Tuesday, January 11, 2011

~` hidup untuk islam ~

-- hidup untuk islam --






Hidup untuk Islam? Bagaimana saya nak hidup untuk Islam?

Solat puasa zakat haji, yang tu tak cukup ke? Apa lagi yang saya kena buat?

Kat dunia ada tiga golongan..cek yang mana satu..

Pertama, orang yang hidup untuk dunia saja.. dia tak rasa dunia ini akan mati.. dan dia rasa dunia ini kekal sampai bilabila.. jadi, tak ada benda yang perlu dia kejar, dan aim dia hidup hanya untuk berenjoy, nak cari duit banyakbanyak, lepas buat duit, guna duit untuk sesuatu yang dia suka, dan ulang balik benda yang sama..materialistik..

“Dan tentu mereka akan menyatakan pula: hidup hanyalah kehidupan kita di dunia saja, dan kita sekalikali tidak akan dibangkitkan” (6:29)

Yang kedua, orang yang sesat antara dunia dan akhirat.. duk kat tengahtengah.. akidah menyimpang dari jalan Allah..  dia rasa dia dah ok bab agama, padahal tak pun.. percaya Allah dan hari kiamat, selalu buat baik, tapi bab dunia, dia leka, pentingkan kebendaan, dan terpengaruh dengan jahiliyah, apa yang dia buat, semua siasia, hidup x berkat, Allah tak redha..

“Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa yang diingini iaitu wanitawanita, anakanak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup dunia dna di sisi Allah tempat kembali yang baik.” (3:14) 

Yang ketiga, orang yang anggap dunia ni ladang tanaman untuk akhirat sana.. yang ni yang paling bagus.. dia ni orang yang beriman, tau kenapa dia hidup kat dunia, bukan sukasuka Allah letak dia kat bumi suruh dia enjoy, tapi ade kerja nk kena buat.. apa saja yang dia buat, semua untuk Islam..hidup untuk Allah, takutkan Allah, buat apa Allah suruh, tinggalkan apa yang Allah larang.. hidup berbakti pada Allah, dan memperoleh keredhaanNya.

Macam mana kita nak hidup untuk Islam? 

Pertama, kena tau tujuan kenapa hidup kat muka bumi ni..

“Dan tidaklah Aku menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu” (51:56)

“Ingatlah ketika Rabb-mu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Rabb berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”(2:30)

Lahir, tadika, sekolah, dapat result spm, masuk u, kerja, kawin, dapat anak, anak masuk tadika, anak sekolah, anak dapat.....kitaran itu berulangulang.. tiada makna..itu namanya kitaran bodoh.. keluarlah dari kitaran bodoh itu..

Kenapa sekolah? Kenapa masuk u? Sebab nak belajar pandaipandai, nak jadi doktor.. kenapa nak jadi doktor? Kerja la, dapat duit banyak.. kenapa nk duit byk? Nak beli kereta, rumah, nak makan.. kenapa nak beli kereta, rumah? Nak hidup senang la..  kenapa nak hidup senang?.. o0, penatpenat belajar bertauntaun sematamata untuk itu? Untuk hidupnya diri.. Lepas keje, dan keje, pastu pencen, lpas pencen? Bilanya nak hidup untuk islam? 

Tak bersyukurkah dia? Hidup untuk nyawanya, bukan hidup pada yang memberi nyawa itu.. pentingkan diri, sombong, angkuh, wajarkan dilabel dia seperti itu?

Menjadi hambaNya dengan beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah di muka bumi.. tu la kerja dia.. bukan senangsenang je dapat hidup free dan rilek kat bumi ni.. kerja dulu, baru dapat gaji.. laksanakan tanggungjawab yang diperintahkan Allah, pasti Allah beri kita gaji yang lumayan, iaitu Syurga yang kekal abadi.. 

 khalifah tu ketua, so, jadi ketua kat dunia? Wah, hebat tuu.. tingginya martabat khalifah tu.. tapi susah kan.. caranya? Amik perjalanan Rasulullah sebagai tauladan.. Rasulullah dari insan biasa jadi pemimpin. Berada pada jalan dakwah, menyebarkan dan menegakkan kalimah Allah, mengajak manusia berbuat kebaikan, dan menegakkan hukum Allah, tak pernah berundur walau ada rintangan. Tak pernah rasa nak hidup selesa selagi tanggungjawab belum terlaksana.. 

Sanggup? Sunnatullah, Rasulullah dan para Sahabat melalui jalan itu, dan mereka berjaya, dan jika kita ikut jalan yang sama dengan perjalanan Rasulullah, pasti juga berjaya dengan izin Allah. Cuma tiada Rasulullah disisi. Tapi bukan bermakna kita kalah. Bagindalah mimpi, bagindalah realiti..

Kedua, menginsafi nilai dunia ini jika dibandingkan dengan akhirat.. kalau nak compare dengan akhirat, dunia ni secipuut ja.. sekejap sangat.. bayangkan, 1 hari akhirat = 1000 tahun dunia, perrgh, lama teramat.. tapi akhirat itulah kampung dia..best hidup lama dengan segala nikmat.. tu pun kalau tinggal kat syurga.. kalau kat neraka, hmm lame mana la menetap kat situ, tak tahan eden..

“Apakah kamu lebih redha dengan kehidupan dunia ini dari kehidupan akhirat, padahal kehidupan di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.” (9:38)

ketiga, menginsafi bahawa maut itu pasti tiba.. bilabila boleh jadi, kalau dah ajal.. bila dia tau itu, mesti dia akan rasa dia kena prepare awalawal, buat baik, topup pahala, nanti mati tak la kena seksa.. kan mati tu boleh jadi bilabila, prepare pun kena bilabila masa la, mesti sentiasa baik.. kang, tengah wat maksiat kang, tetibe je innanillah, kan x best tu..dan dia pasti kembali kepadaNya.. Alam barzakh itu hanya satu permulaan kepada pengakhiran.

“Setiap yang di atas muka bumi pasti binasa dan wajah tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan akan terus kekal selamlamamya” (55:26-27)

keempat, mengetahui hakikat islam, mempelajari dan mendalami ilmu agama, dasardasar islam, hukumhukum agama.. ye la, dah name pun orang islam, mesti la kena tau pasal Islam.  Kalau tak, macam mana nak buat apa orang islam kena buat..0o, ni mesti pakat ikut orang je ni. Orang pakai tudung, dia pakai, orang solat dia solat ek.. dia kena tau lah ye, islam dalam setiap aspek kehidupan kita, bukan separuhseparuh je, macam ape dia kate? Wasatiyyah? Sederhana? Mana boleh sederhana.. nak jumpe Allah ke tidak? Nak masuk syurga ke tidak ni?.. nak sederhana, duduk la kat tengahtengah syurga dan neraka tuu.. fahami Islam biarlah secara keseluruhan..

“dan katakanlah (berdoalah): ya tuhanku, tambahilah aku dengan ilmu” (20:114)
 
last skali, kelima, mengetahui hakikat jahiliyyah, meneliti ciriciri dan pemikiran jahiliyyah supaya kita tidak terjerumus.. kira macam guideline la, untuk kita tahu batas antara islam dengan jahiliyyah.. yang mana boleh buat, yang mana tak boleh buat.. biasa la, ada orangyang dengki kat kita sebab kita Islam, macammacam diorang buat supaya kita ni lalai, bila kita da tau itu naqibnaqibah jahiliyyah tu, boleh la kita jauhjauhkan diri daripada bendealah tu..

“barangsiapa yang mempelajari bahasa suatu kaum ia terselamat dari rencana jahat mereka”

bila kita memahami dan melaksanakan perkaraperkara di atas, insyaAllah, moga hidup kita untuk Islam.

--hidup hanya untuk Allah-- 


1 comment: