Wednesday, October 27, 2010

~adikku sayang~

~wahai adik~

  
Sebentar tadi adik bertanya..
“Ibu, kak alitayS ada abang tak? Siape?”, Izzah bertanya..
“Laa Izzah, takkan tak tahu? Abang Ikhwan laa”, ibu menjawab..

“0oo, abang Ikhwan tu abang kak alitayS…0o..” Izzah mungkin belum mengerti pertalian keluarga, mungkin..
“Abang-abang Izzah sape?”, saya bertanya, menduga jawapan darinya..
“Izzah la abang..hikhik..”, “ ishish budak ni, Izzah ada tiga abang tau, abang Ikhwan, abang Afifi dengan abang Ilham..”, saya menerangkan..
“Bukaaaan.. Hari tu ibu kata Izzah ada abang lagi satu..Izzah ada empat abang..” jarinya menunjuk angka empat..
“Sebab, masa hari tu kan, masa kita pergi kubur, ibu tunjuk, ni abang Izzah..Abang Izzah bukan Ilham je..Izzah ada lagi satu abang.. Ibu ibu ibu, abang izzah tu dah mati kan? Izzah tak pernah jumpa dia..”
 
Saya mengerling pada ibu, seakan mengerti perasaannya..
Lalu saya melemparkan senyuman pada si c0mel Izzah..
“My dear, betul betul..Izzah ada lagi sorang abang. Nama dia Halimi. Dia ada kat syurga sekarang, tengah tunggu ibu, tengah tunggu kita kat sana. Tau tak syurga tu kat mana?”
Izzah menggeleng..
“Syurga tu tempat untuk orang baikbaik saje.. siapa yang ingat Allah, siapa yang buat baik, siapa yang sembahyang penuh, siapa yang suka tol0ng orang, dapat masuk syurga. Budakbudak dapat masuk syurga. Halimi baik, sebab tu dia masuk syurga.”
“Jadi, Izzah kena jadi budak baik tau.. jangan buasbuas..jangan nakalnakal..  ingat tau Ilham ingat tau Afifi.. nantinanti, boleh la kita jumpa Halimi kat sana..”
Mereka senyum tersipusipu malu.. “ok” katanya..



Mem0ri terimbas..disaat dia dipangkuan ayahandanya..
Jumaat, 5 Disember 2003
8.0o am..
Ibu kesakitan.. sakit ingin bersalin agaknya.. Bapa memimpin ibu perlahanlahan..
“Jaga rumah, jaga adikadik elokelok..bapak pi h0spital kejap..”
Lewat tengahari, bapa pulang.. “Ibu mana bapak? Bersalin dah ke? Hee..tak sabarnya nak teng0k baby..”
Bapak senyap..kemudian berkata, “Lepas ni bapak nak pi h0spital balik, nak sembahyang jumaat dulu..”
2.0o pm
 Telefon rumah berdering, segera diangkat..
“Helo? Ayah ada?” “Ada, jap, bapaak, h0spital telefon..” “Bapak nak pegi h0spital ni, semua duk rumah je la, tak payah ikut tau..” .. Wajah suram bapa berlalu..Mungkin risau.. Sangkaan kami bapa bakal pulang membawa khabar gembira, membawa pulang ibunda tercinta dan baby yang c0mel..
4.0o pm
Sese0rang mengetuk pintu rumah. Pintu dibuka, nenek saudara menyapa lalu memberi segulung kapas dan seb0tol minyak.. Disambutnya kapas itu.. “Buat apa kapas ini?o0.. untuk baby ek? baby macammana?”

“Kamu tak tau ke? Bapak tak bagitau kamu ke?” “Bagitau apa?” “Adik kamu dah meninggal, meninggal masa dalam kandungan..” Menangisku disisi pintu, lalu segera dipeluk cium Ilham dalam dukungan, segera ku jerit memanggil abang, kakak dan adik-adikku dengan getaran memberi khabar sedih itu..
Ayah pulang mendukung bayi yang lemah l0nglai namun masih berseriseri dan c0mel wajahnya..
Dibawa ke kamar mandi, dibersihkannya, dipangkunya bayi itu ke atas ribanya penuh sayu. Diusap perlahan, dimandikan lembut, kemudian dikafankannya. Segera kami kesat airmata, lalu mengucup ubunubunnya buat pertama dan terakhir kali.. Terasa lembut, baunya harum..dikebuminya dia di sebelah jasad nenek tercinta..
Muhammad Halimi bin Ab Ghani. 5 Disember 20o3.nanti kami disana.. InsyaAllah..


"Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; " [13:23]

"Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya. " [52:21]

**********************************

enough for me my family..

1 comment:

  1. setiap yang hidup pasti akan dikembalikan pada tuan sang penciptannya.. kerna Tuannya lebih meyayanginya .... moga ditempatkan ditempat para solehin.. amin

    ReplyDelete