Monday, January 26, 2015

mimpi - realiti




siapa aku? man ana. aku khalifah. aku hamba. aku penolong agama Allah. yang bekerja untuk mengembangkan agama Allah kepada dunia. pada masa yang sama, aku hanya hamba yang hina.

nisful hayata hilman. wa nisfuhal akhar haqiqah. [imam al-ghazali]

separuh kehidupan itu mimpi. dan separuh lagi kehidupan itu kenyataan. 

mimpi hari ini adalah kenyataan hari esok. ia akan jadi kenyataan kalau kita kuakan semangat dan determined untuk mencapai tujuan tu. ia akan jadi mimpi kalau kita hanya ikut hawa nafsu dan bisikan syaitan. kalau kita betulbetul nakkan syurga, tapi kita tak ajak diri untuk bersungguh-sungguh bekerja kearah tu, mana nak dapat.takkan dapat dan ia akan jadi mimpi. 

imam hasan al banna ade kata, kita dalam dakwah ni perlukan jiwa yang hidup, kuat dan kukuh, hati yang baru dan bergelojak, perasaan sentimen yang menyala-nyala, ruh yang terus bergerak dinamis, hati sensitif yang merasakan keindahan dan keburukan, keinginan yang kuat dan bersamasama kebenaran, yang menolong kebaikan dan kebenaran, dan punya kebiasaan yang baik serta keinginan yang benar.

seperti pula Umar Abdul Aziz, yang sentiasa menginginkan lebih dan lebih, tidak pernah puas pada apa yang beliau ada. 'Aku memiliki jiwa yang sentiasa obsesif, yang sentiasa menginginkan sesuatu. ketika sudah capai yang aku harapkan, jiwaku menginginkan yang lebih tinggi dari itu. aku telah sampai ke khalifah, dan kini jiwaku menginginkan syurga.'

sungguh, tiada rehat bagi seorang mukmin kecuali di syurga. semalam adalah mimpi, dan ayuh, jadikan imipi hari ini kenyataan untuk hari esok.

nahnu ar ruhul jadid, fi jasadil ummah.

kami ruh baru dalam jasad ummah.


jika ruh yang lemau, manakan dapat berkobar-kobar memeluk jasad ummah. menjadi agen perubah,

macam mana islam boleh hebat? dengan adanya pemuda yang berjiwa tough, yang hatinya hidup dengan cahaya Allah.yang tubuh badannya hidup dengan saliran darah yang menginginkan syahid.

macam dalam surah as-saff, time nabi Isa tanya pada pengikutnya, iaitu hawariyyun, "siapakah yang akan menjadi penolongku untuk menegakkan agama Allah ?" [ali imran:52]

diorang dengan direct dan lantangnya menjawab, "Kami adalah penolong-penolong agama Allah." [ali imran:53]

Allahuakhbar.
Read More

Friday, January 23, 2015

al-ahzab: rongga hati






"Dan Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya..." [al-ahzab:4]


jantung dalam bahasa melayu, heart dalam english.

adakah qalb wujud dalam sistem badan kita?

“Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”

dalam sistem badan kita, ada satu organ ni, nama dia jantung. dia adelah organ yang paaling penting sekali, tanpa jantung berdegup selama 3-4 minit, kita boleh innalillah.  seketul daging seperti yang disebut dalam hadis tu adalah jantung, iaitu organ berongga yang berfungi mengepam darah melalui saluran darah. 'qalb' dalam ayat ini juga merujuk kepada jantung. qalb yang sama juga maksudnya waktu jantung Rasulullah s.a.w dibedah oleh malaikat Jibril waktu baginda masih kecil.

tiada dua hati dalam satu rongga.

kita just ada satu hati. kalau kita ada dua hati, nanti fikiran kita tak tentu hala. tak tahu mana satu nak ikut. dalam satu hati tu, tak boleh bercampur baik dan jahat.iman dan kufur tak boleh bercampur. jadinya, dalam diri seorang yang beriman, sentiasa ada Allah. dan tak boleh ada yang lain. kat sini wujudnya penegasan yang Allah itu maha Esa. tiada sesuatu yang sama denganNya, dan tiada sesuatu yang boleh berdiri bersamaNya. 

ayat ni jugak tekankan perlunya kecenderungan kepada satu hala sahaja. supaya hati kita lebih mudah berfokus.  seorang mukmin yang dalam hatinya ada Allah, akan selalu fokuskan hidup dia untuk Allah. segala unsur-unsur dalam hidup dia diambil dari Al-Quran dan Sunnah. hati yang satu ni akan membentuk fikiran dan akhlak seseorang. kalau baik hati ni, maka baiklah seluruh kehidupan dia. 

