Monday, February 28, 2011

..::bangkitnya tamadun::..



Revolusi, revolusi, revolusi.


"Bukan itu cara memperjuangkan demokrasi."


"Nyawa orang terancam, bekalan makan dan ubatan terputus."


"Perbuatan  yang tak bertamadun. "


"Cari masalah."


"Kadangkadang orang arab lagi teruk perangainya."


Komen mereka.

Ternyata, mentaliti masih lemah.



Dunia dan revolusi.

Reformasi demi reformasi dilaungkan. Langkah terakhir melafazkan seruan untuk satu pembaharuan.


Setelah berjuta suara yang dulunya dilaung..

Setelah ribuan surat aduan yang dulunya dikirim,

Tidak lagi diendahkan. 


Sepanduk, poster, api, perarakan.

Rakyat dunia mula mengorak langkah membina tamadun.

Satu kebangkitan.

Satu gelombang kesedaran.

Bangkit menyatakan kalimah yang benar terhadap pemerintahan yang zalim. Sepertimana hadis Rasulullah S.A.W,

"Jihad yang utama, ialah menyatakan kalimah kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim"



Kenapa perlu sibukkan diri untuk tahu?

Dekatkah aku dengan mereka?



Tidak kira di mana mereka. Siapa pun mereka.
Kenal atau tidak kepada mereka. Ada pertalian darah atau tidak dengan kita.
Asalkan mereka bergelar MUSLIM, maka mereka WAJIB untuk berada dekat di hati kita.


Menangnya kita adalah atas dasar AKIDAH. Atas dasar IMAN.
Atas dasar UKHWAH ISLAMIAH yang begitu teguh, utuh dan kejap antara sesama muslim.



“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka):  "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut".  Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu),  ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan.  Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya”.




“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan demi Allah dan menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. 


“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)”.



Bencana dan musibah dan kesusahan adalah teguran Allah, ia tidak akan pilih kasih. samaada orang soleh atau penikmat maksiat. Semua akan kena. Cuma bezanya, orang kafir merasakannya sebagai azab. Sementara orang mukmin sebagai rahmat Allah atas sabar dan ikhlasnya.. Ya Rabb,hanya padaMu Qada' dan Qadar.
Read More

Sunday, February 20, 2011

..::ta'liful qulb::..




Ukhuwwah... 


Roh ukhuwwah yang menggetarkan hati dan perasaan.. Hati-hati kita telah bersatu atas dasar itu.


Hati-hati dan ruh terikat dengan ikatan akidah, ikatan yang paling kukuh dan mahal.




Ta'liful Qulb. Perpaduan Hati.




Penyatuan hati merupakan asas awal yang mesti ada dalam proses pembentukan ukhuwwah,


Kerana hati (qalbu) merupakan sumber gerak & sikap seseorg dlm menilai, memilih, mencinta dan membenci orang lain. 


Bila hati telah terpaut dan jiwa telah terpadu, barulah persaudaraan seseorang dengan yg lainnya akan berjalan, 



Bersih dan penuh rasa kasih. 



Hati manusia hanya boleh disatukan secara murni dan bersih apabila bermuara pada satu simpul ikatan yang fitrah.


Simpul tali itu adalah Aqidah.


Inilah satu satunya dasar berpijak,bertemu dan pengikat yang utuh dan abadi..


Ukhwah nikmat paling mahal. Jiwa boleh terdera, darah, air mata dan peluh boleh mengucur. 

Tapi semuanya tidak mampu memupus nikmat persahabatan, persaudaraan, ukhuwah di jalan-Nya. 

Kesulitan di sepanjang jalan ini, tidak lebih berupa anugerah dan kurnia Allah yang sangat besar dan hanya dirasakan oleh kaum beriman yang saling memelihara persaudaraan atas nama Allah.


Sahabat.. ini yang mendekatkan hatihati kita.. ukhwah fillah..




