Saturday, October 9, 2010

DuNia iLuSi

The Battle Within


dan seorang lelaki duduk berseorangan, diselubungi kesedihan yang mendalam,
dan kesemua binatang mendekatinya dan berkata: “kami tidak suka melihat kamu dalam kesedihan”
“mintalah apa saja hajat kamu kepada kami, dan kami akan tunaikannya.”
lelaki itu berkata:  “saya mahu penglihatan yang bagus.”
burung ereng membalas: “ambillah penglihatan saya.”
lelaki itu berkata lagi: “saya mahu menjadi kuat.”
harimau berkata: “kamu akan menjadi kuat seperti saya.”
kemuadian lelaki itu berkata:  “saya mahu mengetahui kesemua rahsiarahsia dunia ini.”
ular itu membalas: “saya akan tunjukkan pada kamu.”
dan lelaki itu kemudian pergi bersama binatangbinatang tersebut,
dan apabila lelaki itu mendapat kesemua hajatnya, dia pergi.
kemudian, burung hantu berkata kepada haiwanhaiwan yang lain:
“ sekarang lelaki itu amat berpengetahuan dan berupaya melakukan banyak benda”,
rusa berkata: “lelaki itu mempunyai segala yang diperlukan"
"sekarang kesedihannya akan berhenti.”
tetapi burung hantu tadi membalas: “tidak, saya nampak sebuah lubang dalam lelaki itu”
“lubang itu seperti satu kelaparan yang tidak akan dipenuhi”
“itulah yang membuatkannya sedih dan sentiasa mahukan sesuatu”
“dia akan meneruskan perjalanannya mengambil dan mengambil”sehingga dunia ini akan berkata:
'saya sudah tiada dan tiada apaapa yang boleh saya beri lagi.'

 Inilah ujian kita, bolehkah kita mengatasi nikmat dunia untuk membina jiwa kita dan keamanan dalaman, supaya kita boleh mengecapi Syurga yang kekal abadi?

Dunya bermaksud keduniaan dalam bahasa Arab, dan ia adalah titik buruk dalam Islam. Akhirat bermaksud hidup yang kekal abadi. Dunya adalah ilusi keduniaan ini. ia adalah elemen yang menjauhi manusia dari akhirat. Dan ini adalah permainan syaitan! syatiatn berhasrat untuk menjauhkan manusia dari akhirat. Syaitan bermaksud untuk menjauhkan. Dunia adalah dekat. Dia membuatkan kita rasa yang dunia adalah yang terdekat, bukan akhirat. Islam memberitahu kita yang dunia adalah jauh, salah satu maksud dunya dalam bahasa arab ialah seperti cuba mencapai buah anggur yang sebenarnya tidak akan dapat mengecapi.
kerana inilah sifat semulajadi dunia, kamu tidak akan dapat mengecapinya. ia akan sentiasa mengelak kamu.

Nabi muhammad s.a.w meriwayatkan: 'jikalau anak adam mendapat satu gunung emas, dia hanya akan mahukan yang kedua'

Lihat disekililing anda, apa yang manusia sedang mengejar dalam dunia ini? duit? pangkat? keseronokan? hiburan? kereta idaman? kecantikan diri? Semuanya berasaskan nikmat fizikal.
Inikah yang dunia ini bekalkan?

'jadilah tetamu saya dan kejarlah dunia sejauh mana kamu mahu, kamu kelak akan sedar apa sebenarnya ia.'

*credited to: the arrivals series*

 “Wahai manusia! Sesungguhnya kamu sedang berkerja keras untuk menuju kepada tuhanmu, maka kamu akan menemuiNya”
(Al-Insyiqaq,6)

-ambillah dunia hanya sekadar saja-

YA ALLAH, LINDUNGILAH KAMI DARI SEGALA KEJAHATAN, KEMAKSIATAN DAN GODAAN-GODAAN SYAITAN DI DUNIA INI. YA ALLAH DAN LINDUNGILAH KAMI DARI TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG LALAI DAN RUGI. SEMUGA HIDUP KAMI YANG SEKEJAP INI DIBERKATI OLEH MU YA ALLAH.

0 comments:

Post a Comment