Tuesday, February 15, 2011

..::kita boleh menang::..




Islam kini di era yang paling buruk yang pernah dilaluinya..

Sejak dulu lagi, Islam dilanda musibah dan krisis. Umat islam hilang kekuasan di dunia..

Murtad, satu faktor umat islam dilanda keruntuhan dahulu.

Namun, sesiapa yang memerhati dan mengkaji sunnatullah, tidak pernah ragu, kemenangan pasti milik Allah.

Keengganan sahabat untuk melawan puak murtad , bukan kerana ragu akan janji Allah, tetapi mereka meminta agar Abu Bakar mengambil sebanyak masa merancang jalan untuk menentang mereka. Abu bakar, dengan keimanannya yang kental, dan kepercayaan yang mendalam akan janji Allah untuk mendirikan agamaNya di bumi ini, beliau meninggalkan mereka yang enggan mengikut perintah Allah, mengambil usaha sedaya dan sepantas mungkin menentang puak yang ingkar. Dan ia memberi kesan mendalam dalam jiwa Sahabat, lalu para sahabat berdiri bersatu di belakang Abu bakar, menentang bangsa murtad dengan kehidupan simpang mereka, dan Allah memberi kemenangan kepada agamanya seperti yang dijanjikanNya.

Dan, fitnah pembunuhan Uthman r.a, diikuti peperangan antara Muawiyah dan Ali r.a, menggugat keteguhan empayar Islam di saat Islam masih baru tapaknya. Namun, sesiapa yang memerhati peristiwaperistiwa terkebelakang tidak raguragu bagaimana ia berakhir. Peristiwa itu tidak sama sekali mencemar sejarah Islam. Kucar kacir dan perpecahan itu, bagaimanapun,adalah pertikaian siapa yang bakal mengambil alih untuk mendirikan Islam di muka bumi, bukan pertikaian mengenai Islam itu sendiri. Semangat Islam tidak pernah pudar, akidah mereka masih tersemat kukuh.

Dan lagi, Perang Salib dan penjajahan Mongol, situasi paling cemas umat Islam suatu masa dahulu. Sepertinya Islam bakal dilanda kepupusan dan disingkirkan dari muka bumi. Namun, pada akhirnya, kemenangan datang, dan keduadua krisis itu sesuai dengan aturan dan sunnatullah yang pasti tidak dapat dielakkan.

Keadaan umat Islam runcing, dosa, maksiat, wahan, futur, lalai, semua menyimpang dari pembangunan agama Islam di muka bumi.  Akhirnya, tenteratentera musuh di sana sini, memijak tanah Umat Islam, merampas kekuasaan sehingga ke hari ini. Namun, akidah masih tersemat dalam hati, walaupun diuji kemalasan, keasyikan dengan duniawi.

Sehingga, pemimpin-pemimpin itu menyeru, mengejutkan ummah kepada realiti, dan roh-roh islam mereka bangkit sekali lagi, dan akhirnya, kemenangan muncul. Ianya pada saat Salahuddin berdiri dan berkata pada mereka: “kamu telah dipermain-mainkan kerana kamu jauh dari Allah, dan kamu tidak akan mengecapi kemenangan sehingga kamu kembali pada jalanNya,”

Dan bila Ibnu Taymiyyah  berusaha memperbetulkan akidah dari penyelewengan dan kesesatan oleh ahli-ahli falsafahnya, mengajak mereka kembali pada Al- Quran dan Sunnah ,dan bila Qutuz berdiri dan menyeru: ‘Wa Islamah..wa Islamah..” (demi Islam, demi islam) saat tenteranya suram dan kecewa akan kekalahan yang menghampiri.. dan bila ratusan, ribuan umat Islam bangit dan menyahut seruan dan berpegang kepada akidah yang benar, kemenangan akhirnya tiba, dan umat Islam mampu melawan musuhmusuh mereka berulang kali.