tidak ada dua rongga dalam hatinya dimana dia kafir dan beriman pada masa yang sama, atau dia ikhlas dan riak pada masa yang sama, atau dia beramal dengan Islam pada masa yang sama dia beramal juga dengan Jahiliyah.

dalam surah Al-Ahzab, Allah menceritakan tentang Perang Badar, Perang Ahzab, perang bani quraizah, tentang kedudukan orang munafik dan orang yahudi. semua tu peristiwa-peristiwa besar yang dilalui umat islam. namun, disebalik benda-benda besar, Allah mengaitkan kejadian-kejadian ini dengan satu titik asal iaitu akidah, dan menyerah diri kepada ketentuan Allah.

pada awal surah, Allah suruh Rasulullah untuk bertaqwa pada Allah dan tidak terikut-ikut dengan hawa nafsu dan pengaruh orang-orang kafir dan munafik. sebaliknya, Allah suruh Rasulullah untuk mengikut perintah Allah, sebagaimana dalam Al- Quran, dan bertawakkal kepada Allah. Arahan Allah sangat obvious dan jelas. sama jugak lah dalam apa-apa situasi yang kita hadapi, kita perlu berbalik pada Allah. menyerah dan bertawakkal kepada Allah.

manusia tidak mungkin mencenderungkan dirinya lebih kepada satu kecenderungan.tak mungkin untuk dia mengikuti lebih dari satu manhaj.

zihar. anak angkat. dan syariat selepas tu yang Allah arahkan, merupakan satu penetapan. iaitu sistem yang berasaskan manhaj Islam dan hukum Allah.pengarahan agar ia menetap dalam hati.

wallahua'lam.

Read More

Thursday, January 15, 2015

Summary of 40 Hadith v.01


hadis arbain adalah compilation of 42 hadis oleh imam nawawi. al- nawawi sangat terkenal dengan ilmunya, dan sifat zuhudnya.

hadis-hadis ni cover beberapa aspek macam akidah, syariah, muamalah, dan akhlak. bagi kita yang tak tercover nak belajar hadis-hadis yang sangat banyak tu, at least kita boleh cuba belajar hadis arbain. awal-awal hadis bertemakan asas-asas islam.asas-asas ini dapat membantu kita mendevelopkan peribadi muslim dlm diri, dan membantu kita untuk mudah mencelupkan jasad dan ruh kita kedalam islam sepenuhnya.


HADIS 1: niat dan hijrah.
  • faham apa yang kita buat ni kerana Allah. bila relate dengan surah an-naas, banyak sangat musuh-musuh ikhlas. antaranya ujub, riak, takabbur dan sum'ah. 
  • umar r.a meriwayatkan hadis ni. umar berubah dari jahil kepada islam. umar yang lagi banyak jahiliyah, yang dah pernah bunuh anak perempuan dia, tapi jadi sangat hebat. jadi, kenapa kita tak boleh? err.
  • hijrah, maksudnya transformation dari kurang baik kepada yang lebih baik. tambah-tambah bila disertakan dengan ikhlas, hijrah tu jadi lebih osem. bila kita niat kerana Allah, kita takkan fikir pasal orang lain dah. orang lain nampak kita pelik, tapi kita tahu benda tu tak salah pun. 
  • ikhlas: kita tak nak nampak effect dia, tapi ia melatih kita untuk istiqamah dan terus bersungguh-sungguh.
  • ada sorang pakcik ni, dia dari shah alam. dia naik ktm nak pegi daurah kat serdang. on the way kat kl sentral, dia patah balik naik tren pegi shah alam. kawan-kawan tanye kenapa, and dia jawab, sebab lupa nak niat tadi. eheh. kan bagus kalau kita jaga niat macam ni, setiap kali kita nak buat something. dan, jangan lupa bismillah. (:
  • aplikasi-berubah. jadi lebih baik dan kena cari support yang terbaik. baik dengan rumet dan hidupkan bilik tu dengan suasana yang baik.

