Friday, October 22, 2010

R.A.D.H.A

Relevankah aku??


~Relevankah Aku di Hatimu? a.k.a RADHA~

..5 stars..
 ~sebuah kisah cinta dua sahabat di dalam lingkungan  syariat Islam~

Carl Duke Adam Carl Duke Soufi Akbar vs Nurul Akasyah Othman

Syah:
gadis unik yang terperangkap dalam dunia angan-angannya.

Kaduk:
'si rambut perang' yang budiman bekas ketua pelajar yang terbilang.

Mar Iskandar:
lelaki warak penambat hati sukar didekat

Syah to kaduk:

Carl Duke Adam yang baik,
Hadirmu bagai mentari yang membakar semangat diri.
Mengenalimu adalah satu anugerah yang tiada tandingan.
Berpisah darimu... takkan ada dalam kamus hidupku.
Friendship Forever (^-^)v
Nurul Akasyah yang manis

dua tiga kucing berlari,
manakan sama kaduk seorang..
 
relevankah engkau dihatiku?

Carl Duke Adam, andai kutahu isi hatimu...

Kaduk to Syah:
relevankah aku dihatimu?

"Jadi, siapakah insan istimewa yang bertakhta di hatimu sekarang, Ainul Mardhiahku? Yang kau tunggu
untuk menyunting hati bidadari kecil yang satu ini?"

"Setelah kau sanggup menolak lamaran tidak rasmi dari lelaki sebaik Mohd Ammar Iskandar,
siapakah jejaka yang kau tunggu wahai bidadariku yang manis?"

"Ainul Mardhiahku, sudikah kau menemaniku mengunjungi Baitul Haram - C.D.A"

*************************************************
We come to love not by finding a perfect person, but by
learning to see an imperfect person perfectly."
**************************************************


"Tuhan, terasa lembutnya belaian sayang-Mu bersama kurnia sekalung hidayah. Tapi adakalanya terasa berbahang kemurkaan-Mu seiring patahnya sayap mujahadahku. Tuhan, langkahku bagaikan mati. Mendaki kasih-Mu nan sayup tinggi. Namun cintaku bukan palsu. Biar langkahku kesana sering terganggu. Tuhan, terlerai sudah ribuan taubatku. Terungkai bersama semua janjiku yang dulu. Kataku sering mungkir. Walau ku tahu cinta-Mu tak pernah meminggir. Tuhan, walau apapun aku masih terus di sini. Mengemis di dermaga janji-Mu yang pasti. Di sini aku masih mendamba kasih. Kerna ku yakin kasih-Mu tidak pernah sirna selama-lamanya."

Nurul Akasyah, lelaki yang wara' tidak mahu bermain cinta. Kerana dia tahu apa tujuan perhubungan lelaki dan perempuan... yakni pernikahan. Oleh itu jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu dan kuatkanlah pendirianmu. Andai kata tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinar dan memenuhi jiwamu. Biarlah hanya cinta ibu bapamu yang memberi kehangatan kebahagiaan buat dirimu. Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakanmu. Akasyah, cintailah Allah di kala susah dan senang, kerana engkau akan memperolehi cinta dari insan yang juga mencintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Ilahi. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Ingatanku yang terakhir... biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncangkan dunia dalam mencari keredhaan Ilahi. Demikianlah bisik satu suara yang sangat halus jauh di sudut kalbu.



Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu. Amin Ya Rabb...
@~ @~ @~ @~ @~ @~ @~ @~ @~ @~


islamic book bila lg? insyaAllah bakal.. =)

2 comments:

  1. can i have a husband like kaduk? ^__^ i don't want to be the first, not the second, and never the third, but i want to be the next (fourth), after his love to Allah, Muhammad s.a.w and Islam.. may Allah give the best.. amin

    ReplyDelete
  2. insya ALLAH u can .. ^_^ amin....
    ingat lah pesanan ALLAH
    " Lakilaki yg baik utk pmpuan baik, lakilaki yg jahat untuk pmpuan yg jahat"....

    ReplyDelete