Sunday, January 2, 2011

~dai'e dan perasaan~

-- da'ie dan perasaan --


Da'i mukmin sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan iman, niat, himmah, kesedaran dan perasaannya terhadap tanggungjawab. Dari sini, dia akan sentiasa berada dalam beramal salih atau azam kebaikan.

Dari arah lain pula ialah tarikan syaitan yang menghiaskan futurnya dan menjadikannya cinta kepada dunia. Menyebabkan dia dalam lalai, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah untuk belajar apa yang dia jahili..

Sejauh mana futur itu ada?

Saya rasa halhal seperti perasaan, kecintaan, dan perihal jodoh dalam kalangan aktivis dakwah, semakin membelenggu semenjak dua menjak ini di sekitar kehidupan saye. 

Mungkin kita terlalu lalai pada puisipuisi, kisahkisah perihal cinta islamik,  sajaksajak berunsur kecintaan pada manusia, , walaupun ia kadangkadang berunsur kebergantungan dan kesandaran pada Allah semata, namun kelihatannya seperti perkara sebegitu membuatkan kita larut pada perasaan yang hadir, tanpa kita sedari.

Dan mungkin juga dari pembacaan bukubuku teori dakwah, untuk dia ambil semangat dari kisahkisah perjuangan, dan mungkin juga apabila orang yang berada pada jalan dakwah ini dikuasai oleh kelazatan dan keenakan ma’rifat nabi, dimabukkan oleh pembacaan sematamata, sehingga jihadnya kelihatannya tertumpu pada itu sahaja, tanpa melebihkan diri dalam jihad dan amal yang lain yang dituntut agama.. akhirnya hati menjadi seronok, namun, ini membuat dia leka dari memberi perhatian ke arah menyuburkan iman, memperkuat jihad dan latihan dakwah Islam. Semoga Allah memberi rahmat kepada seseorang yang mengenali kadar dirinya.

Jika kecintaan dan perasaan itu tidak disalurkan di medan dakwah, ia menjadi siasia..

Baitul Muslim, dikaitkan dengan ikhwah dan akhawat, ya, siapa lagi?

Baitul muslim, satu perkara yang amat besar, untuk difikir dan dinilai setulbetulnya.. apa, bila, siapa, bagaimana...

Saye mengira isu ini agak berat di saat ketika dakwah menjadi satu perkara yang amat biasa dan normal di era mihwar jahriyah ini.. menyebabkan unsurunsur penjagaan dan juga kemanisan di dalam berBaitulMuslim ini kadangkadang dicemari dengan tindakan peribadi mahupun perasaan duat itu sendiri.

Ikhtilat alam maya? Facebook, ym, skype, sms, email? Fitnah? 

Getaran jiwa? Jatuh cinta? Wajarkah? Beranikah?  Perlukah? Kita menilai.. Antunna lebih memahami kadar nilaian dan pemahaman diri..

Baitul muslim ini satu urusan besar..

URUSAN BESAR..       
 
Kahwin hanya sebagai satu wasilah dalam medan dakwah, sedangkan tujuan utama kita tetap ibadah dan menjadi khalifahNya, menegakkan hukum Allah..

Kiranya jangan kita terlalu leka dengan salah satu wasilah ini, sedangkan tujuan utama terabai.. Namun juga diingatkan, Baitul Muslim adalah wasilah terpenting jalan ini.. satu wasilah yang pasti dilalui ikhwah akhawat..

Mari kita refleksi diri, juga refleksi pada saye yang mungkin terlarut bersama perasaan, tazkiyah nafs, beruzlah nafsu jiwa perasaan kita, meneliti satusatu perasaan yang ada, jelas dimana sumbernya perasaan itu, dan kemana ia disalurkan..asingkan jiwa kita, tetapi jangan tubuh kita, kerana ia kader penting jalan ini..penggerak jemaah.. jangan terbantut perjalanan kita.. tidak ingin juga lahirnya ikhwah akhawat yang berjiwangjiwang hatinya.. takut hatinya lalai.. kerana mungkin itu membuatkan kita lemah sebenarnya dalam perjalanan ini.. sedangkan seorang rijal, seorang nisa’ penggerak dakwah, matang pikirannya, cekal hatinya..

Hasil dakwah kemana..Individu Muslim kemana? Baitul muslim ke mana? Nauzubillah.. moga tidak begitu.. dan moga Allah memegang hatihati kita untuk terus tsabat di jalan ini..Moga Allah terusterusan membimbing..

Individu Muslim kah kita? Muwasofatnya cukup terlaksanakah? Ikhtilat bagaimana? Terjagakah kita? Juzuk Amma mantop sudah? Kate nak kahwin? =)

Ya, jika sudah bersedia, jika seruannya tiba, bila tiba masanya, bila kerja ada, duit beres, silakan, merealisasikan Baitul Muslim, wasilah terpenting jalan dakwah ini.. jika belum, teruskan pelajaranmu, kerja dakwahmu, usahamu, insyaAllah akan tiba suatu saat.. berBaitulMuslim kerana ummah.. bukan perihal mencari jodoh semata.. tetapi perihal pembangunan dan pembinaan..

Mari kita menjaga asolah dakwah..

Asolah dakwah itu adalah keaslian dakwah, asolah bermakna asal atau asli. Dakwah yang punya keaslian adalah dakwah yang mengikut hal2 yang diperintahkan Allah dan Rasul tanpa mengenepikan aspek tarbiyah dan ruhiyah dalam gerakan. Jadi, penting untuk menjaga asolah dakwah ini supaya keberkatan dan pertolongan Allah akan terus sampai kepada generasi pendakwah yang seterusnya.

Marilah kita menjaga asolah dakwah!

Berbeza individu, berbeza tafsirannya..

Hanya beberapa perkongsian perihal rintangan dan tribulasi di sepanjang perjalanan dakwah.. 

Setelah kita beransuransur melalui peringkatperingkat persediaan dan tarbiyah, sesuai dengan cara, alat dan segala kemungkinan menurut kemampuan yang ada pada kita samaada individu atau jemaah, semuanya itu hanyalah sebagai batubata yang semakin mentah.. setelah semuanya selesai, berjalanlah dia atas sunnatullah dengan ibtila’, ujian dan bencana untuk membersihkan dan membezakan di antara yang tulin dan palsu, supaya orangorang yang beriman bertambah imannya.. 
Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus..

Ampun dipinta.. 



Wallahu a’lam, sesungguhnya Allah lebih mengetahui..


“Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal kepada-Mu. Hidupkanlah hati kami dengan ma’rifat kepada-Mu. Matikanlah kami dalam keadaan syahid di jalan-Mu.”

Dapat Allah Dapat segalanya..

credited to: Jalan Dakwah, Mustafa Masyhur

0 comments:

Post a Comment