Friday, February 6, 2015

miratul mukmin. cermin.

"mirror o mirror, who is the beautifullest?" (:

"it's us!" kerana ukhwah itu paling indah.


almukmin mir'atul akhi.
seorang mukmin itu cerminan bagi mukmin yang lain.

dari Abu Hurairah r.a,
“Sesungguhnya kalian adalah cermin bagi saudaranya, jika ia melihat sesuatu, maka segera perbaiki”.

Sesama mukmin tu selalu connected. Baik buruk seseorang akan menjadi reflection pada sorang lagi. Bila dia tengok saudaranya, dia akan nampak seperti dia melihat diri sendiri. Dia takkan merasa dia lebih hebat dari saudaranya. Dan dia tak suka benda pelik atau buruk berlaku pada orang lain sama macam kalau kena kat diri sendiri.
 
Apakah sifat cermin?

1. Dihasilkan dari pasir berkualiti. Sama macam manusia. macam umat nabi Muhamammad. kuntum khaira ummah. ummah yang terbaik Allah ciptakan untuk menjadi khalifah di bumiNya. Dengan adanya kesedaran ini, kita akan tidak sia-siakan amanah yang Allah bagi pada kita. Dan akan cuba yang terbaik untuk menghasilkan pantulan yang sempurna.

2. Fragile. " meski ku rapuh dalam langkah.. kadang tak sempurna mencintaiMu.. namun cinta ku harap hanya.. diriMu yang bertahta.  wahwahwah. Sebab Allah ciptakan manusia sebagai seorang yang sangat lemah dan rapuh, especially bila berhadapan dengan ujian. Jadi perlunya kita cari kekuatan tu dengan memohon kepada Allah, sumber segala kekuatan, dan dapatkan support system yang terbaik, iaitu akhawat fillah.

akhawat harus qawiy \(^^)/

3. Reflection. pantulan. Cermin tidak pantulkan cantik atau tak cantik seseorang tu. Tapi dia pantulkan akhlak dan peribadi. Sebab akhlak kita akan menjadi reflection pada orang lain. Cermin juga perlu selalu digilap supaya sentiasa bersih. Jadi dapat menghasilkan image yang takde cacat cela. Hidupkan diri kita dengan akhlak seperti Rasulullah. Supaya hidup kita lebih berkualiti.


4. Menasihati dengan bijak. Sebab cermin tak bersuara, dia tunjukkan melalui perbuatan. Kalau ada tompok kat baju, dia cepat-cepat bersihkan. Bila ada cacat cela, ada yang tak baik, dia akan tunjukkan dan tegur dengan baik.

Sesama mukmin itu saling terikat, macam dalam surah As-Saff, berdirilah dalam barisan yang teratur. mereka saling tersusun sebelah-sebelah macam batu-bata. Dan apa yang mengikat mereka? Allah. Cinta pada Allah dan Rasul yang mengikat mereka. Bukannya darah dan saudara.
 
Linkungan jemaah sentiasa perlukan sifat miratul mukmin, tsiqah pada diri sendiri dan orang lain, dan kerjasama. Macam tu barulah sesama mukmin saling menguat. Seperti kuatnya ukhwah Saidina Umar dan Abu Bakar. Dimana saat Abu Bakar selalu kehadapan dalam mutabaah amal. Dan Umar terus-terusan improve amalannya jadi setanding dengan AbuBakar. Bukannya untuk nak berbangga-bangga di hadapan Rasulullah. Tapi untuk saling menguatkan. Kerana Abu Bakar cermin bagi Umar.

Macam jugak nabi Musa dan Harun a.s. saling menguatkan. Kelebihan Harun melengkapi kelemahan nabi Musa. Di saat Musa a.s tahu lemahnya baginda dalam pertuturan, Allah memberi Harun a.s sebagai pendamping terbaik. Saling menjaga dan menguat.

"...dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu dan banyak mengingatMu." [Thaha, 20: 32-34]

Jadi, bentuklah peribadi kita macam cermin. Moga kita selalu dalam kebaikan, bermanfaat kepada orang lain dan menjadi qudwah yang baik. Moga dengan itu, boleh membuka mata dan hati orang lain untuk menerima hidayah dan melakukan perubahan dalam diri. Sorang mukmin tu boleh tersasar jauh bila dia hidup sorang-sorang dan tidak berada dlm kalangan orang-orang saleh. 

Cermin perlu sentiasa digilap supaya ia mantain bersih. Sama macam orang mu'min. Sentiasa perlu sokongan, teguran membina untuk dia lebih bersinar pada pandangan Allah.

Hasan Al Banna ada sebut dalam dakwatuna, bahawa, disebabkan terlalu cinta dan kasihnya kita pada ummah, pada pantulan kita, kita nak beri yang terbaik pada mereka.

Rasa hati yang sekian lama menyelubungi perasaan ini. Rasa hati yang menyebabkan mata ini tidak lena tidur. Rasa hati yang menyebabkan air mata ini sentiasa bercucuran. Rasanya terlalu sukar untuk sekadar melihat nasib yang menimpa masyarakat kita kemudian kita hanya berpeluk tubuh menerima segala penghinaan ini, atau reda dengan segala kehinaan ini, atau sekadar mendiamkan diri. Demi Allah, kita akan bekerja di jalan Allah untuk kepentingan manusia lebih daripada untuk kepentingan diri kita sendiri.

“melantunkan kebaikan di antara bunga, menebarkan keindahan pada dunia.”


0 comments:

Post a Comment