Tuesday, October 26, 2010

lelaki itu...

lelaki itu..



Lelaki itu... 

Paras mukanya manis dan indah. Perawakannya sedang, tidak terlampau tinggi, juga tidak pendek, dengan bentuk kepala yang besar, berambut hitam sekali antara kerinting dan lurus. Dahinya lebar dan rata di atas sepasang alis yang lengkung lebat dan bertaut, sepasang matanya lebar dan hitam, di tepi-tepi putih matanya agak kemerah-merahan, tampak lebih menarik dan kuat, pandangan matanya tajam, dengan bulu mata yang hitam pekat. Hidungnya halus dan merata dengan barisan gigi yang bercelah-celah. Berleher panjang dan indah. Dadanya lebar dengan kedua bahu yang bidang. Warna kulitnya terang dan jernih.

Bila berjalan badannya agak condong ke depan, melangkah cepat-cepat dan pasti. Air mukanya membayangkan renungan dan penuh fikiran, pandangan matanya menunjukkan kewibawaaan, membuatkan orang patuh kepadanya. Dengan sifatnya yang begitu memang tidak hairan bila sesiapa boleh jatuh cinta padanya.Sempurna fizikalmu tiada tergambar..

"He is faithful, chosen (by Allah), and calls for forgiveness. He shines like a full-m0on light when it is far from dark (clouds)." (Abu Bakar as-Siddiq)
Baginda sempurna ciptaan, sempurna akhlaknya..

Apabila azan sang muazin, berserulah dia, ‘Asyhaduan Lailahaillallah’, (ketika itu) bergoncanglah syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW. Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW itu pula, selain rindunya yang bersangatan kepada syurga, juga tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin.”

"Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benarbenar, berbudi pekerti yang luhur." (68:0o4)
"sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatnya berselawat untuk Nabi. Hai orangorang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucaplah salam penghormatan kepadanya." (33:56)
~Allahumma sholli alaa sayyidina muhammad wa aalihi washohbihi wassalim~

bila kau hampir memejam mata,
lidahmu basah menyebut ummati,
kasih sayangmu tak bisa tergambar,
hanya selawat pengikat kasih,
ya Rasulullah, kami rindu..


Semasa berada di Madinah, aku bertemu dengan lelaki istimewa itu.. Di Masjid Nabawi. hati berdetik mahu mendekati dia yang diapit oleh dua sahabat baiknya. Tetapi sayang sekali, aku hanya mampu memerhatikannya di sebalik pagar emas.. (credited to Cinta Sofea, Rynsa)

-------------------------------------------------------------------------------

.


 > sentiasa dihati, selepas Dia <

0 comments:

Post a Comment