“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)




notes:

4 elemen ukhwah:


~Taaruf: saling mengenal


~Tafahum: saling memahami--> perpaduan hati (Ta'liful Qulb)
                                       --> perpaduan pemikiran (Ta'liful Afkar) 
                                       --> perpaduan kerja (Ta'liful Amal) 


~Ta'awun: saling menolong


~Takaful: rasa senasib penanggungan


rujukan: Risalah Ta'alim Hassan Al- Banna 




kadangkadang Allah biarkan kita berjauhan, dia datangkan pula kasih sayang,
puas kita menangis, betapa jauhnya kita..
ruparupanya Allah nak hadiahkan kita sebuah kerinduan..^^

 
Read More

Tuesday, February 15, 2011

..::kita boleh menang::..




Islam kini di era yang paling buruk yang pernah dilaluinya..

Sejak dulu lagi, Islam dilanda musibah dan krisis. Umat islam hilang kekuasan di dunia..

Murtad, satu faktor umat islam dilanda keruntuhan dahulu.

Namun, sesiapa yang memerhati dan mengkaji sunnatullah, tidak pernah ragu, kemenangan pasti milik Allah.

Keengganan sahabat untuk melawan puak murtad , bukan kerana ragu akan janji Allah, tetapi mereka meminta agar Abu Bakar mengambil sebanyak masa merancang jalan untuk menentang mereka. Abu bakar, dengan keimanannya yang kental, dan kepercayaan yang mendalam akan janji Allah untuk mendirikan agamaNya di bumi ini, beliau meninggalkan mereka yang enggan mengikut perintah Allah, mengambil usaha sedaya dan sepantas mungkin menentang puak yang ingkar. Dan ia memberi kesan mendalam dalam jiwa Sahabat, lalu para sahabat berdiri bersatu di belakang Abu bakar, menentang bangsa murtad dengan kehidupan simpang mereka, dan Allah memberi kemenangan kepada agamanya seperti yang dijanjikanNya.

Dan, fitnah pembunuhan Uthman r.a, diikuti peperangan antara Muawiyah dan Ali r.a, menggugat keteguhan empayar Islam di saat Islam masih baru tapaknya. Namun, sesiapa yang memerhati peristiwaperistiwa terkebelakang tidak raguragu bagaimana ia berakhir. Peristiwa itu tidak sama sekali mencemar sejarah Islam. Kucar kacir dan perpecahan itu, bagaimanapun,adalah pertikaian siapa yang bakal mengambil alih untuk mendirikan Islam di muka bumi, bukan pertikaian mengenai Islam itu sendiri. Semangat Islam tidak pernah pudar, akidah mereka masih tersemat kukuh.

Dan lagi, Perang Salib dan penjajahan Mongol, situasi paling cemas umat Islam suatu masa dahulu. Sepertinya Islam bakal dilanda kepupusan dan disingkirkan dari muka bumi. Namun, pada akhirnya, kemenangan datang, dan keduadua krisis itu sesuai dengan aturan dan sunnatullah yang pasti tidak dapat dielakkan.

Keadaan umat Islam runcing, dosa, maksiat, wahan, futur, lalai, semua menyimpang dari pembangunan agama Islam di muka bumi.  Akhirnya, tenteratentera musuh di sana sini, memijak tanah Umat Islam, merampas kekuasaan sehingga ke hari ini. Namun, akidah masih tersemat dalam hati, walaupun diuji kemalasan, keasyikan dengan duniawi.

Sehingga, pemimpin-pemimpin itu menyeru, mengejutkan ummah kepada realiti, dan roh-roh islam mereka bangkit sekali lagi, dan akhirnya, kemenangan muncul. Ianya pada saat Salahuddin berdiri dan berkata pada mereka: “kamu telah dipermain-mainkan kerana kamu jauh dari Allah, dan kamu tidak akan mengecapi kemenangan sehingga kamu kembali pada jalanNya,”

Dan bila Ibnu Taymiyyah  berusaha memperbetulkan akidah dari penyelewengan dan kesesatan oleh ahli-ahli falsafahnya, mengajak mereka kembali pada Al- Quran dan Sunnah ,dan bila Qutuz berdiri dan menyeru: ‘Wa Islamah..wa Islamah..” (demi Islam, demi islam) saat tenteranya suram dan kecewa akan kekalahan yang menghampiri.. dan bila ratusan, ribuan umat Islam bangit dan menyahut seruan dan berpegang kepada akidah yang benar, kemenangan akhirnya tiba, dan umat Islam mampu melawan musuhmusuh mereka berulang kali.

