Tuesday, January 11, 2011

~ naqibah dan mad'u~

~ naqibah dan mad'u ~






“Hmmm adikadik akak yg disayangi, bile kite nk buat usrah untuk minggu ni ye? Adik2 free bile? Ujung minggu ni ok x? Hari sabtu ke? Any suggestion?”

Saye ikut je akak, free je ujung minggu, tp tataw la usrahmates laen..kalau weekdays xleh la akak, penat..”

“Emm akak, ujung minggu x leh la, saye nak balik rumah..”

“Aik? Bukan dh balik umah dah mggu lepas?” “hihiiii..mggu ni tak bizi sgt, so nk balik lg.. laen kali ek akak, insyaAllah mggu depan sy join..”

“Hmm, ok, balik rumah kirim salam kat parents ye, as homework, bace buku tarbiyah dzatiyah yg akak bg tu ye, at least ade jugak pengisian hati utk mggu ni..mggu depan x yah balek ek, kite usrah..usrah kite pn mcm family kn.. =)”  “ok akak”

“homework, assignments byk sangat..x sure la leh pegi x.. sori akak..”

“akak, sy nk jumpe kawan minggu ni.. tak tau la sempat ke tak nak pegi usrah tu..”

“Hmm, insyaAllah kita buat hari Ahad petang, ok tak? insyaAllah dua jam je..utk Jamilah, boleh tak balik awal sikit, harap sempat join.. Sya pun sama ek.. hoping to see u this week..”

“weh, ko nak pegi ke tak usrah tu? Aku x larat la nk pegi..dan malas.. keje banyak gile..”

“Laa, abes nak tunda bile, pegi je laa..” 

“kite skip nak? Siti ngan Jelita mesti peginye..”

Di hari itu..

"Adikadik, akak dh sampai dh ni..sori lambat.. komuter stuck tadi kat kajang..  akak ade dekat bus stop sebelah kolej korang.. korang turun ek.."

Akak, saya tak balik lagi ni jumpa kawan.. stil kat SACC Mall lg.. sorii”

“Alaa, akak, saye kat library la, ngah stadi tadi..bas tak gerak lagi.. rasenye tak smpat nk join..”

“Saye kat rumah lg, ayah nak antar saye balik malam ni...nex week ek kte jumpe..”

0oh, tak de sape yang boleh join? 

“Mmm, akak ade tinggalkan puding roti dengan kek coklat dekat kaunter pengawal. Akak dah letak dalam bekas asingasing.. nanti korang amik ye.. ingatkan nak sambut hari jadi akak dan Siti samasama, tapi x pe la, korang amik ye.. kalau tak sedap akak buat, minta maaf..tp akak buat yang terbaek..insyaAllah nanti akak emelkan pengisian untuk minggu ni..”

Dia dan dia di atas katil di kolej di sebelah bus stop membaca sms yang diberi dengan satu perasaan yang aneh, terharu? Dengan kakak tersebut..dengan tindakan mereka..cukup perasaan itu buat mereka menginsafi dan menghargai ketulusan kakak itu.. 

Dia masuk ke dalam teksi menuju ke stesen komuter, ingin pulang ke kolej.. dua jam perjalanan tadi, bukan tidak bermakna, tapi pasti Allah menyimpan sesuatu hikmah, ya, pasti.. mungkin caraku salah, mungkin aku kurang ilmu, mungkin aku terlalu menekan mereka, mungkin pengisianku kepada mereka belum sempurna, belum membuat hati mereka tersentap, mungkin amali dakwah fardiahku belum ku praktik sehabishabisnya..mungkin aku kurang berdoa, mungkin aku tidak ikhlas kerana Allah, mungkin aku... insyaAllah, akan ku perbetulkan, ya Allah, permudahkan urusan mereka, tautkan hatihati kami ya Allah..dibuka buku anatomi, esok ada exam, moga Allah beri kekuatan dan hilangkan daku dari segala kesedihan..moga ikhlas kerana Allah..ya untuk Allah..moga segalagalanya untuk Allah..air mata tertahan lalu dibiarkan saja mengalir..

