Friday, February 4, 2011

~cemburukah?~

cemburukah?



Pandangan matanya pada seorang lelaki itu, berbeza, tidak pernah ku lihat satu pandangan yang syahdu dari matanya. Satu perasaan cemburu? Hadir dalam hati.. 

Satu perasaan sayang dan rindu teramat seorang ibu pada anak lelakinya yang sudah hampir berapa lama tidak bertemu. Terasa tidak sama dia memandang anaknya yang lagi seorang ini. Mungkin sudah lama bertapak di rumah, tidak terasa perasaan rindu itu, kerana bersua muka setiap hari berbanding lelaki itu yang sudah kejauhan darinya.. mungkin kerana lelaki itu satusatunya anak lelaki dewasa yang cara layanan berbeza dengan lagi tiga anak perempuan yang meningkat dewasa.. bila dia pulang rumah, dimasak pelbagai yang enak, diceritakan segala yang menarik berlaku... 

Ku tepis perasaan cemburu itu.. mana mungkin harus ada itu, padahal aku dan lelaki bergelar abang itu berkongsi kasih seorang ibu selama 20 tahun kini. 

Namun, cukup padat kasih sayang ku peroleh dari dua insan bergelar ibu dan bapa ini.. membesarkan aku sehingga dewasa.. tidak layak untuk aku yang sering derhaka ini meminta lebih dan lagi..

Selalu dengar, mak ayah sayang anak lelaki lebih berbanding dengan anak perempuan.. mungkin ada betulnya..hihi..

 “ibu, bapak x pernah jenguk Nur time plkn, padahal kat selangor je, kalau abang tu, selalu pegi jenguk, padahal jauh kat negeri sembilan..kat kolej pun sama..”

“abang tu, selalu dapat apa dia nak, laptop, notebook, motor RZ, kalau saye, selalu dapat yang 2nd hand punye..”

Pernah satu hari menzahirkan cemburu dengan dia, namun cepatcepat bapa sangkal “Nur, bapak sayang semua anakanak bapak..anakanak bapak semua sama..apa yang perlu bagi, bapak bagi.. ”

Anakanak cemburu satu sama lain, merasakan dia kurang sesuatu berbanding dengan adikberadik lain.. itu fitrah.. dan cemburu itu juga menandakan si anak itu curious untuk tahu samaada ibubapa dia sayang dia tak.. dan seeloknya seorang anak itu berfikiran matang mengenai cemburunya itu, kerana ibu dan bapanya berusaha memberikan yang terbaik untuknya..ya, cemburu itu harus dikawal..

Huhu, mungkin perasaan saja.. seorang ibu dan seorang bapa yang bagus semestinya mencuba sedaya upaya melakukan peranan mereka kepada anakanak dengan sehabis baik.. didikan agama, pembinaan peribadi, dan kasih sayang yang dicurahkan.. ibubapa mengenal karakter setiap satu anakanak mereka lebih dari anakanak itu sendiri..bahkan mereka juga yang pertama menatang seseorang anak saat lahirnya dia.. 

“ibu dah ada kerut la kat muka..usia dah meningkat..” 

“bapa dah ada uban la kat rambut.. umur pun da berapa tahun da ada angka lima kat depan.. berapa tahun lagi dah nak pencen..” 

mereka berkata..

Takut saat umur mereka meningkat dan meningkat.. saat kerut dimuka jelas kelihatan, saat uban tidak terbilang lagi, takut semakin dekat pula untuk saatnya perpisahan seorang anak dan ibuayah..

Ya Allah, panjangkanlah umur kedua ibu bapa kami.. moga dapat kami rasa kasih sayang mereka untuk seketika lagi.. 

Dah dua puluh tahun dah ibu bapa take care anak dia.. dah sampai masa anak dia balas balik segala yang dicurahkan dengan balasan yang terbaik.. dan perlu alitayS cuba sedaya upaya melakukan perkara yang menyenangkan hati mereka, dengan Redha Allah..


Baiti jannati, rumahku syurgaku..

Kasih ayah seluas lautan, kasih ibu membawa ke syurga..

-Ibu dan bapa, sayang mereka jangan bermusim-



“Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara sahaja iaitu sedekah yang berkekalan, ilmu yang boleh dimanfaatkan dengannya dan doa daripada anak-anak yang soleh”.


Selamat hari lahir ayahanda, hari lahir ke -54.. 0oh, dah 54 dah..


0 comments:

Post a Comment