******************************************************************
Tuhan, terasa lembutnya belaian kasih sayang-Mu
bersama kurnia sekalung hidayah. Tapi ada kalanya terasa ada
bahang kemurkaan-Mu seiring patahnya sayap mujahadahku.
Tuhan, langkahku bagaikan mati. Mendaki kasih- Mu
nan sayup tinggi. Namun cintaku bukan palsu. Biar
langkahku kesana sering terganggu. Tuhan, terlerai
sudah ribuan taubatku. Terungkai bersama semua janjiku
yang dahulu. Kataku sering mungkir.
Walau kutahu cinta-Mu tak pernah meminggir. Tuhan, walau
apapun aku masih terus di sini. Mengemis di dermaga
janji-Mu yang pasti. Di sini aku masih mendamba kasih.
Kerna ku yakin kasih-Mu
tidak pernah sirna selama- lamanya..
******************************************************************
Manusia sering menyangka perjuangan dakwah itu hadir bermusim, tatkala iman tinggi memuncak, usaha dakwah menjadi rancak. Jika ianya longgar, perjuangan dakwah mnejadi hambar. Tarbiah tidak pernah bermusim, apatah lagi terhenti di pertengahan kerana tinta perjuangan tiada noktah perhentian. Ya, Dakwah perlu diteruskan..
"Sudahkah engkau (Muhammad) melihat orang yang menjadikan keinginannya sebagai tuhannya. Apakah engkau akan menjadi pelindungnya?" (25:43)
~ perjuangan adalah sejauh mana keyakinan sesorang terhadap kepercayaannya ~
----------------------------------refinement of soul----------------------------------
-tazkiyah nafs-
0 comments:
Post a Comment