Penjajahan Mongol dan Perang Salib, disaat itu ummah dalam keadaan jauh dari Allah, jauh dari din yang benar, jauh dari mencapai matlamat sebenar. Namun, islam sendiri bukan faKtor mereka berdebat dan berpecah, tidak sekali- kali, tetapi lumrah penganutnya, system pemerintahan dan system kehidupan mereka sendiri yang terbabas. 

Dan sekali kekalahan ummah pada Kristian dan Moggol bukan kerana lemahnya Islam, bukan kerana raguragu pada Islam, bukan percaya kefahaman menyimpang dari musuh, dan bukan kerana kagum dengan cara musuh, malah mereka yakin lebih kuat dari mereka musushmusuh, kerana mereka pasti akidah mereka adalah akidah yang benar, bukan seperti agama lain, kekuasaan Allah bukan diragui, tetapi kekalahan itu kerana kelalaian mereka, terpisahnya mereka dari Islam yang sebenar,tetapi  kerana cara yang mereka pilih untuk menjadi seorang Islam.  

Kerana itu mereka tidak pernah berdukacita dan tidak merasa lemah berbanding tentera musuh,
(Ali imran: 139)

kerana mereka orang-orang yang beriman!!

Dan musibah di Andalusia datang sebagai hukuman Ilahi kepada Umat Islam kerana perpecahan, dan kerjasama mereka dengan musuh dari tentera Salib terhadap saudara-saudara mereka sendiri serta mengambil mereka sebagai sekutu dan bukannya saudara mereka yang lain, bertentangan dengan perintah Allah, ini tambahan kerana keinginan dunia yang mereka inginkan, walau dengan cara yang betul dan salah.

Andalusia tidak kembali pada Umat Islam. Namun, semangat umat islam tidak mati. Di saat islam dikepung di Andalusia, satu empayar Islam lahir dari situ, dimana ia akan bertapak kukuh di bumi untuk empat dekad, yang mempertahankan kelansungan tamadun Islam, kelansungan pengaliran rohroh islam di pelosok bumi, Islam sampai pada dunia Kristian, sehingga ke Vienna dan Petersburg, dan berjuta manusia di eropah dan Asia memeluk Islam kerananya. Subhanallah, aturan Allah yang terbaik.

Istanbul, setelah 800 tahun penantian, Konstantin akhirnya ditawan seperti sabda baginda Rasulullah s.a.w, di saat itu , Sultan Muhammad Al- Fatih sebaikbaik raja, dan tenteranya di masa itu, sebaikbaik tentera. Gentar tentera Byzantine dengan laungan azan, dan solat jemaah tenteratentera Islam dibelakang pemimpin mereka.

Namun, krisis yang mempengaruhi ummah hari ini, lebih sukar dan pahit dari sebelumnya.

Dan tidak raguragu lagi, ia akan berlaku dan berlalu sama seperti sebelumnya, bahawa Allah akan menegakkan agamaNya, sekali lagi, di muka bumi.

Namun, perlu dikaji lumrah lembaran sejarah  ini, untuk mengetahui kenapa Islam bertahan lama dari sebelumnya.  Dan untuk mempraktikkan jalan penyelesaian kepada dilemma ummah kini, untuk kita mencapai kejayaan seperti sebelumnya, dengan izin Allah.


Untuk kemenangan datang pada kita, mari lembari sejarah, dan perhatikan corak dan aturan dari Allah.
Sejarah mencatat titik titik kenaikan Ummah dalam perang salib yang melanda tanah Islam di abad ke-17 hingga 19 , di afrika selatan, afrika tengah, lembah nil, Filipina, Malaysia, Indonesia, india, dan di asia tengah.
Kelemahan akidah, penyebab pembangunan dan revolusi Eropah, umat islam tunduk dan meninggalkan tamadunnya. Secularism,sistem barat, pengaruh barat, kebebasan beragama, tunduk dan kagum pada Barat, rohroh islam dalam jiwa umat Islam semakin hilang dan hilang.

