanya mewarisi gerak kerja Rasulullah, meneruskan pewarisan fikrah dan aqidah baginda, mentebar luas kalimah syahadah laungan baginda, lantas membangun fathul ummah?

 
~~  Tiada kemuliaan tanpa islam ~~



-demi taqwa-
bila kan tiba saatnya lahir Fathul Malaysia? hmm..
Read More

Monday, December 6, 2010

~ unDeR c0nsTruCtion ~

-- refinement of soul --



Change after change I have to do..
I need to refine my soul,
And I need to refine my attitude,
And I need to refine my appearance,
And I need to control my actions,
And I need to concern of the Tabarruj,
And I need to aware of Ikhtilat,
And I need to take care of others feelings,
And I need to watch out each single step I take,
And I need to work out more effort for Islam and dakwah,
And yes, it’s not easy, to make a single change..
But what a super great feeling Allah give for those whoever make it..
May Allah guide you and me..

..Terus berusaha dan istiqamah, that’s the best..


"Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan, Beruntung bagi yang mensucikan-Nya,
Merugi bagi yang mengotori-Nya" (91:8-10)

~~ Lighten up the light, tear down the darkness ~~


-----------------------------------the soul is under construction-----------------------------------



passion, drive and dedication, 
you know what it makes..
--salam maal hijrah 1432 H--

Read More

Saturday, December 4, 2010

~ islamic-youth-awakening ~

-- reviving islamic spirit --


Greetings without visa passport golf colour to humanity,
people, of all continents.

Islam giving every man woman and child equality irrespective of caste, creed, ethnicity and color..
Islam a complete way of life calling humanity to the worship of one perfect God who is flawless..
Islam enlightening humanity and spreading the message of peace throughout the world..

Islamic community, the best community, enjoining the right and forbidding the wrong, ever mindful of God..
One God one community, people from all across the world are united by the power of Islam..
Islamic Empire, an empire founded simply on faith, stretching from Malaysia in the west to Spain in the west..
Conquests, charged with the power of faith, the Muslims brought the messages of Islam to the world..

Muslim brothers, brave, noble and chivalrous..
Muslim brothers, ever striving for the cause of Islam, living their lives by the will of God..
Muslim brothers give respect to Muslim sisters and work for the Islamic revival..
Muslim sisters, respected, charitable, modest and spiritual..
Muslim sisters, noble, wise and caring..
Muslim sisters, observe the Hijab, a symbol of spirituality and modesty,
And remaining true to their faith..

Spiritual Islam, transforming our lives and filling our hearts with divine contentment..
Glorious Islam, cleansing our souls and guiding our lives..
Beautiful Islam, enriching our heart with the beauty of Islam and the love of Allah..
Across the world people are answering the call of Islam..
No borders no visas no different no barriers..
United Muslims the great Muslim Umma on the verge of revival and awakening..
Rekindle the spirit of Islam..

Experience true happiness and peace of mind trough family values..
Promote Islam identity through education..
Experience a spiritual awakening..
Revive a divine connection..

Prayer identity of Muslims..
Commit yourself the five daily prayers, prayer will elevate, inspire, unite and enlighten us..
Recite the glorious Quran..
Start reading the glorious Quran today, guidance for the wise and sensible..
Find true guidance and answers trough the noble Quran..
Strengthen the community through the Mosque..

Islam the most beautiful and exquisite guidance sent by god for all mankind..
Muhammad (pbuh) the most noble, wise, and compassionate, the last and most beloved prophet of God..
Start your day in the name of Allah, by cleansing your soul, through wudu'.. 
Strengthen your faith five times a day..

Reflect on the state of the Umma, play your part in the Islamic revival..
Only through faith and reason can we regain our past glory..
Return to Allah, return to Islam, Allah’s mercy awaits you..
Bring back Islam in your life, on this day commit yourself to the guidance of Islam,

O Allah, let us stand together to overcome the challenges facing the Muslim umma.. Ameen 

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (61:4)

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.." (hassan al- banna)

----Muslim are not perfect Islam is----


-berusaha menjadi generasi al- Quran yang unik-

Read More

~ laptop dan games ~

~ laptop dan games ~


Adikadikku…..

