Friday, February 4, 2011

~cemburukah?~

cemburukah?



Pandangan matanya pada seorang lelaki itu, berbeza, tidak pernah ku lihat satu pandangan yang syahdu dari matanya. Satu perasaan cemburu? Hadir dalam hati.. 

Satu perasaan sayang dan rindu teramat seorang ibu pada anak lelakinya yang sudah hampir berapa lama tidak bertemu. Terasa tidak sama dia memandang anaknya yang lagi seorang ini. Mungkin sudah lama bertapak di rumah, tidak terasa perasaan rindu itu, kerana bersua muka setiap hari berbanding lelaki itu yang sudah kejauhan darinya.. mungkin kerana lelaki itu satusatunya anak lelaki dewasa yang cara layanan berbeza dengan lagi tiga anak perempuan yang meningkat dewasa.. bila dia pulang rumah, dimasak pelbagai yang enak, diceritakan segala yang menarik berlaku... 

Ku tepis perasaan cemburu itu.. mana mungkin harus ada itu, padahal aku dan lelaki bergelar abang itu berkongsi kasih seorang ibu selama 20 tahun kini. 

Namun, cukup padat kasih sayang ku peroleh dari dua insan bergelar ibu dan bapa ini.. membesarkan aku sehingga dewasa.. tidak layak untuk aku yang sering derhaka ini meminta lebih dan lagi..

Selalu dengar, mak ayah sayang anak lelaki lebih berbanding dengan anak perempuan.. mungkin ada betulnya..hihi..

 “ibu, bapak x pernah jenguk Nur time plkn, padahal kat selangor je, kalau abang tu, selalu pegi jenguk, padahal jauh kat negeri sembilan..kat kolej pun sama..”

“abang tu, selalu dapat apa dia nak, laptop, notebook, motor RZ, kalau saye, selalu dapat yang 2nd hand punye..”

Pernah satu hari menzahirkan cemburu dengan dia, namun cepatcepat bapa sangkal “Nur, bapak sayang semua anakanak bapak..anakanak bapak semua sama..apa yang perlu bagi, bapak bagi.. ”

Anakanak cemburu satu sama lain, merasakan dia kurang sesuatu berbanding dengan adikberadik lain.. itu fitrah.. dan cemburu itu juga menandakan si anak itu curious untuk tahu samaada ibubapa dia sayang dia tak.. dan seeloknya seorang anak itu berfikiran matang mengenai cemburunya itu, kerana ibu dan bapanya berusaha memberikan yang terbaik untuknya..ya, cemburu itu harus dikawal..

Huhu, mungkin perasaan saja.. seorang ibu dan seorang bapa yang bagus semestinya mencuba sedaya upaya melakukan peranan mereka kepada anakanak dengan sehabis baik.. didikan agama, pembinaan peribadi, dan kasih sayang yang dicurahkan.. ibubapa mengenal karakter setiap satu anakanak mereka lebih dari anakanak itu sendiri..bahkan mereka juga yang pertama menatang seseorang anak saat lahirnya dia.. 

“ibu dah ada kerut la kat muka..usia dah meningkat..” 

“bapa dah ada uban la kat rambut.. umur pun da berapa tahun da ada angka lima kat depan.. berapa tahun lagi dah nak pencen..” 

mereka berkata..

Takut saat umur mereka meningkat dan meningkat.. saat kerut dimuka jelas kelihatan, saat uban tidak terbilang lagi, takut semakin dekat pula untuk saatnya perpisahan seorang anak dan ibuayah..

Ya Allah, panjangkanlah umur kedua ibu bapa kami.. moga dapat kami rasa kasih sayang mereka untuk seketika lagi.. 

Dah dua puluh tahun dah ibu bapa take care anak dia.. dah sampai masa anak dia balas balik segala yang dicurahkan dengan balasan yang terbaik.. dan perlu alitayS cuba sedaya upaya melakukan perkara yang menyenangkan hati mereka, dengan Redha Allah..


Baiti jannati, rumahku syurgaku..

Kasih ayah seluas lautan, kasih ibu membawa ke syurga..

-Ibu dan bapa, sayang mereka jangan bermusim-



“Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara sahaja iaitu sedekah yang berkekalan, ilmu yang boleh dimanfaatkan dengannya dan doa daripada anak-anak yang soleh”.


Selamat hari lahir ayahanda, hari lahir ke -54.. 0oh, dah 54 dah..


