Thursday, November 25, 2010

~ in the kitchen~

~ saya pandai memasak ~


Ke’nervous’an melanda.. 

10 hari yang lalu..

“ alitayS, awak free tak 26 November sampai 1 Disember nanti?, kalau ade time yang free, nak mintak join team masak untuk daurah tintec nanti. Boleh? ”

“ Mmm.. Saya free je time tu.. InsyaAllah boleh. Dah lame jugak tak pegi daurah ni. Boleh gak amek semangat kakakkakak 6 hari tu nanti.. Dah lame dah iman dalam hati ni tak stabil.. Tapi kan akak, saye tak tahu tak pandai sangat masak ni. Tolongtolong, potongpotong bawang boleh la kot..”

“ 0ooh, takpe je, ade yang boleh tolong awak nanti. Nanti akak ‘finalise’kan tugasan awak.. Jazakillah alitayS..insyaAllah awak boleh..”

“ InsyaAllah saya try. =). Jazakillah akak sudi ajak saye..”

“ Ok. Ingat alitayS, keep in your mind yang awak seorang tukang masak untuk daurah nanti.”

“ Orait boss. ^__^ ”

Balik rumah, bukak emel dan tengok planner untuk team masakan, tengok menu hidangan. Sup ayam, sup sayur, tomyam, ayam masak kurma....

Memasak? Hmm.. bagaimana nak memasak? Daripada seorang yang tidak pernah jarangjarang memegang senduk dan kuali, kepada seorang yang pandai memasak sup ayam dan tomyam untuk hidangan 40 orang?

Hmm.. seruan untuk belajar memasak sudah tiba..
Lalu alitayS belajar memasak secara express daripada ibu tersayang. Belajar memasak tomyam dan sup ayam, secara teori dan dari pemerhatian. Dihafal satupersatu resipi, bahanbahan dan satupersatu langkahlangkah memasak keduadua hidangan itu. Dan terima kasih kepada mr. g00ogle kerana sudi menghulurkan variasi resipi hidangan.

Potong ayam? Potong ikan? Dalam tomyam nak kena bubuh bahan apa? Bawang nak kena potong belah mana? Kentang, lobak merah, serai, lengkuas potong macam mana? Menegak ke melintang ke membulat? Perencah banyak mana kena letak? Kalau nak sedap kena letak ape? Lalu ibu menerangkan satu persatu kepada alitayS..malangnya, untuk 4 orang makan.. kalau 40 orang? 0ooh, Cuma tambah 10x ganda ramuan dan bahanbahan dan guna periuk yang lagi besar.. dengan penuh keyakinan dan imaginasi, alitayS merakam satupersatu didalam buku nota. ( Adekadek tergelakgelak dengan sopannya.. Memerli secara comel kepada kakaknya yang kebuntuan. Dikatanya mereka makanan yang dimasak kakaknya nanti bakal menjadi 'pottasium cyanide'..hmm..)

Ruparupanya memasak itu satu perkara yang best. Apatah lagi, bila masakan kita dirasai oleh seseorang. Lagi terasa lega bila dipuji kesedapan masakan kita. Namun, bukan pujian yang diharapkan. Cuma dengan harapan, makanan yang dimasak nanti boleh dimakan, dapat mengenyangkan perut yang lapar, dan dapat menyihatkan badan. Apatah lagi, memasak untuk orang yang menghadiri majlis ilmu, kita juga yang dapat kebaikan daripada pelajaran itu. (^__^)



Moga tomyam yang dimasak seperti ini..

Moga berjaya.. InsyaAllah..

Usrah mengajar kita melakukan sesuatu di luar kemampuan kita. Daripada seorang pendiam kepada seorang yang bijak menutur kata menyampaikan buah fikiran, daripada seorang yang biasa kepada seorang yang bijak menguruskan sesuatu organisasi dan program. Itulah ke’best’an usrah. Dan daripada seorang yang tidak pandai memasak kepada seorang chef.  =)

Moga Allah memberi kami satu tarbiyah yang cukup bermakna untuk kami kutip disepanjang perjalanan daurah nanti..dan moga adekadek mendapat kefahaman yang mendalam melalui ilmu yang mereka dapat nanti. Tautkanlah hati kami Ya Allah. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.. (^__^)

At least lepas ni, kalau duduk sorangsorang kat rumah, dah boleh masak menumenu ni..
Azam lepas ni, belajar memasak pelbagai masakan.. gambate!!
orang kate, kalau tak pandai masak tak boleh kawin? betul ke? ...

" Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami mencipta kamu secara main- main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah raja yang sebenarnya. " (23:115-116)
--dengan kesedaran ini, maka hidup dan tanggungjawab harus dijalani dengan dengan keadaan dan tindakan yang sebaik- baiknya-- 

--Moga ia bermakna—
--Hidup penuh tarbiyah--


0 comments:

Post a Comment