Monday, October 11, 2010

~life goals~

~~DuNiaKu HidUpKu~~






Di sebuah kampung nelayan,  ada sebuah pasangan suami isteri, Pak Mat dan Mak Jah hidup bahagia dalam serba sederhana di rumah usang mereka. Si suami, Pak Mat turun ke laut setiap hari, turunnya pagi buta, dan pulangnya kala senja, menjala ikan menaiki sampan untuk menyara kehidupan seharian.

Suatu hari, Pak Tam berbual- bual dengan Pak Mat.
"Mahukah kamu, kita kerja lebih masa sedikit?"
"Buat apa kerja lebih masa? bukahkah itu memenatkan?"
" Ye lah. Tapi dengan itu, kita akan dapat tangkap lebih banyak ikan"
"Buat apa tangkap lebih banyak ikan?"
“Ye lah. dengan itu, boleh kita jual di pasar, dan kita akan dapat lebih banyak wang"
"Buat apa wang yang banyak?"
"Ye la, dengan wang yang banyak itu dapat kita beli perahu yang lagi besar, yang boleh pakai enjin"
“so?”
“dapat la kita tangkap lagi banyak ikan untuk kita jual dipasar untuk kita dapat lagi lagi lagi banyak wang.
dengan duit tu, boleh kita beli kapal yang besar untuk senang kita tangkap ikan yang banyak pada satusatu masa" 
"so?"
"Dapat kita jual di pasar dan dapat banyak duit dan dapat kita beli rumah baru untuk kita suami isteri duduk dan untuk kita hidup lagi senang."
Pak mat berkata: “Kenapa perlu bersusah? Kerana akhirnya aku masih dapat hidup dengan isteriku bersantai di luar rumah, memakan nasi yang sama kita makan dulu setiap hari. Tidakkah itu cukup bahagia? Jika aku menangkap ikan dengan sampan usangku ini juga, pasti aku dapat makan nasi bersama isteriku.”

~ mengapa perlu kita mengejar suatu kenikmatan yang tak pasti, padahal apa yang yang kita dapat hari ini sudah cukup sempurna buat kita. ~

Beginilah hidup tanpa ada matlamat yang jelas. Sentiasa tercari- cari sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita sedia ada tanpa kita tahu tujuan pencarian kita itu. Setiap sesuatu punya tujuan ia dihidupkan dan diadakan walau sekecilkecil kuman pun punya tujuan merosak dan memulihkan..

Dan oleh kerana kehidupan kita bukan kehendak kita, bukan pilihan kita, bukan perancangan kita, tetapi perancangan Tuhan, maka objektif kehidupan kita ditentukan bukan oleh kita sendiri, tetapi ditentukan oleh penciptanya iaitu Tuhan. Tetapi tidak sukar untuk mengetahuinya kerana Tuhan telah meletakkannya di dalam diri kita, tinggal untuk kita mencarinya.

“Barangsiapa akhirat menjadi matlamat dan tujuannya, maka Allah menjadikan semua urusannya lancar, hatinya kaya dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Dan, barangsiapa dunia menjadi tujuan dan tumpuannya, maka Allah mengacaukan semua urusannya, menjadikannya miskin dan dunia datang kepadanya sebatas yang ditakdirkan untuknya.” (riwayat Ibnu Majah)

Kita datang dari Allah. Kita hidup pun untuk beribadah kepada Allah. Kita akan pulang nanti juga kepada Allah

I have nothing to do with this world. The parable of me and this world is like a rider who rests in the shade of a tree, then he passes on and leaves it.'' 
-At-Tirmidhi and Ibn Majah-

0 comments:

Post a Comment