Read More

Saturday, January 29, 2011

..:: lintasan hati ::..

--lintasan hati--



Allah taala hanya memberi taufik dan hidayah petunjuk kepada golongan yang telah diketahuiNya sedia berusaha untuk beriman dan beramal soleh..


“........Barangsiapa yang Allah kehendaki kesesatannya, maka kamu tidak akan sesekali dapat menolak sesuatu pun yang datang dari Allah. Mereka itu adalah orang-orang yang Allah tidak berkehendak menyucikan hatihati mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat kelak mereka beroleh azab yang pedih.” 
(Al- Maidah: 41)


Jika seseorang telah terbiasa mendengar kebatilan dan menerimanya, ia akan menghijab dirinya dengan kebenaran, hatinya dibiarkan angguk pada kesesatan. Dia menerima kebatilan dan tentu dia sebenarnya menyukainya. Ketika kebenaran datang tanpa memenuhi seleranya, dia menolak dan mendustakannya. Hatinya gelap dan tidak nampak cahaya Allah. Sebagai balasan, Allah biarkan dia terus dalam kesesatan dengan tidak memancarkan hidayahNya ke hatihati mereka.


"Dan bila engkau menampakkan apa yang ada dalam hatimu, atau engkau menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu." (Al-Baqarah : 284)


Sucikan hati kerana hati adalah raja yang memerintah seluruh amalan. Jangan biarkan ia dinodai titik hitam. Sentiasa beristighfar dan berzikir untuk menyucikannya kerana manusia sering membuat kesilapan. Mereka yang merasa bersalah dan bersedih di atas perbuatan maksiat sendiri, menunjukkan masih ada iman dalam hati.

Mohonlah keampunan Allah dan bertaubat sekerap mungkin walaupun berulangkali melakukan kemaksiatan padahal diri menginginkan perubahan kepada kebaikan. Mohonlah pada Allah moga Allah menguatkan hati untuk berhijrah. Kerana rahmat dan keampunan Allah itu tiada penghujungnya buat hamba-hambaNya. 

Orang yang membiasakan keadaan hatinya lalai daripada cahaya Allah terdedah kepada kemurkaan Allah.
Seperti mana Allah berfirman dalam al-A’araf, ayat 179, 


“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka yang mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah, yakni al-Quran) dan mereka mempunyai mata (tetapi tidak mempergunakan) untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah, peringatan yang benar). Mereka itu      semua seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai” (Al- A'araf: 179)


Kalau ada lintasan di hati untuk berhijrah dari jiwa yang lalai kepada jiwa yang cintakan Allah s.w.t, maka bersegeralah untuk melakukannya kerana percayalah itu adalah lintasan yang benar dari Allah. Lintasan itu merupakan hidayah yang tidak akan datang selalu. Jarangjarang saja. Biasanya akan disertai dengan keyakinan yang kuat.. namun jika kita sering bertangguh, mungkin Allah s.w.t akan menarik balik hidayahNya. Nauzubillah.. Taufiq dariNya bukan milik semua orang. Bukan milik orang yang tidak bersedia..

Dari lintasan fikiran (khatirah) itu lahirlah Keinginan (iradah), Kecenderungan (himmah) dan Tekad (azimah).

Allah Maha Mengetahui setiap perkara yang tersembunyi.

"Lintasan-lintasan itu memang kompleks kerana dia berada dalam ruang kebaikan atau keburukan."
( Ibnul Qayyim)



Ya Allah, kurniakanlah kepada kami lintasan-lintasan fikiran yang baik supaya kami dapat istiqamah dalam melaksanakan segala amal soleh dan jauhkanlah kami dari lintasan-lintasan syaithaniyah supaya kami mampu menghindarkan diri dari mengikuti pujukan dan rayuannya.

