Sunday, January 2, 2011

~ membuat pilihan ~

-- memilih jemaah --

 



ciriciri pemilihan jemaah:

Dari Umar Al-Khattab r.a,bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda,

”Barangsiapa di antara kamu yang menginginkan syurga,hendaklah dia melazimkan diri (menyertai) jemaah,kerana syaitan selalunya suka dengan orang perseorangan,dan selalu menjauhkan diri dari kumpulan orang berdua ke atas”



Gerakan dakwah islamiyah terutamanya di Malaysia terlalu banyak dan pelbagai 


Semuanya bertujuan menjadikan Islam sebagai ustazatul Alam (UA), walaupun mungkin tidak digunakan istilah UA itu sendiri, tapi bermatlamatkan perjuangan menegakkan hukum Allah dan sistem hidup aturan Allah.  

"Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi, sehingga ketaatan itu semata-mata milik Allah..." (Q.S. Al-Baqarah: 193) 


Merujuk Al- Quran dan Sunnah, kerana hanya AQ dan AS satusatunya sumber yang tepat dan benar sesuai dengan matlamatnya.


Kefahaman daripada Al- Quran dan Sunnah mungkin berbeza dalam kalangan jemaah, lantas pendekatan dan cara yang berbeza oleh jemaah jemaah.

Kenapa boleh berbeza kefahaman? Sedangkan berasaskan sumber yang sama..

Sama juga seperti syarikat, setiap syarikat berbeza organisasinya. Kita ambil contoh beberapa potongan ayat Al- Quran.. 

“Wahai orang yang beriman! Apabila kamu hendak mendirikan solat, basuhlah muka kamu, dan tangan kamu hingga ke siku kamu, dan sapulah kepala kamu, dan (basuhlah) kaki kamu hingga ke dua mata kaki; dan jika kamu sedang berjunub (berhadas besar) maka bersucilah (mandi junub)………” (5:6)

Tafsiran berbeza mengenai cara berwudhuk.. Sapulah kepala kamu.. dari bahagian mana sampai bahagian mana.. adakah sehingga dihujung dagu atau sampai di bawah dagu, membasuh rambut, adakah hanya sebahagian kecil rambut, bolehkah dihujung rambut dan sebagainya..

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”

Tafsiran mungkin berbeza.. segolongan umat.. sebahagian? Separuh? Suku?  


Dan bila jemaahjemaah itu betul, menepati ciriciri yang disebut, adalah hak kepada pemudapemuda muslim, aktivisaktivis dakwah untuk mengenali setiap satu daripadanya.

Bagaimana kita hendak menilai benar atau tidak sesuatu jemaah? = kita nilai hujahhujahnya dan sumbernya..dan ia satu proses yang tidak singkat untuk kita menilai.. . Allah menurunkan ayatayatNya mengikut keselesaan SahabatSahabat dan apabila mereka bersedia menerima..


Kerana menjadi tanggungjawab pemuda untuk memilih menyertai salah satu. Syarat pemilihan sesuatu jemaah: diyakini benar dan selesa, sesuai dengan diri.

Jika seorang pemuda merasa yakin dan selesa bahawa dakwah, prinsip, objektif, struktur jamaah tertentu benar, bersumberkan al- Kitab dan sunnah tanpa dicemari sebarang unsur jahiliyah; jika seorang pemuda mengakui bahawa segala amalan dan dakwah yang dilaksanakan jamaah tersebut merupakan amalan yang yang sepatutnya menjadi tumpuan dan objektif utama setiap muslim dan muslimat, maka sertailah untuk membantu jamaah melaksanakan tugas dan objektif itu..


“saya memerintahkan supaya kamu melaksanakan lima perkara; jamaah, dengar, taat, hijrah dan jihad di jalan Allah. Barangsiapa yang keluar daripada jemaah ini walaupun sejengkal dia telah merungkai ikatan Islam daripada lehernya kecuali dia kembali semula. Barangsiapa yang menyeru dengan seruan jahiliyah dia adalah penghuni neraka Jahannam walaupun dia puasa, sembahyang dan mengaku sebagai Islam.”

(Petikan sebuah hadis, diambil dari Syahadatul Haq, Abu A’la Al Maududi)

Wallahu a’lam..

dan mungkin link ini boleh membantu: jemaah islam, ciri2 dan kewajipannya

 

0 comments:

Post a Comment