Kakak sayang adik semua…
Wahai adikadikku,
Jangan terlalu asyik bermain games, bermain laptop,
Jangan kamu lalai,
Jaga solatmu, jaga bacaan al-Quranmu,
Kamu tidak tahu apa yang diluar sana,
Cuba mengetuk dan membelasah minda kamu,
Sama seperti game perang counterstrike yang kamu main itu,
Tetapi kamu tidak lihat ia yang jahat itu,
Jom jom adikadik,
Tutup laptop, tutup ps2, tutup tv,
Kita buka al- Quran, kita buka kitab, kita buka lembaran sejarah,
Kita belajar,
Tidakkah kamu cemburu ada insaninsan se’batch’ kamu,
Berjaya mengkhatam al-Quran, mempelajari kisahkisah nabi setiap hari,
Atau kamu lebih bangga mendapat first place dalam rally game?
Namun kakak senang melihat tangismu memahami,
 tatkala kakak dan abangmu berbicara soal hati perasaan ibu dan bapa,
Kamu mengerti,
Dan kakak bangga tatkala kamu berjanji berperibadi kepada mereka ibubapamu,
Dan iYa, kakak juga terkadang terleka begitu,
Mari kita belajar kita ubah bersamasama..
Mengenal Allah dan Rasulullah,
Supaya adikadik kelak dapat memahami kematangan,
Supaya adikadik kelak boleh menjadi seperti Muadz bin Amr, juga seperti Zubair bin Awwam
Mengheret pedang di medan jihad tika usia sebayamu, memahami hidup,
dan ia tidak mustahil,
Supaya keluarga kita bisa menjadi keluarga yang soleh,
Keluarga yang dilindungi Allah dari segala kejahatan,
Dan menjadi sebuah keluarga yang memantulkan peribadiperibadi Al- Quran dan As-sunnah,
Moga ia menjadi kenyataan, amen..
mari kita berusaha bersamasama..
0ooh, dah maghrib, jom adikadik kita bersiap, bapa sudah berteleku di sejadah,
Menunggu kita untuk solat berjemaah.. jom.. (^__^) 

“Wahai orangorang yang beriman! Peliharalah diri dan keluarga kamu dari neraka yang bahanbahan bakarnya daripada manusia dan batu…..” (66:6)

"Tidak sama sesuatu yang buruk dengan yang baik walaupun mengkagumkan engkau banyaknya yang buruk, maka bertaqwalah kepada Allah, wahai orang yang mempunyai akal fikiran supaya kamu mencapai kejayaan." (Surah al-Maidah : 100)

_____kita remaja yang bagaimana?________

(kadangkadang terasa nak baling je ps2 tu dari tingkat 20, 
terasa sangat puas kalau dapat melihat kehancuran ps2 
menjadi cebisaancebisan..hihi)

-----Sebuah monolog-----

“Tak nak kawin boleh?” Kata mereka..
alitays terdengar perbualan antara adikadiknya, shah dan ferre (diterbalikkan)..
shah, ingat perjanjian kita..bila dah besar nanti, kita kerja, pastu kita beli rumah, pastu kita duduk situ samasama..hidup bahagia.. tak yah kawin ek..tak suka la..bukan best pun..kan kan..”
lalu alitays menyampuk.. 
“nak join jugak boleh?” “mana boleh..kami baru ingat nak tempah sorang anak lelaki kak alitays. nak suruh gali kubur kitaorang nanti..”
“ishish..macam tu pulak? Alaa..kan anakanak kaklong ngan abang ada? Kita suruh la anak depa..”
“a’aaa la.. betul jugak..hihihi..ok la..jom join..mari kita mula merancang..”
Ngiihii.. (merekamereka ini masih belum mengerti kowt) 

jega eotteohgehaeyahanayo?

~dubirubiru~


Read More

Thursday, December 2, 2010