Ameen Ya Rabbal Alameen


~ Follow your heart to the light ~
 
Read More

Friday, January 28, 2011

ENTRY 43

- TIADA -




http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com




ya Allah, saya melihat, dan mendengar orang berkata, tentang cintan cintun dan perasaan,
bukak fb, bukak blog kawankawan, cinta, kekasih, rindu, sajak, syair, pantun...

terlalu banyak sangat..

kening berkerutkerut, kenapa banyak sangat post mcm tu?
terasa tensyen tetiba..

lumrah manusia biasa kot, keinginan untuk berperasaan begitu.. dan menzahirkan perasaan.. tapi zaman Rasulullah takde pun yang bercintan cintun macam tu skali, hmm.. dunia dah lain kot sekarang..
orang kata: expression of feelings a.k.a luahan perasaan..

perasaan kasih kepada seseorang manusia, walaupun cinta kepada seseorang manusia nampaknya seperti disandar pengharapan pada Allah semata, walau seislamik mana pun post tu, tp tulis post macam tu adakah lagi banyak perasaan cinta tu? ke makin kurang ke? ke makin ingat Allah?

teringin saya berkongsi petikan  salah satu post dari satuperkongsian.wordpress bertajuk Cinta oh cinta yang berbunyi,


kau tahu ku mencintaimu
ku tahu kau mencintaiku
ooohhhh kasih
bersabarlah sayang
saat indah kan menjelma jua

‘sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan’

warkahmu memberi kepastian
agar kejayaan menentu pertemuan
setiap kali di akhir katamu
kau selalu tulis
SEE YOU DI ICV
…eeh silap IPT

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biar pun sengsara
berkorban segala-gala

  

Memanglah pendakwah muda ni kalau tulis email dan berchating, dia tak tulis macam orang lain. Jiwang-jiwang tak mainlah. Mereka ni baca kitab Muntalaq. Kami adalah anak-anak singa dan bukannya kijang yang jinak. Amboiii. Tapi kadang tu kita tak perasan, jiwang tidak datang dalam satu bentuk sahaja. Jahiliah berubah bentuk. Maka begitulah juga dengan jiwang. Dulu ‘I love you’. Sekarang ‘bersamalah kita memburu cinta Allah’. Dulu ‘demimu sayang lautan sanggup ku redah’. Sekarang ‘moga-moga kita dapat bersama-sama thabat mengharungi dakwah ini’.

cinta-oh-cinta 
<best, baca baca!! >

dan takut juga melihat postpost kata cinta pada Allah dan Rasul, cinta pada Allah, cinta pada Rasul,
merasa makrifatullah, merasa makrifat nabi, rasa mengenal Allah, rasa mengenal Rasul, larut dengan perasaan itu, tapi takut, kalau itu hanya sekadar perasaan, yang mungkin akan hilang, kalau tidak berbuat perkara yang Allah suka, kalau tidak berbuat Sunnah Rasulullah.. dan takut kalau action tidak setaraf atau tidak lebih banyak dari perasaan cinta yang diluah didamba yang diagung itu.. moga perasaan itu membangkitkan perbuatan..

Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya.

Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.

Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.

Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.

Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.

Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.

CINTA ILAHI ADA CARANYA..

“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)
Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.

Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.

Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.


Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk
kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.

ini pulak sebahagian dari post blog saiful islam bertajuk cinta ilahi bukan lakaran puisi,


<baca baca!!>
<betulbetul terasa zreeet dan dush!! dengan post ni.. moga Allah memberi petunjuk,,>

berhatihati dengan perasaan, moga perasaanperasaan yang ada itu adalah dibawah redha Allah,
sangat seharusnya rasa tak syok kalau ada sesuatu dalam diri kita, sesuatu yang Allah tak suka,
apatah lagi juga, kalau perbuatan kita perbuatan yang tidak disukai Allah,
moga dijauhkan..

mungkin tafsiran erti cinta itu berbezabeza.. pada orang lain ia lain, tetiba je rasa sedih, bila macam tu jadinya..
terkadang terjebak..
jahiliyah dalam dakwahkah?
tidak! Nauzubillah..


mungkin hati macam batu, ya Allah, lembutkan ia jika kerasnya hati saya..

,,,,,,,,,


moga Allah sentiasa memegang hatihati orangorang yang beriman dan orang yang sentiasa berusaha mencari redha Allah..  dan moga Allah membimbing..

terima kasih ya Allah, sudi mendengar luahan hatiku setiap masa,
huhuhu..
 

usah terlalu dilayan sangat perasaan dalam hati,  kalau rasa ianya daripada nafsu sematamata,
takut hati lalai dari ingat ALLAH.. (pesan seorang kakak pada saya)

update iman update iman!!

~~ pedoman bersama ~~

<islam tak bunuh cinta, cuma membatasi>

Read More

Saturday, January 22, 2011

..::dimana Allah? ::..

FAAINALLAH?






Kisah pengembala dan seorang khalifah:

Khalifah: “wahai pengembala, juallah kepadaku seekor anak kambing dari ternakmu ini.”

