Tuesday, December 7, 2010

~ demi taqwa ~

----DEMI TAQWA----







Dan alhamdulillah, Allah mengilhamkan kami hatihati yang lembut untuk kami mudah meresap direct tarbiyah daripada Allah melalui kaca tv9 tadi..

‘Demi taqwa’, nice slot from tv9 special untuk Maal Hijrah ini. Cukup membuatkan mata dan hati ibu dan saya menangis.

Kisah adik bongsu kepada Ustaz Ridhuan Tee, Ahmad Burhan Tee dan Danial, seorang lelaki berbangsa India yang pernah suatu masa menyertai rancangan realiti ‘Cari Menantu’, mendapat hidayah daripada Allah untuk memeluk agama Islam. Dan diselitkan kisah halangan dan penerimaan keislaman oleh keluarga mereka.. Sangat syahdu. Terasa sukarnya seseorang mencaricari cahaya Islam sekian lama dengan keikhlasan hati berbanding saya dan muslimmuslim lain, yang Alhamdulillah, menerimanya sejak lahir. Dan semestinya, kenikmatan itu pasti terasa berbeza..

Dan mereka, saudarasaudara kita itu perlu dibimbing dan dibantu mengenal Islam dengan lebih mendalam, memahami fikrah Islam sebenar..

Muslim keturunan vs muslim muallaf?

Tempoh keislaman kita bukan penentu segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah, sebaliknya keikhlasan demi mengharapkan keredhaan Allah. Usah mendabik dada membangga keislaman sejak azali itu, tapi banggalah kita dengan keberjayaan kita melaksanakan syahadah itu..

Dan itu kisah penghijrahan mereka..

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali” [H.R al-Baihaqi]
Dan lagi kisah saudarisaudari kita yang pernah tersasar ke jalan maksiat dahulunya, namun Allah memberi mereka petunjuk untuk berpatah balik ke jalan Allah.. mendapat perlindungan dan bimbingan daripada Raudhatus Sakinah, sebuah organisasi kemasyarakatan. Dan itu kisah mereka, Tambah melimpahkan air mata mengalir.. 

Pencerita itu kemudian membawa kami menghayati kemelaratan masyarakat sekarang, membuat kami menghayati betapa sangat memerlukan satu cahaya untuk mereka, anakanak remaja. Alhamdulillah, segolongan mereka berpatah balik ke jalan benar. Namun ada lagi di sana sini terhimpit dalam lembah maksiat, menanti kita membantu mereka. Dan merekamereka yang tersesat perlu dibimbingi , bersamasama mengenal Allah dan Rasul, mengenal matlamat hidup, mengenal praktikal menjadi muslim yang sebenar.



Lalu teringat saya pada kisah Muhajirin dan pasangan imannya, Ansar, dipertemukan tatkala hijrah Rasulullah dari kota Mekah ke kota Madinah.

Umat Islam Mekah datang ke Madinah tanpa membawa sebarang harta dan wang bekalan yang banyak. Dan Rasulullah telah mempersaudarakan mereka dengan umat Islam di Madinah, menerima dan membantu mereka kerana eratnya ukhwah fillah..  dan mereka adalah golongan Ansar dan Muhajirin. Sanggup membahagi isteriisteri, sanggup membahagibahagi harta dan tempat tidur.. Perpaduan dan pengorbanan mereka ini lah yang menyumbang kepada Fathul Mekah,  dan membantu perjuangan Rasulullah sepanjang hayat baginda.

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.” [Al-Hasyr,9]

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya”. [Ali-Imran,104]


 
Di mana ansarku? Siapa pasangan imanku? Untukku bersamasamanya mewarisi gerak kerja Rasulullah, meneruskan pewarisan fikrah dan aqidah baginda, mentebar luas kalimah syahadah laungan baginda, lantas membangun fathul ummah?

 
~~  Tiada kemuliaan tanpa islam ~~



-demi taqwa-
bila kan tiba saatnya lahir Fathul Malaysia? hmm..

5 comments: