Sunday, October 24, 2010

~bErTatiHnyA tArbiYaH~

 
----bertatih, merangkak, berjalan kemudian berlari----



“Macam mana usrah sekarang? Ok? “Ok je kot so far..boleh follow..tapi kadangkadangrasa cam berat sikit”  

“0oo..ok..takpe..slowslow..tau tak ape Qaedah Sulbah?”  “Emm..tak tau.. tak pernah belajar dalam usrah pun.. jap cari dalam intenet..ngee..” “Emm..tulang belakang?, apa maksudnya? Awak, tak faham yang ni..”

“Ya.. tulang belakang..dakwah Rasulullah dimulakan dengan pembinaan qaedah sulbah iaitu core group.. core group ni la yang terus menerus menyokong dakwah nabi s.a.w.. mereka tidak mainmain dengan dakwah mereka. Itulah mujahid dakwah..faham?” “Emm..”

“Ahliahli perang Badar tu semua qaedah sulbah, yang dibentuk Rasulullah untuk membantu gerakan Islam masa tu..‘Ya Allah, jika Engkau binasakan pasukan ini (Islam) tak akan disembah lagi Engkau di permukaan bumi ini. Ya Allah, penuhilah janji-Mu kepadaku. Ya Allah, berikan pertolongan-Mu..’ Jika mereka terbunuh masa perang itu,tak akan ada lagi yang akan menyambung perjuangan Islam."

"Qaedah Sulbah ini adalah individuindividu yang paling berpotensi ataupun anasir taghyir.. akan ada suatu fasa yang akan menguji siapakah qaedah sulbah yang sebenarnya. Mereka yang terus istiqamah dalam menghadapi ujian, fitnah dan mehnah akan terus beriman kuat dengan fikrah dan aqidah ini..sesiapa yang kekal merekalah qaedah sulbah" 

“Ok faham..hmm..bagusnya awak..lancar je.. Saya tak semantap awak, saya baru sampai level berapa..baru nak start enjin..kamu dah level tinggi sangat..macammana nak jadi mantap cenggini ni? Tak layak je rasa.. huhu ”

 “Nak tunggu sampai layak tu bila? Allah nak bagi syurga kat kita, tapi kita rijek, alasannya tak layak nak masuk..camtu ke? rileks la, start pelanpelan dan banyakkan bacaan tarbawi, kaji sirah Rasulullah, perkuatkan asas, kuatkan fikrah..insyaAllah boleh..At- taubah ayat 41”

 "Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu dijalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. "

 "Ya.. so... apa pandangan awak pada ayat ni?
 “Haa? Eheeem.. ayat ni bagus, bagi semangat untuk terus berdakwah..berlari sejauh mampu.. emm.. awak, tak pandai nak elaborate laa..saya tak bersedia..”

 “Aik? Takkan itu saja?berlari sejauh mampu? Hihihi..jiwang je ayat..”,  “…..”

 “Boleh saya tahu, awak berapa lama komited dengan usrah ni?” “Dekat dua tahun..”

 "Dua tahun... dua tahun diberi tarbiyah dan pendedahan tapi awak beri jawapan begitu pada saya.. Siapa naqibah awak? Dia tak bagi tugasan kat awak ke?" "Ada." "Habis tu... macam mana awak boleh jawab macam tu tadi?"

"Usrah membentuk seseorang individu yang sedar dan berusaha untuk menyeru ke arah pelaksanaan cita-cita iman dan islam ke dalam realiti. Keindahan dan kesempurnaan Islam tidak akan terbukti kalau hanya setakat teori dan cita yang tidak dicernakan ke dalam realiti. Tugas mencernakan ajaran Islam dan mengajak manusia bersama untuk beriman inilah yang dikenali sebagai dakwah."

 "Dakwah dimulai dari lahirnya sekelompok orang yang sedar dan insaf, serta yakin akan tugas mereka, disamping iman yang tebal kepada Allah SWT. Sedar ataupun tidak, awak sebenarnya berada dalam kelompok itu. Awak sudah punya kesedaran dan keinsafan. Yang kita telah latih di bawah sistem tarbiyah supaya bersedia menjadi seorang da'ieah (pendakwah). Cuma dari segi keyakinan, nampaknya awak masih kurang lagi..."

"Cuba sekali lagi. Saya tahu dan yakin awak boleh lakukan lebih baik daripada tadi.”
“Saya cuba.. emm, kita kena buang malas, walaupun banyak ujian mendatang, kita kena bergerak dalam dakwah ini semampu kita.. tarbiyah diri kena kuat, kuat external dan internal, baru kita mampu hadapi segala macam ujian, halangan dari family, belajar clash dengan usrah.. bagi saya, ayat ni bagitau kita yang pengorbanan itu perlu dalam berdakwah, berjalan jauh, keluarkan duit poket, dan pengorbanan itu Allah janjikan ganjaran yang lagi besar di akhirat sana yang kita tak jangkakannya..untuk kita sambut seruan Allah ni, kena kena banyak mujahadah.."

"Bagi saya juga, ayat ni juga dapat membezakan yang mukmin dan yang munafik.. yang terus istiqamah pada jalan ni dan yang gugur dan enggan merasa susah perjuangan..untuk bezakan mana satu qaedah sulbah..
Emm.. nak tambah satu je lagi, saya teringat katakata naqibah saya dulu, jadikan dakwah itu satu keperluan dan bukan kewajipan.. seperti kita memerlukan makan nasi tiaptiap hari, seperti itu juga kita memerlukan pengisian tarbiyah setiap masa..baru kita tak rasa dakwah itu satu beban..hee,betul tak?  ^__^"

"Macam tulah. Tahniah! Alhamdulillah..Satu permulaan yang cukup baik..keep it up.."



 ********************************************************************************
Sungguh, Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.
(Al-Balad 90:4)
 ~ kembara sufi terasa sukar ~
 
Ya Allah, Engkaulah yang paling hampir dengan kami, bimbinglah kami dan perkuatkanlah diri kami. Kurniakanlah kefahaman dalam agamaMu kepada kami. Ya Allah, perkenankanlah.

Mereka yang bermujahadah (yakni berjuang secara bersungguh-sungguh) pada jalan Kami akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan- jalan Kami." (29:69)

Mereka yang bermujahadah untuk mencari ilmu, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan untuk beramal..
Mereka yang bermujahadah dengan bertaubat, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan keikhlasan..
Mereka yang bermujahadah untuk melakukan ketaatan, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan pahala dan ganjaran..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

keep up your effort..
keep it up, don't give up..
even the Rom didn't built within a day..

0 comments:

Post a Comment