Monday, January 26, 2015

mimpi - realiti




siapa aku? man ana. aku khalifah. aku hamba. aku penolong agama Allah. yang bekerja untuk mengembangkan agama Allah kepada dunia. pada masa yang sama, aku hanya hamba yang hina.

nisful hayata hilman. wa nisfuhal akhar haqiqah. [imam al-ghazali]

separuh kehidupan itu mimpi. dan separuh lagi kehidupan itu kenyataan. 

mimpi hari ini adalah kenyataan hari esok. ia akan jadi kenyataan kalau kita kuakan semangat dan determined untuk mencapai tujuan tu. ia akan jadi mimpi kalau kita hanya ikut hawa nafsu dan bisikan syaitan. kalau kita betulbetul nakkan syurga, tapi kita tak ajak diri untuk bersungguh-sungguh bekerja kearah tu, mana nak dapat.takkan dapat dan ia akan jadi mimpi. 

imam hasan al banna ade kata, kita dalam dakwah ni perlukan jiwa yang hidup, kuat dan kukuh, hati yang baru dan bergelojak, perasaan sentimen yang menyala-nyala, ruh yang terus bergerak dinamis, hati sensitif yang merasakan keindahan dan keburukan, keinginan yang kuat dan bersamasama kebenaran, yang menolong kebaikan dan kebenaran, dan punya kebiasaan yang baik serta keinginan yang benar.

seperti pula Umar Abdul Aziz, yang sentiasa menginginkan lebih dan lebih, tidak pernah puas pada apa yang beliau ada. 'Aku memiliki jiwa yang sentiasa obsesif, yang sentiasa menginginkan sesuatu. ketika sudah capai yang aku harapkan, jiwaku menginginkan yang lebih tinggi dari itu. aku telah sampai ke khalifah, dan kini jiwaku menginginkan syurga.'

sungguh, tiada rehat bagi seorang mukmin kecuali di syurga. semalam adalah mimpi, dan ayuh, jadikan imipi hari ini kenyataan untuk hari esok.

nahnu ar ruhul jadid, fi jasadil ummah.

kami ruh baru dalam jasad ummah.


jika ruh yang lemau, manakan dapat berkobar-kobar memeluk jasad ummah. menjadi agen perubah,

macam mana islam boleh hebat? dengan adanya pemuda yang berjiwa tough, yang hatinya hidup dengan cahaya Allah.yang tubuh badannya hidup dengan saliran darah yang menginginkan syahid.

macam dalam surah as-saff, time nabi Isa tanya pada pengikutnya, iaitu hawariyyun, "siapakah yang akan menjadi penolongku untuk menegakkan agama Allah ?" [ali imran:52]

diorang dengan direct dan lantangnya menjawab, "Kami adalah penolong-penolong agama Allah." [ali imran:53]

Allahuakhbar.

0 comments:

Post a Comment