Friday, February 4, 2011

..::titian sirat::..

 ~siratul mustaqim ~

Syurga dan neraka

Hari tu, ada ceramah dekat surau, sayangnya tak dapat pergi, ayah saja yang pergi. Balik je ayah dari surau ke rumah, kami tanya pasal ceramah tu.

Ayah cerita satusatu. Alhamdulillah, terasa lengkap satusatu details ayah bagi. Siap tunjuk nota lagi. Terus cepatcepat copy.. walaupun ia dari mulut orang kedua, tapi, ia tetap ilmu, bermanfaat untuk diri sendiri.

Ia tentang syurga dan neraka. Menceritakan gambaran peristiwa di padang mahsyar, dimana titian sirat, syurga, dan neraka.. siap ada golongan ABC lagi.. diceramah oleh Ustaz Dato’ Abu Hassan Din Al- Hafiz.
Ini gambaran tentang syurga dan neraka..




Syurga di kanan dan neraka di kiri. Di antara syurga dan neraka itu ada tembok yang memisah keduaduanya... dan sebelum tiba sama ada neraka atau syurga, kena lepas mahkamah dulu..

eh? Tapi kan selalu dengar ada hadis nabi pasal titian sirat di atas neraka, dan di depan itu ada syurga, titian tu macam senipis rambut saja. Siapa yang baik amalan dia, cepat saja dia ke depan, siapa yang tidak, jatuh dia ke neraka di bawah.. bukan macam tu ke?

O0h ya, ada.. 

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,

“Dan "diletakkan" sebuah "jambatan" di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan ....."

Sebenarnya,  ia macam satu perumpamaan.. jambatan itu diumpamakan sebagai jalan di Mahsyar menuju Mahkamah. Ia menggambarkan perjalanan manusia nanti menuju sama ada syurga atau neraka, ada yang menaiki kenderaan, berjalan guna kaki, guna muka dan sebagainya. Sebab tu, macam berjalan di atas neraka kerana gerun seperti siksanya api neraka..sedangkan api neraka itu boleh membakar seisi dunia, apatah lagi terasa panasnya bahang neraka di padang mahsyar itu..

Ini ustaz ada bagi dalil syurga di kanan neraka di kiri.

Syurga di kanan

" Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu " (Al-Waqi'ah: 27 )

Neraka di kiri

" Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu " ( Al-Waqi'ah : 41 )

Tembok Besar diantara Syurga Neraka

" Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok "Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding, .... " (Al-A'raf : 46 )

Syurga dan neraka masingmasing ada pintupintu untuk dimasuki. Jadi tak ada istilah jatuh dari titian sirat ke neraka.

“Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?” Mereka menjawab: “Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir.” (Az-Zumar: 72)

“Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:” Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya” (mereka pun masuk)” (Az- Zumar: 74)

Dan di mahsyar nanti, manusia terbahagi kepada 3 golongan, A, B dan C. 

Golongan A ialah golongan yang terus masuk ke Neraka tanpa hisab..
Golongan B ialah golongan yang terus masuk ke Syurga tanpa hisab.
Golongan C akan stay di Mahsyar untuk diadili di Mahkamah.

Golongan A yang masuk ke Neraka akan diikat dan diseret dengan rantai menuju ke Neraka dan pintu neraka dibukakan untuk mereka. 

Manakala golongan B menuju ke Syurga dan diketuai oleh Nabi Muhammad dihadapan. Ketika sampai di pintu Syurga, pintu Syurga tertutup dan nabi mengetuknya. Maka apabila pintu dibukakan masuklah ahlinya kecuali Nabi Muhammad. Baginda minta izin kepada Allah untuk menuju semula ke Syurga untuk memberi syafaat kepada ummatnya.

Ketika di Mahkamah, Allah akan menimbang amalan golongan C dengan dimulakan dengan kitab solatnya [kata beliau manusia ada kitab khas untuk amalan Solat]. Jika sempurna amalan solatnya dan berat amalan serta sedikit dosanya maka dia masuk ke Syurga dengan syafaat Nabi [Golongan no.3]. Jika tidak sempurna solatnya maka dimasukkan ke Neraka [Golongan no. 1] dan jika timbangan amalannya sama berat maka mereka akan dibawa ke Tembok Besar [Golongan no. 2] yang memisahkan antara Neraka dan Syurga dan mereka dihisab dan dihisab. 

Di antara keduanya (penghuni syurga dan neraka) ada batas atau tembok pemisah. Di atas tembok itu terdapat segolonganan manusia yang disebut sebagai Ashabul A’raf yang boleh menyaksikan penduduk syurga dan penduduk neraka. Kepada penduduk syurga mereka ucapkan keselamatan dan kesejahteraan. Golongan Ashabul A'raf sangat berharap untuk masuk segera ke syurga namun mereka tertahan.
“Dan di antara keduanya (penghuni surga dan neraka) ada batas; dan di atas A’raaf (tembok)  itu ada orang-orang yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka. Dan mereka menyeru penduduk surga: “Salaamun ‘alaikum 544″. Mereka belum lagi memasukinya, sedang mereka ingin segera (memasukinya).” (Al- A’raf:46)

“Dan apabila pandangan mereka dialihkan ke arah penghuni neraka, mereka berkata: “Ya Rabb kami jangan Engkau tempatkan kami bersama-sama dengan orang-orang yang zalim itu”. (Al- A’raf:47)

Untuk perkongsian bersama. Samasama kita ambil pengajaran dari ilmu ini..

maksiat dan dosa itu terasa menyeronokkan..terasa lazat.. riba? Rasuah? Zina? Mencuri? Dedah aurat?  Seronok untuk dilakukan. Apatah lagi dizaman moden ini..  ada berasa bangga hidup bermaksiat. Sehinggakan ada yang sanggup mendakwa nikmat yang sedikit di dunia ini bagaikan di syurga.

Sedangkan jalan ke syurga tampak perit dan memenatkan. Siapa suka berlapar? Miskin hina? Sanggup bangun malam bertahajjud? Malah bagi orang yang mengejar keuntungan, meninggalkan perniagaan dalam tempoh sepuluh minit untuk berjemaah di masjid juga suatu kerugian.. zakat?  Mereka yang memilih untuk hidup zuhud dipandang hina dan dicaci..

Tetapi dengan sifat Rahim dan Ghafur Allah, insyaAllah kita akan mampu juga menjejakkan kaki ke taman syurgaNya yang penuh keindahan selagi kita beriman. Namun, , apakah neraka akan menjadi tempat persinggahan kita sebelum kita akan ke syurga?

Semoga selepas ini tubuh ini tidak lagi berat dari beribadah kepadanya. 
Supaya lidah ini lebih asyik mengalunkan zikir dari berbual perkara yang lagho.
Supaya mata ini lebih seronok menatap naskhah al-Quran dari menonton hiburan di televisyen. 
Supaya aqal ini lebih mencari redhaNya dari mencari kekayaan duniawi. 
Supaya hati ini lebih mengingatiNya dari mengingati yang lain. Amin…

Tuhanku… Aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak sanggup menghadapi siksa nerakaMu. Terimalah taubatku, Kau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar.....


1 comment:

  1. Terasa insaf..rebutlah syurga seperti Para sahabat Rasulullah..bykkan tadabbur ayat2 ttg syurga dan neraka..
    insyallah memberi kesan yg mendalam dlm diri manusia yg bertaqwa.

    ReplyDelete