Gembala: “aku ini hanyalah seorang budak.”

Khalifah: “katakanlah saja nanti kepada tuanmu, anak kambing ini telah dimakan serigala.”

Gembala: ‘faainallah?’ “kalau begitu, dimana Allah?”

Dan khalifah itu adalah Saidina Umar.

Seorang qaedah sulbah yang dilatih peribadinya oleh Rasulullah sehingga menjadi seorang yang berjiwa Islam..
Khalifah Umar hanya ingin menguji sifat amanah budak itu.. Bagi khalifah Umar dan gerangan, bagi anggota jemaah Muslimin di kala itu umumnya, pertanyaan yang sependek itu sudah cukup untuk mneggugah dhamir, meremangkan bulu roma..

Faainallah? Dimana Allah?

"...dan Dia (Allah) beserta kamu di manapun kamu berada, dan melihat apa yang kamu perbuat.” (al- Hadid:4)

"Tidakkah ia ketahui, bahawasanya Allah melihat." (al- Alaq:14)

"........Dan sesungguhnya telah Kami jadikan manusia, dan Kami mengetahui apa yang ada dalam hati mereka, bahkan kami lebih dekat dengan urat lehernya.." (Qaf:16)


Seakanakan anak gembala itu berkata:

Memang saya yang memiliki ternak itu, boleh saja saya tipu, dia( ketua) tidak lihat apa saya buat disini.. tapi, bagaimana saya dapat tipu Allah? Bukankah Allah mengetahui apa yang ada dalam hati saya, dimana pun dia berada.

Lalu bercucuran airmata Khalifah Umar terharu. Pergi dia bersama anak gembala itu menjumpai yang empunya ternak itu. Ditebus kemerdekaan anak gembala lalu berkata:

“Kalimah ‘faainallah?’ itu telah memerdekakan kamu di dunia ini; semoga kalimah itu (pula)akan memerdekakan kamu di akhirat kelak.” 

kesan Risalah Rasulullah..

Risalah Rasulullah tidak diakhiri dengan rumusan kaedah falsafah yang universak dan abstrak, untuk dikagumi dan dipuji, atau dalil dali teori untuk ditatap sambil duduk lega..

Risalah itu untuk mensempurnakan manusia sehingga benarbenar hidup.

Risalah itu meletakkan titikberat pada pembangkitan kekuatan pada peribadi manusia sendiri..

Hanya ada satu jalan untuk menyuburkan dan memperkuatkan tenaga dalaman itu..iaitu dengan mendekatkan jiwa peribadi kepada Khaliq, Allah. Sumber dari segala kekuatan, lahir dan batin..

Disini letaknya ibadah..

Risalah maju selangkah lagi.

Peribadi diri dilatih supaya dapat merasai bahawa setiap gerakgeri merupakan ibadahnya terhadap Ilahi,bahawa disetiap saat terasa dekat dengan Allah.

“......supaya engkau memperhambakan diri kepada Allah, seakan akan melihatNya, namun Dia melihat engkau.” <Hadis Bukhari>

credited to: Fiqh Dakwah, M.Natsir

dimana Qaedah Sulbah era kini???
Bangkitlah remaja Islam!!


dear Jannah, here I come!!
 
Read More

Thursday, January 20, 2011

..::kalamullah::..

-- kalamullah --


~~ Hidup di bawah Bayangan Al- Quran ~~




Hidup di bawah bayangan Al- Quran adalah satu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu kenikmatan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang..

Aku hidup seolaholah mendengar Allah bercakap kepadaku dengan Al- Quran ini.. ya, Dia bercakap kepadaku seorang hamba yang amat kerdil dan amat kecil ini.. manakah penghormatan yang dapat dicapai oleh seseorang yanglebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini? manakah keluhuran usia yang lebih tinggi dari keluhuran usia  yang diangkatkan oleh kitab suci ini? manakah darjat kemuliaan bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah Pencipta yang Maha Mulia?



..aku rela sepi manusia, namun aku tidak rela sepi tuhan, pulanglah kalamullah..