Era Islam dulu, Islam mundur, tiada pembangunan sains dan kemajuan teknologi, mereka rujuk pada Rom dan Parsi. Mereka belajar dari mereka. Namun, bukan bererti mereka tunduk patuh pada mereka, mereka orang-orang yang mulia, kerana mereka orangorang beriman. Mereka dalam keasyikan mencari ilmu pengetahuan, dikelilingi bangsa kafir. Namun, mereka tidak merasa rendah diri, tetapi merasa bangga, kerana seluruh kebanggaan hanya milik Allah, Rasulnya dan orang-orang beriman. Mereka tidak terpengaruh dengan jahiliyyah yang semakin merebak.

Muslim lari dari realiti islam..

Kefahaman tiada yang layak disembah melainkan Allah, paling asas dalam Islam dan paling penting. Ia berubah menjadi hanya katakata untuk melayakkan diri dilabel islam dan lansung tiada kesan pada kehidupan ummah, tidak lebih kesannnya pada ummah disebut kalimah itu berulangkali setiap hari.

Kefahaman dalam ibadah, terhad hanya pada sembahan dan ritual sematamata, cukup dengan memenuhi tuntuhan ibadah seharian, untuk berhadapan dengan Allah kelak, mereka fikir. Dan lahirnya perpisahan islam dengan hidup.

Kefahaman dalam ketetapan ilahi: bahawa janji Allah untuk memberi kemenangan pada Islam, bahawa orang yang beriman lebih mulia di sisi Allah, lalu dibiar, ditunggu, Allah memberi rezeki kepada hambaNya, lalu ditunggutunggu rezeki itu,tanpa memerhatikan corak dan sunnatullah, membuatkan mereka malas dan hanya menuggu satu silap mata, untuk keadaan berubah.

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."
( Muhammad :7)

Kefahaman bahawa kehidupan didunia sebagai bekalan di akhirat sana, bahawa hidup di dunia sebagai jalan penghubung kepada negeri akhirat, bertukar menjadi terpisahnya akhirat dari dunia. Untuk mengecapi hidup di dunia, harus tinggalkan akhirat, siapa yang inginkan akhirat, harus tinggalkan dunia, namun yang keduanya langsung ditinggalkan. Dunia lebih penting bagi mereka. Lebih buruk lagi, mereka menganggap ini sebagai satu cara mengubah nasib mereka, sesuatu yang ditakdirkan Allah kepada mereka dengan mencari kepentingan diri di dunia.

Ini keadaan muslim yang dikalahkan oleh Tentera-tentera musuh di Perang Salib, namun, mereka bangkit dan mereka menentang musuhmusuh..


Barangkali kita tidak cukup hanya bangga dan bernostalgia bahwa kita adalah umat yang besar, agama rahmatan lil’alamin, Al Quran adalah penyempurna kitab-kitab sebelumnya, pernah berjaya pada masa dinasti Umayah dan Abbasyiyah, (abad ke-7 sampai 13) dan seterusnya. Kalau kita cuma bisa ber-romantis ria dengan masa lalu, maka pasti kita akan jalan di tempat dan akan juga tertinggal dibanding degan umat lain. Memang kita kita dulu punya Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, Al Khawarizmi, Ibnu Khaldun dan seterusnya, yang integritas keilmuan dan kulamaannya tidak tertandingi pada masanya, namun cukupkah kita hanya selalu membanggakannya?

Palestin, Arab Saudi, Iran, Afghanistan, Mesir, Turki, bila saat bangkitnya Islam? Jangan raguragu akan janji Allah, bahawa Allah akan menegakkan Agama Nya suatu hari, mengikut corak dan ketetapan Allah, dan dengan izin Allah, suatu hari nanti.

InsyaAllah..


Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (ali- imran: 110)

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
(muhammad:7) 
Read More

Tuesday, February 8, 2011

..::siapa lagi?::..

"biar mereka, bukan saya?"



"dakwah tetap berjalan dengan atau tanpa kamu. Jika tidak bersama dengan kamu, dakwah akan bersama yang lain. Jika tidak bersama dakwah, kau mahu bersama siapa?"



 hanya  3 ayat itu cukup untuk menyentap hati yang kian lalai..



perjalanan dakwah terasa tidak kencang seperti dulu, hambar, perlahan langkahnya.. bimbang ia makin perlahan lalu berhenti.. ya Allah, please forgive me, guide me the way.. 

"Dakwah dimulai dari lahirnya sekelompok orang yang sedar dan insaf, serta yakin akan tugas mereka, disamping iman yang tebal kepada Allah SWT. dakwah tidak memerlukan orang yang lemah fikirannya, tidur dalam gerak kerjanya, beralasan dalam tanggungjawabnya."



alitayS, put up more effort!!



-islam did not spread by itself, get up and continue it-



"Andainya Allah menolong kamu (tentu sekali) tiada sesiapa dapat mengalahkan kamu dan andainya Dia (Allah) membiarkan kamu, maka siapakah lagi yang mampu menolong kamu sesudah itu? (Oleh yang demikian) orang yang beriman hendaklah bertawakal kepada Allah semata-mata."  <3:160>





zulaika, saya cilok awknye fb status ek, ^^

Read More

Friday, February 4, 2011

..::titian sirat::..

 ~siratul mustaqim ~

Syurga dan neraka

Hari tu, ada ceramah dekat surau, sayangnya tak dapat pergi, ayah saja yang pergi. Balik je ayah dari surau ke rumah, kami tanya pasal ceramah tu.

Ayah cerita satusatu. Alhamdulillah, terasa lengkap satusatu details ayah bagi. Siap tunjuk nota lagi. Terus cepatcepat copy.. walaupun ia dari mulut orang kedua, tapi, ia tetap ilmu, bermanfaat untuk diri sendiri.

Ia tentang syurga dan neraka. Menceritakan gambaran peristiwa di padang mahsyar, dimana titian sirat, syurga, dan neraka.. siap ada golongan ABC lagi.. diceramah oleh Ustaz Dato’ Abu Hassan Din Al- Hafiz.
Ini gambaran tentang syurga dan neraka..




Syurga di kanan dan neraka di kiri. Di antara syurga dan neraka itu ada tembok yang memisah keduaduanya... dan sebelum tiba sama ada neraka atau syurga, kena lepas mahkamah dulu..

eh? Tapi kan selalu dengar ada hadis nabi pasal titian sirat di atas neraka, dan di depan itu ada syurga, titian tu macam senipis rambut saja. Siapa yang baik amalan dia, cepat saja dia ke depan, siapa yang tidak, jatuh dia ke neraka di bawah.. bukan macam tu ke?

O0h ya, ada.. 

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,

“Dan "diletakkan" sebuah "jambatan" di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan ....."

Sebenarnya,  ia macam satu perumpamaan.. jambatan itu diumpamakan sebagai jalan di Mahsyar menuju Mahkamah. Ia menggambarkan perjalanan manusia nanti menuju sama ada syurga atau neraka, ada yang menaiki kenderaan, berjalan guna kaki, guna muka dan sebagainya. Sebab tu, macam berjalan di atas neraka kerana gerun seperti siksanya api neraka..sedangkan api neraka itu boleh membakar seisi dunia, apatah lagi terasa panasnya bahang neraka di padang mahsyar itu..

Ini ustaz ada bagi dalil syurga di kanan neraka di kiri.

Syurga di kanan

" Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu " (Al-Waqi'ah: 27 )

Neraka di kiri

" Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu " ( Al-Waqi'ah : 41 )

Tembok Besar diantara Syurga Neraka

" Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok "Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding, .... " (Al-A'raf : 46 )

Syurga dan neraka masingmasing ada pintupintu untuk dimasuki. Jadi tak ada istilah jatuh dari titian sirat ke neraka.

“Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?” Mereka menjawab: “Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir.” (Az-Zumar: 72)

“Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:” Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya” (mereka pun masuk)” (Az- Zumar: 74)

Dan di mahsyar nanti, manusia terbahagi kepada 3 golongan, A, B dan C. 

Golongan A ialah golongan yang terus masuk ke Neraka tanpa hisab..
Golongan B ialah golongan yang terus masuk ke Syurga tanpa hisab.
Golongan C akan stay di Mahsyar untuk diadili di Mahkamah.