Kenapa aku harus sedih? Tak tak.. inilah lumrah perjalanan ini.. baru sedikit usahaku ini.. perjalanan aku baru sebentar.. lagipun baru berapa kilometer aku berjalan melalui jalan ini, aku dh terasa sedih, dah terasa nak nangis, terasa lemah, bila saatnya aku mampu berjalan lagi beribu kilometer untuk sampai disana? Ya aku harus kuat.. 
 
“Kadangkadang saya jelez tgk adik2 kat kolej K, kolej Z, mereka sangat2 laju bergerak.. apa yang perlu saya buat supaya adikadik saya begitu?” 

“Kenapa mereka masih belum faham?” 

“Kenapa sangat susah untuk mereka pergi ke program?”
“isk kita dah plan, tengoktengok sorang pun tak dapat pegi”
“planning tengah malam sampai subuh, lastlast tak jadi..” 
“Setelah ditapis dan ditapis, hanya sikit saja yang tinggal..” 
“duit infaq dah abes guna, tapi resultnya.....” 
"kenapa rasa macam kita sorang je yang nak, padahal diorang......"
“apa lagi yang nak kena buat?” 
“x boleh, saya tak boleh tinggalkan diorang, diorang kena tarbiyah dan tarbiyah lagi..” 

ya Allah.........

Kesabarannya sampai bila? Usahanya sampai bila? Bila mereka masih belum berganjak? Sampai bila mereka harus disuap dan disuap tanpa mereka berasa ingin melakukan? 

Dan, 
sejak bila perjalanan ini diiktiraf senang dan selamat untuk dilalui?
sejak bila aku mampu berhenti? 
Sejak bila aku terlalu banyak mengeluh dan mengadu? 
Sejak bila aku lemah?

Selagi langit belum runtuh ke bumi..teruskan..

Teruslah bergerak, hingga keletihan itu penat mengikuti kita. Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejar kita. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersama kita. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu lemah menyertai kita. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemani kita.
Ya Allah, perteguhkanlah fikrahku, pemahamanku…
Tibatiba teringat….
“alitayS, akak ada amanah nak bagi kat kamu.. kamu sanggup tak ambil amanah itu?”
“Mm, apa amanah tu kak Aisyah?”
“teruskan apa yang akak buat.. akak tak nak ia berhenti.. kalau tak ada orang teruskan, ia siasia..”
“maksud akak, bawak usrah? Bawak adikadik? Ya Allah, akak, seriesly, saya tak mampu.. saya tak boleh..akak, cari la orang lain.. saya tak nak..”
“Syatila, ia satu pembinaan dan ia mungkin jadi satu titik perubahan dalam hidup kamu..mungkin kamu tak sedar.. tapi percayalah, suatu hari nanti..saya tahu kamu mampu..”

Teringat saat lafaz ikrar bersama teman seperjuangan, di bilik itu, di kolej itu, berjanji, bersumpah setia untuk berada pada jalan dakwah, sentiasa, sanggup hadapi apa jua dihadapan.. bagaimana mampu aku mungkiri?

sebuah surat kepada alitayS..

Salam sayang buat alitayS, 

Hati rasa terpanggil untuk menyampaikan amanah yang sepatutnya, lantas pena bergerak untuk menghasilkan tulisan ini,
Hlovate said, we are the one who choose to live well or live hell.
Allah had given you a chance to choose.
So plan your life. Make sure the plans are suitable with our purpose of life. Never give up my dear because Allah always with you. If u feel like everything you have done are going to the wrong way, just cry because for every drop of your tears will be rewarded by Allah. Work hard and believe in Allah. You will feel calm.
I hope that we are going to meet in the jannah!! insyaAllah, Takbir! Allahuakbar.

Ya Allah peliharalah dirinya, peliharalah hatinya, peliharalah tingkah lakunya, mudahkanlah pemahamannya, ingatkanlah dirinya..

Semoga dia bersedia mengorbankan HIDUPnya hanya untukmu Ya Allah..
Ilmu kena amal,

Yang menyayangimu, Aisyah...

alhamdulillah, punya kakak yang memahami, dan menyokong.. 
hingga kini, memberi semangat.. jazakillah akak.. =)

Dakwah itu cinta..


0 comments:

Post a Comment