“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian penghuninya sentiasa bertasbih kepada Allah dan tiada suatu kejadian pun melainkan seluruhnya bertasbih memuji Allah.” (Al-Isra':44)



Hiasilah diri kami
Dengan keindahan Al-Quran
Muliakanlah, Ya Allah, kami semua
Dengan kemuliaannya

Kurniakanlah
Keberkatan kalamMu Ya Allah
Agar menjadi pegangan kami
Di dunia ini

Dan menerangi kami
Dari kegelapan pusara nan sepi
Juga pembela kami
Kelak nanti di negeri abadi

----------------------------------------------------------------


Read More

Monday, January 17, 2011

..::seorang pelajar soleh::..

 -- seorang pelajar yang soleh --
a.k.a 
-- a pious student --






a student was once studying in new delhi,
the night had already set in, as he sat alone in the masjid,
studying by the lamp's flame,
in the same locality,
a young lady was on her way to visit some relatives,
however a riot broke out and the streets were no longer safe..
the young lady could find no place of refuge,
except this very mosque,
when the student saw her,
he ordered her to leave immediately,
he told her, it is not appropriate for you to remain here because if the local people see you here,
then this will be a cause for my disgrace.
they will remove me from this masjid and this will cause harm to my studies.
terrified, alone,
the young lady explained her condition,
a riot has broke out in the locality and if i leave the masjid i fear that i would be dishonored.
upon hearing these words, the student kept quite and asked her to sit in one corner.
thereafter the student returned to his corner and engaged himself in studying the whole night.
while studying he would momentarily place his fingertip on the flame of his lamp.
the young lady had been carefully observing this.
slowly, the night had burnt away. 
at the break of dawn, the student told the young lady.
the roit has subsided and the road is safe. let me take you to your home,
the young lady said, i will not returned home, until you revealed me,
the secret for repeatedly placing your finger tip on the flame of your lamp.
the student said: you should not concern yourself with that.
nevertheless, the young lady persisted in her request.
the student finally said,
the devil repeatedly whispered into my heart and encouraged me to do evil with you.
hence i placed my finger tip on the flame and adressed myself thus:
when cannot bear the heat of the fire of this world the how will you ever bear the painful fire of Jahannam?
Allah, through His Grace, protected me.
hearing this, young lady returned home,
she was a daughter of a wealthy person and she was about to be engaged to the son of another wealthy person.
after this incident she refused the proposal and said: i desire to marry a certain student who lives in such and such a masjid..

when cannot bear the heat of the fire of this world the how will you ever bear the painful fire of Jahannam?
 
"Hai orang yang beriman.Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;penjaganya malaikat yang kasar,yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya dan mengerjakan apa yang diperintahkanNya." --At Tahrim: 6--


 


Read More

Wednesday, January 12, 2011

..::poem of jannah::..

-- poem of jannah --


close your eyes and imagine this,
eternal bliss,
your every wish at your fingertips and more,
perched on a throne near a stream so scene and exquisite,
a scene you've never seen, yet you still dream of more..

gone is pain, gone is fear,gone is grief, gone are tears,
idle speech you shall never hear,
and the prophet make up your social sphere and more..

marthyrs righteous and the truthful,
you are from them and they are from you,
they held tightly to what they knew as true,
and to join them, you did too, there's more,
maidens chaste to who restrain their gaze,
lost in a glance for days and days..

fun and frolic as a child plays,
where the breath that leaves your lips is praise,
of the one who give you more..

imagine you and your father would able to save,
imagine showing book with no shame,
imagine nights with the sahaba with their stories to entertain,
imagine Muhammad s.a.w knowing your name..

..what could be there more..

gardens underneath which rivers flow,
a goal so far and yet so close,
a journey worth taking for those who knows..

tell me do you not wish to go for more?

for all the bounties and all the grace,
all the sights and the smells and the taste would be forgotten
without trace, as if frozen in time and space,
 when you see His face..

what an excellent Master, 
of miserable slave,
you forgot and He forgave,
He gave you guidance and you still strayed?
you ask your mercy, that He gave,
and more and more and more..


~ what could be there more? ~

Those who spend (freely), whether in prosperity, or in adversity; who restrain anger, and pardon (all) men;- 
for Allah loves those who do good;- And those who, having done something to be ashamed of, or wronged their own souls, earnestly bring Allah to mind, and ask for forgiveness for their sins,- and who can forgive sins except Allah?- and are never obstinate in persisting knowingly in (the wrong) they have done.
For such the reward is forgiveness from their Lord, and Gardens with rivers flowing underneath,- an eternal dwelling: How excellent a recompense for those who work (and strive)!
(3:134-136)
--strive for jannah--


Read More