Friday, November 5, 2010

~janji setia~

~ janji dua pencinta ~


"Abang, Ana pernah terdengar... bila salah seorang suami atau isteri mati... dan dia ni dari kalangan penghuni syurga... pasangannya yang masih hidup tu pula tak berkahwin lagi lepas tu... masa akhirat nanti Allah akan kumpulkan mereka berdua dalam syurga. Betul ke bang?" Dia mengangguk.

"Kalau macam tu berjanjilah dengan Ana.. Abang takkan berkahwin lagi sesudah Ana 'pergi' nanti... dan Ana pun takkan berkahwin seandainya abang yang 'pergi' dulu...”

Ini kisah zaman Rasulullah s.a.w.. 

Seorang isteri berkata kepada suaminya, bahawa si isteri pernah mendengar Rasulullah bersabda.. Sekiranya keduadua suami isteri dapat masuk syurga, maka si suami dapat bersama isterinya jika isterinya tidak berkahwin lain selepas kematian suaminya, dan begitu juga seorang isteri, dapat bersama suaminya jika suaminya tidak berkahwin lain selepas isterinya mati..

Lalu isteri itu meminta agar suaminya samasama berjanji untuk tidak berkahwin lain jika salah seorang daripada mereka mati dahulu agar dapat mereka bersamasama di syurga nanti..

Tetapi suaminya tidak mahu..Suaminya berkata, sekiranya ditakdirkan dia (si suami) mati dahulu, dia mahu isterinya berkahwin lagi.. dan si suami siap berdoa lagi, jika dia mati dahulu, semoga Allah mengurniakan kepada isterinya itu seorang suami yang lebih baik daripada dia. 


Begitu janji kasih mereka..

Dan akhirnya, suaminya meninggal akibat lukaluka dalam perang Badar dan perang Uhud.. ketika masih dirawat isterinya, dia berkata bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w memberitahu, jika ditimpa bala musibah, hendaklah menyebut istirja’ (Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un), dan berdoa, 

“ya Allah, berilah ganjaran atas kehilangan akibat musibah yang melanda diriku, dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya, maka pasti Allah akan mengurniakan sesuatu yang lebih baik..”


Si Isteri sentiasa menyebut istirja’, dan mengungkapkan doa, “Ya Allah, kuserahkan kepadamu seluruh musibahku ini ….” namun dia tidak sanggup mengungkapkan ‘berilah ganti yang lebih baik’, kerana dia tidak sanggup berfikir siapakah yang lebih baik daripada suaminya itu..

 Lepas habis iddah, isterinya yang masih hidup tu dilamar Abu Bakar As-Siddiq tapi ditolaknya. Lepas tu Umar Al-Khattab pula datang melamar. Perempuan tu tetap menolak.

Yang terakhirnya, seorang lelaki yang mulia kirim orang untuk melamar perempuan ni. Tapi dia tolak juga dengan alasan; dia dah tua dan ada anak yang ramai, dan dia ni sangat cemburu orangnya.

Lelaki mulia itu menjawab: “Adapun yang engkau uraikan tentang kecemburuanmu, maka sesungguhnya aku berdoa kepada Allah agar dihilangkan- Nya sifat cemburumu itu. Adapun alasan karena engkau sudah lanjut usia, maka sesungguhnya aku sama sepertimu. Dan, adapun karena engkau seorang janda yang sudah mempunyai anak, maka sesungguhnya anakmu adalah anakku juga.”

Dan.. Mereka pun melangsungkan perkahwinan pada bulan Syawal, tahun keempat hijrah.

Dan.. perempuan itu..Ummu Salamah..dia isteri Rasulullah s.a.w…seorang Ummul Mukminin..

Itu cinta mereka, Ummu Salamah (Hindun binti Abu Umaiyah bin Al-Mughirah) dan Abu Salamah (Abdullah bin Abd Al-Asad)

Dan lelaki mulia itu, Rasulullah……...

"Bila suaminya mati, dia jadi isteri kepada Muhammad bin Abdullah. Membantu perjuangan baginda..


Wallahu a’lam.. Allah lebih mengetahui….

itulah sejarah..

dan ... sejarah boleh jadi panduan untuk kita teruskan perjalanan hidup kita menuju masa depan...


sirah Rasulullah dan kisahkisah para Sahabat terasa best ^__^ 

Cukup kita ambil kisah cinta zaman rasulullah,
kisah cinta Rasulullah dan Siti khadijah,
kisah cinta Rasulullah dan Aisyah,
kisah cinta SahabatSahabat,
kisah cinta Yusuf dan Zulaikha,
tidak perlu Laila dan Majnun,
tidak perlu Shahjahan dan Mumtaznya,
dan tidak perlu Romeo dan Juliet..

 *****************************************************

h i h i h i 
(^__^)v

1 comment: