Saturday, October 23, 2010

6 Abu? samakah?

samakah?

kinda angry to hear that, but it's quite weird..
is it the same? could it be the same?
let's hear it once again..


Sedikit katakata dari  Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, petang tadi dalam Perhimpunan Agung Umno..

Sebelum mengakhiri penggulungannya, beliau turut menasihatkan anggota Umno supaya merenungi kisah enam Abu, iaitu Abu Bakar, Abu Talib, Abu Suffian, Abu Hurairah, Abu Lahab dan Abu Jahal yang hidup di zaman Nabi Muhammad S.A.W. sebagai pedoman dalam perjuangan.

"Dengan sifat menerima dan memperakui, kita ingin melahirkan ahli-ahli parti yang seperti Abu Bakar yang sanggup berkorban jiwa dan raga demi parti dan Abu Suffian yang menentang Rasulullah tetapi bersungguh-sungguh mempertahankannya, setelah menerima Islam,"

"Abu Talib sentiasa berada di barisan hadapan mempertahankan Rasulullah S.A.W. tetapi apabila disemak beliau tidak menyokong Rasulullah." "Ini boleh disamakan dengan penyokong Umno yang kata menyokong parti tetapi malangnya tidak berdaftar sebagai pengundi."

"Jangan jadi Abu Lahab dan Abu Jahal, mereka mengiktiraf Rasulullah s.a.w tetapi tidak terima apa yang dibawa (baginda). Jangan jadi golongan Abu Jahal dalam parti dan jangan jadi Abu Lahab di kalangan orang-orang Melayu."

"Marilah kita membawa obor Umno, marilah kita bersifat sebagai Saidina Abu Bakar, marilah kita bersifat sebagai Abu Suffian, marilah kita bersifat sebagai Abu Hurairah. Marilah bergerak dalam satu suara, satu harapan, satu semangat, satu impian dan satu wawasan 1Malaysia, berjuanglah demi kepentingan, agama bangsa dan negara," 

"Sesungguhnya iktibar daripada sirah yang berkaitan dengan mereka yang pernah dekat dengan Rasulullah, jika kita telusuri kisahnya, kita beriktibar daripadanya, insya-Allah kita akan dapat satu pedoman yang akan membantu kita meneruskan perjuangan suci ini ."

-Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi-


Is this the colour? ngee..

Samakah Abu Bakar yang imannya teguh, setianya pada Rasulullah tiada ternilai, bermati- matian menentang musuh Islam dengan penggerak umno yang bermati- matian bekerja untuk rakyat? 

Samakah juga  Abu Sufyan yang kembali ke pangkal jalan dengan taubatnya menggunung dibandingkan dengan ahliahli dambaan umno?

Samakah juga zuhudnya dan sufinya Abu Hurairah dibandingkan dengan peribadi pemimpinpemimpin mereka?  

Samakah Abu Talib si kafiruun yang menjejak kaki ke neraka dengan orang yang menyokong umno tetapi tidak menjadi sekutunya?

Samakah Abu Lahab dan Abu Jahal laknatullah dengan mereka yang tidak mengikut umno dan mencacinya termasuk para pembangkang mereka?

Samakah?

Samakah perjuangan 'suci' mereka dengan perjuangan dakwah mulia Rasulullah s.a.w?

tiada sama mereka dan mereka..

Wallahua'lam..


ok, wahai alitayS, sila baca buku dan study,,, 
Belajar belajar dan belajar,
Jadi manusia berguna,
Bangunkan individu muslim dalam dirimu,
Tubuhkan keluarga berkesedaran,
Bina masyarakat berkeperibadian disekelilingmu,
Bangunkan negara bersemangat juang demi Allah,
Dirikan khilafah yang lama runtuh, 
Tubuhkan empayar islam bersepakat syahadah,
Tegakkan ustazatul alam pemaju dunia.


***************************************************************
~ tiada kemuliaan tanpa Islam, tiada Islam tanpa khilafah ~
~ Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah ~
 
~ Dan Allah tuhan kami ~
~ Rasul ikutan kami ~
~ Al-Quran Panduan kami ~
~ Jihad jalan kami ~
~ Mati Syahid cita-cita tertinggi kami
~

***************************************************************



knape emo sgt ni? tarik nafas, lepas, ^__^

0 comments:

Post a Comment