Golongan A yang masuk ke Neraka akan diikat dan diseret dengan rantai menuju ke Neraka dan pintu neraka dibukakan untuk mereka. 

Manakala golongan B menuju ke Syurga dan diketuai oleh Nabi Muhammad dihadapan. Ketika sampai di pintu Syurga, pintu Syurga tertutup dan nabi mengetuknya. Maka apabila pintu dibukakan masuklah ahlinya kecuali Nabi Muhammad. Baginda minta izin kepada Allah untuk menuju semula ke Syurga untuk memberi syafaat kepada ummatnya.

Ketika di Mahkamah, Allah akan menimbang amalan golongan C dengan dimulakan dengan kitab solatnya [kata beliau manusia ada kitab khas untuk amalan Solat]. Jika sempurna amalan solatnya dan berat amalan serta sedikit dosanya maka dia masuk ke Syurga dengan syafaat Nabi [Golongan no.3]. Jika tidak sempurna solatnya maka dimasukkan ke Neraka [Golongan no. 1] dan jika timbangan amalannya sama berat maka mereka akan dibawa ke Tembok Besar [Golongan no. 2] yang memisahkan antara Neraka dan Syurga dan mereka dihisab dan dihisab. 

Di antara keduanya (penghuni syurga dan neraka) ada batas atau tembok pemisah. Di atas tembok itu terdapat segolonganan manusia yang disebut sebagai Ashabul A’raf yang boleh menyaksikan penduduk syurga dan penduduk neraka. Kepada penduduk syurga mereka ucapkan keselamatan dan kesejahteraan. Golongan Ashabul A'raf sangat berharap untuk masuk segera ke syurga namun mereka tertahan.
“Dan di antara keduanya (penghuni surga dan neraka) ada batas; dan di atas A’raaf (tembok)  itu ada orang-orang yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka. Dan mereka menyeru penduduk surga: “Salaamun ‘alaikum 544″. Mereka belum lagi memasukinya, sedang mereka ingin segera (memasukinya).” (Al- A’raf:46)

“Dan apabila pandangan mereka dialihkan ke arah penghuni neraka, mereka berkata: “Ya Rabb kami jangan Engkau tempatkan kami bersama-sama dengan orang-orang yang zalim itu”. (Al- A’raf:47)

Untuk perkongsian bersama. Samasama kita ambil pengajaran dari ilmu ini..

maksiat dan dosa itu terasa menyeronokkan..terasa lazat.. riba? Rasuah? Zina? Mencuri? Dedah aurat?  Seronok untuk dilakukan. Apatah lagi dizaman moden ini..  ada berasa bangga hidup bermaksiat. Sehinggakan ada yang sanggup mendakwa nikmat yang sedikit di dunia ini bagaikan di syurga.

Sedangkan jalan ke syurga tampak perit dan memenatkan. Siapa suka berlapar? Miskin hina? Sanggup bangun malam bertahajjud? Malah bagi orang yang mengejar keuntungan, meninggalkan perniagaan dalam tempoh sepuluh minit untuk berjemaah di masjid juga suatu kerugian.. zakat?  Mereka yang memilih untuk hidup zuhud dipandang hina dan dicaci..

Tetapi dengan sifat Rahim dan Ghafur Allah, insyaAllah kita akan mampu juga menjejakkan kaki ke taman syurgaNya yang penuh keindahan selagi kita beriman. Namun, , apakah neraka akan menjadi tempat persinggahan kita sebelum kita akan ke syurga?

Semoga selepas ini tubuh ini tidak lagi berat dari beribadah kepadanya. 
Supaya lidah ini lebih asyik mengalunkan zikir dari berbual perkara yang lagho.
Supaya mata ini lebih seronok menatap naskhah al-Quran dari menonton hiburan di televisyen. 
Supaya aqal ini lebih mencari redhaNya dari mencari kekayaan duniawi. 
Supaya hati ini lebih mengingatiNya dari mengingati yang lain. Amin…

Tuhanku… Aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak sanggup menghadapi siksa nerakaMu. Terimalah taubatku, Kau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar.....


Read More