Penjajahan Mongol dan Perang Salib, disaat itu ummah dalam keadaan jauh dari Allah, jauh dari din yang benar, jauh dari mencapai matlamat sebenar. Namun, islam sendiri bukan faKtor mereka berdebat dan berpecah, tidak sekali- kali, tetapi lumrah penganutnya, system pemerintahan dan system kehidupan mereka sendiri yang terbabas. 

Dan sekali kekalahan ummah pada Kristian dan Moggol bukan kerana lemahnya Islam, bukan kerana raguragu pada Islam, bukan percaya kefahaman menyimpang dari musuh, dan bukan kerana kagum dengan cara musuh, malah mereka yakin lebih kuat dari mereka musushmusuh, kerana mereka pasti akidah mereka adalah akidah yang benar, bukan seperti agama lain, kekuasaan Allah bukan diragui, tetapi kekalahan itu kerana kelalaian mereka, terpisahnya mereka dari Islam yang sebenar,tetapi  kerana cara yang mereka pilih untuk menjadi seorang Islam.  

Kerana itu mereka tidak pernah berdukacita dan tidak merasa lemah berbanding tentera musuh,
(Ali imran: 139)

kerana mereka orang-orang yang beriman!!

Dan musibah di Andalusia datang sebagai hukuman Ilahi kepada Umat Islam kerana perpecahan, dan kerjasama mereka dengan musuh dari tentera Salib terhadap saudara-saudara mereka sendiri serta mengambil mereka sebagai sekutu dan bukannya saudara mereka yang lain, bertentangan dengan perintah Allah, ini tambahan kerana keinginan dunia yang mereka inginkan, walau dengan cara yang betul dan salah.

Andalusia tidak kembali pada Umat Islam. Namun, semangat umat islam tidak mati. Di saat islam dikepung di Andalusia, satu empayar Islam lahir dari situ, dimana ia akan bertapak kukuh di bumi untuk empat dekad, yang mempertahankan kelansungan tamadun Islam, kelansungan pengaliran rohroh islam di pelosok bumi, Islam sampai pada dunia Kristian, sehingga ke Vienna dan Petersburg, dan berjuta manusia di eropah dan Asia memeluk Islam kerananya. Subhanallah, aturan Allah yang terbaik.

Istanbul, setelah 800 tahun penantian, Konstantin akhirnya ditawan seperti sabda baginda Rasulullah s.a.w, di saat itu , Sultan Muhammad Al- Fatih sebaikbaik raja, dan tenteranya di masa itu, sebaikbaik tentera. Gentar tentera Byzantine dengan laungan azan, dan solat jemaah tenteratentera Islam dibelakang pemimpin mereka.

Namun, krisis yang mempengaruhi ummah hari ini, lebih sukar dan pahit dari sebelumnya.

Dan tidak raguragu lagi, ia akan berlaku dan berlalu sama seperti sebelumnya, bahawa Allah akan menegakkan agamaNya, sekali lagi, di muka bumi.

Namun, perlu dikaji lumrah lembaran sejarah  ini, untuk mengetahui kenapa Islam bertahan lama dari sebelumnya.  Dan untuk mempraktikkan jalan penyelesaian kepada dilemma ummah kini, untuk kita mencapai kejayaan seperti sebelumnya, dengan izin Allah.


Untuk kemenangan datang pada kita, mari lembari sejarah, dan perhatikan corak dan aturan dari Allah.
Sejarah mencatat titik titik kenaikan Ummah dalam perang salib yang melanda tanah Islam di abad ke-17 hingga 19 , di afrika selatan, afrika tengah, lembah nil, Filipina, Malaysia, Indonesia, india, dan di asia tengah.
Kelemahan akidah, penyebab pembangunan dan revolusi Eropah, umat islam tunduk dan meninggalkan tamadunnya. Secularism,sistem barat, pengaruh barat, kebebasan beragama, tunduk dan kagum pada Barat, rohroh islam dalam jiwa umat Islam semakin hilang dan hilang.

