Sunday, December 26, 2010

~Allah Maha Esa ~

Syahadatain

Lailaha Illallah, Muhammad Rasulullah

Rasulullah bersabda: Aku ingin mengajak kamu untuk melafazkan satu kalimah yang apabila kamu lakukan seluruh bangsa Arab akan tunduk akur kepada mereka, malah mereka akan menguasai seluruh bangsa-bangsa asing..

Hanya satu kalimah sahaja, kamu ucapkannya nescaya kamu akan menguasai bangsa Arab, dan bangsa asing pula akan tunduk kepada kamu..

Mereka kebingungan, dan bagaimana hendak menolak tawaran hanya satu kalimah yang amat berfaedah sekali bagi mereka..

Abu Jahal pun berkata: Apa dia perkataan itu? demi bapa engkau, mudah sangat, kami boleh ucapkannya dan sepuluh yang lain pun tidak mengapa..

Jawab Rasulullah: Ucaplah "lailahaillallah " di samping kamu menolak seluruh penyembahan-penyembahan yang lain..

Dengan itu mereka semua menepuk-nepuk tangan mereka dan berkata: Wahai Muhammad, kamu hendak kami jadikan tuhan-tuhan yang banyak itu satu tuhan sahaja? Ini tidak boleh jadi, ini perkara yang menghairankan.

Penolakan Abu Jahal kepada kalimah ini, bukan bermaksud kerana dia tidak faham akan maknanya, tetapi justeru sebaliknya, dia tidak mahu menerima sikap ayng mesti tunduk, taat dan patuh kepada Allah swt saja, dengan sikap ini maka semua orang tidak akan tunduk lagi kepadanya. Abu Jahal ingin mendapat kesetiaan dari kaum dan bangsanya. Penerimaan syahadah bermakna semua aturan dan segala akibatnya. Penerimaan inilah yang sulit bagi kaum jahiliyah mengaplikasikan syahadah.. 

Kenapa dia, Abu Jahal menolak, padahal dengan kalimah itu, dapat menguasai dunia..

Lailaha Illallah, Muhammad Rasulullah, tiada tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad utusan Allah.. 
Apa ertinya kalimah itu? Setiap hari bersyahadah ketika tahiyyat di dalam solat, apa maknanya? Diperbaharuikah iman kita? Dan ya, kalimah itu juga membezakan kafir dan islam..

Tiada Tuhan.......... Melainkan Allah......

Ilah = Tuhan, illallah = Melainkan Allah

 Ciriciri Ilah:   Tenteram kepadaNya (10:7-8)
                     Merasa terlindung (36:74-75)
                     Rindu kepadaNya (20:91)
                     Cinta yang cenderung kepadaNya (29:25)
                     Yang diharapkan (2:168)

Analogi Tuhan seperti pekerja dan majikan, dimana pekerja mengharapkan rezeki daripadanya.. dia merasa berterima kasih lalu bekerja bersungguh- sungguh.. dimana seorang hamba mengharapkan sesuatu daripada tuhannya, seorang hamba merasa terlindung dan tenteram.. lalu mentafsirkan perasaan itu kepada satu bentuk ibadah..

Kenapa perlu tiada tuhan dahulu, baru selain Allah, kenapa tidak selain Allah, tiada tuhan??

Buang semua ilah, dan iktiraf Allah sebagai satusatunya Tuhan..

Analoginya..

Di dalam satu bekas ada macammacam jenis batu..dan diantara batubatu itu ada satu batu permata besar.. 'tiada batu selain batu permata'.. kosongkan bekas dengan buang semua benda didalamnya, buang semua batu, tiada apa di dalamnya, dan ambil batu permata itu dan letakkan dalam bekas kosong itu.. dan sekarang, hanya ada satusatunya benda dan satusatunya batu dalam bekas itu, iaitu batu permata...hanya satu..

Berikrar, Menolak dan melepaskan diri (al- bara’) dari segala sembahan selain Allah, dengan mengingkari, membenci, memusuhi dan memutuskan hubungan dengan sembahan selain Allah..

Dan bertaat setia serta meneguhkan (al- wala’) dengan mentaati, membela, mencintai dan mendekati hanya Allah.. lalu meyembah hanya Allah dan mengakui hanya Allah: Sumber kesetiaan, segala ketaatan, dan tunggal kekuasaan..

Nabi Muhammad utusan Allah..

Syahadatain ini tidak sempurna melainkan perlu di sertai bersama syahadah risalah, iaitu penyaksian bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah dimana:

Allah adalah sumber risalahnya(4:59)
Rasul adalah contoh pelaksananya (33:21)
dan orang mukmin adalah pelaksananya (60:7-9)

Tiada dua cinta dalam satu rongga.. layaknya hanya satu cinta saja di dalam sesebuah hati.. tidak boleh dua.. keluarkan segala ilah, kosongkan hati dari segala yang mententeramkan, dari segala perlindungan dari segala kerinduan dan dari segala kecintaan lain, dan letak hanya Allah di dalam hati.. bila kecintaan pada Allah meresap dalam jiwa, tiada ilah dan kecintaan lain mendekati.. ia mengalir dalam darah, ke dalam setiap urat nadi, lalu, setiap pernafasan, setiap pergerakan anngota badan, akal dan segala perasaan hanya kerana dan untuk Allah..dan lantas hidup hanya untuk ALLAH.. insyaAllah..

"Maka ketahuilah, sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah" (Muhammad: 19)

-- Allah Maha Esa --

~ bangkitlah generasi syahadatain ~

Wallahua’lam.. hanya sedikit cebisan ilmu mengenai syahadatain..
Credited to: Raheeq Makhtum dan daurah Syahadatain..

more about syahadatain: syahadatain 

 

2 comments:

  1. kalimah thoyyibah ini sepatutnya menghasilkan individu muslim yg sebenar, jika dia faham

    ReplyDelete
  2. bagi siapapun yang pernah menucap kalimat ini maka ia harus memasukinya secara kaffah... islam bukan hanya sekedar agama yang mengajarkan ibadah rutinitas saja, namun sebagai konsekwensi keimanan, seorang muslim harum menjadikannya sebagai landasan dalam segala aktivitasnya...

    ReplyDelete