Era Islam dulu, Islam mundur, tiada pembangunan sains dan kemajuan teknologi, mereka rujuk pada Rom dan Parsi. Mereka belajar dari mereka. Namun, bukan bererti mereka tunduk patuh pada mereka, mereka orang-orang yang mulia, kerana mereka orangorang beriman. Mereka dalam keasyikan mencari ilmu pengetahuan, dikelilingi bangsa kafir. Namun, mereka tidak merasa rendah diri, tetapi merasa bangga, kerana seluruh kebanggaan hanya milik Allah, Rasulnya dan orang-orang beriman. Mereka tidak terpengaruh dengan jahiliyyah yang semakin merebak.

Muslim lari dari realiti islam..

Kefahaman tiada yang layak disembah melainkan Allah, paling asas dalam Islam dan paling penting. Ia berubah menjadi hanya katakata untuk melayakkan diri dilabel islam dan lansung tiada kesan pada kehidupan ummah, tidak lebih kesannnya pada ummah disebut kalimah itu berulangkali setiap hari.

Kefahaman dalam ibadah, terhad hanya pada sembahan dan ritual sematamata, cukup dengan memenuhi tuntuhan ibadah seharian, untuk berhadapan dengan Allah kelak, mereka fikir. Dan lahirnya perpisahan islam dengan hidup.

Kefahaman dalam ketetapan ilahi: bahawa janji Allah untuk memberi kemenangan pada Islam, bahawa orang yang beriman lebih mulia di sisi Allah, lalu dibiar, ditunggu, Allah memberi rezeki kepada hambaNya, lalu ditunggutunggu rezeki itu,tanpa memerhatikan corak dan sunnatullah, membuatkan mereka malas dan hanya menuggu satu silap mata, untuk keadaan berubah.

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."
( Muhammad :7)

Kefahaman bahawa kehidupan didunia sebagai bekalan di akhirat sana, bahawa hidup di dunia sebagai jalan penghubung kepada negeri akhirat, bertukar menjadi terpisahnya akhirat dari dunia. Untuk mengecapi hidup di dunia, harus tinggalkan akhirat, siapa yang inginkan akhirat, harus tinggalkan dunia, namun yang keduanya langsung ditinggalkan. Dunia lebih penting bagi mereka. Lebih buruk lagi, mereka menganggap ini sebagai satu cara mengubah nasib mereka, sesuatu yang ditakdirkan Allah kepada mereka dengan mencari kepentingan diri di dunia.

Ini keadaan muslim yang dikalahkan oleh Tentera-tentera musuh di Perang Salib, namun, mereka bangkit dan mereka menentang musuhmusuh..


Barangkali kita tidak cukup hanya bangga dan bernostalgia bahwa kita adalah umat yang besar, agama rahmatan lil’alamin, Al Quran adalah penyempurna kitab-kitab sebelumnya, pernah berjaya pada masa dinasti Umayah dan Abbasyiyah, (abad ke-7 sampai 13) dan seterusnya. Kalau kita cuma bisa ber-romantis ria dengan masa lalu, maka pasti kita akan jalan di tempat dan akan juga tertinggal dibanding degan umat lain. Memang kita kita dulu punya Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, Al Khawarizmi, Ibnu Khaldun dan seterusnya, yang integritas keilmuan dan kulamaannya tidak tertandingi pada masanya, namun cukupkah kita hanya selalu membanggakannya?

Palestin, Arab Saudi, Iran, Afghanistan, Mesir, Turki, bila saat bangkitnya Islam? Jangan raguragu akan janji Allah, bahawa Allah akan menegakkan Agama Nya suatu hari, mengikut corak dan ketetapan Allah, dan dengan izin Allah, suatu hari nanti.

InsyaAllah..


Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (ali- imran: 110)

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
(muhammad:7) 

0 comments:

Post a Comment