HADIS 2:  deen dan islam

  • perlu jadi baik dalam diri. serapkan islam yang sebenar dalam hati. 
  • hadis ni tunjuk kat kita adab-adab nak belajar. Jibril datang kat rasulullah. maksudnya student yang datang kat cikgu. bawa quran, notes pegi belajar. lutut bertemu lutut. macam dalam usrah. siap siku bertemu siku lagi. kan beza, kalau kita belajar dalam study group compared to kalau belajar dalam lecture hall. kalau belajar dalam bulatan macam usrah, terus masuk dalam hati. zuuupp. (:
  • islam: syahadah, solat, zakat, puasa, haji.
  • iman: Allah, malaikat, kitab, rasul, hari akhirat, qada' dan qadar.
  • ihsan: beribadah seolah-olah Allah melihat.
  • kalau kita belajar deen, kita akan belajar islam, iman dan ikhsan. kalau kita belajar pendidikan islam, kita akan belajar tajwid, fiqh, batas-batas aurat dan sebagainya. sangat limited. tapi sebenarnya, islam bukan macam tu. islam adalah cara hidup. bagaimana untuk kita apply islam as way of life. syumul. 
  • bila kita faham islam, kita akan faham ibadah/fiqh. bila kita faham iman, kita akan faham akidah/usuluddin. bila kita faham ihsan, kita akan faham akhlak/adab/tasawwuf. tapi kalau kita nak belajar semua tu, kita takleh pegi usrah je. kita kena pegi wasilah lain jugak. 
  • kat sini pentingnya wasilah tarbiyah. wasilah tarbiyah adalah beberapa cara untuk kita memantapkan peribadi muslim kita yang 10 tu (muwasofat tarbiyah). antara wasilah yang ada ialah; usrah, daurah, mukhayyam, nadwah, muktamar, katibah, jaulah dan rehlah. semua wasilah ni mengembangkan akal, hati dan jasad kita dengan balance.

HADIS 3: lima rukun islam.
  • tegakkan islam dalam masyarakat. analoginya macam nak bina rumah. islam mestilah syumul. cover semua aspek. ekonomi, sosial, undang2, pendidikan, etc. 
  • kalau nak bina rumah, kena ada asas-asas ataupun cerucuk. cerucuk tu adalah rukun iman. untuk menstabilkan rumah islam kita, kita kena lahirkan banyak lagi cerucuk-cerucuk tu, dengan ramaikan lagi orang yang faham. iman adalah foundation.
  • jadi, kita takleh baik sorang-sorang. kita kena baikbaik dengan masyarakat, dan ajak diorang jadi cerucuk. barulah islam akan cemerlang, gemilang dan terbilang. (:
  • waktu zaman rasulullah, bila dah sampai madinah, rasulullah bina masjid. kenapa? sebab nak bina peradaban manusia. masjid jadi indicator kepada kekuatan orang islam. sama lah macam sekarang, masjid sepatutnya bukan je untuk solat dan ceramah, tapi dia jadi tempat perkembangan tamadun.

 HADIS 4: hadis ni cerita tentang penciptaan manusia.
  • tentang pembinaan manusia. 
  • macam mana manusia yang dari lemah kepada kuat. 
  • pembinaan manusia dari sehina air mani, jadi makhluk Allah yang hebat, yang Allah amanahkan jadi abd dan khalifah kt bumi, yang mana gunung ganang runtuh sebab sangat berat amanah tu, tapi manusia lalai dalam menjalankan amanah tu.
  •  ada juga terselit hubungan antara lelaki dan perempuan. perlulah dalam batas-batas yang Allah provide. ahha. sesuai sangat hadis ni untuk siapa-siapa yang kapel. 
  • dalam hadis ni jugak kita belajar tentang hijrah. iaitu satu proses perubahan yang berperingkat. macam penciptaan manusia. takleh secara mendadak. nanti tersedak. haha. 
  • perubahan secara total perlukan pembentukan jasad dan roh, dari segi perasaan, hati dan jiwa kita. untuk kita serapkan AlQuran dalam jiwa biar sebati. untuk jasad, kita bentuk dengan amal, dengan solat dsbg. 
  • hari ke 120-roh ditiup. dan yang akhirnya. tentang takdir. syurga dan neraka. 
  • Allah tahu sebelum, semasa, dan selepas sesuatu. Allah tahu segala perjalanan hidup dan perjalanan hati seseorang. sangat beza amalan ahli syurga dan ahli neraka. 
  • Allah tahu kita akan lalu jalan yang mana. kita takleh rasa yang kita dah cukup baik. kita kena sentiasa dan selalu improve diri kita. dan kita kena mohon pada Allah agar Allah tunjukkan kita jalan yang lurus. konsep sunnatullah: kalau kita berusaha, kita akan dapat.

HADIS 5: perbuatan mungkar dan bidaaah adalah bathil.
  •  apa sunnah nabi? mula tangan kanan. ya. bersugi. ya. simpan janggut. ya.
  • tapi tau tak sunnah terbesar dari Rasulullah? dakwah! ya. ittiba' rasul.
  • jadi kita kena jadi orang yang contribute pada sunnah terbesar ni. nak buat apa-apa pun, first check balik, back to islam, check sumber. Allah dan Rasul dah bagi cukup untuk kita. takyah nak cari benda lain.
  • sebab sekarang, banyak yang buat ikut barat. 
  • usul 20
  • dalam hidup kita setiap hari, kita kena make sure apa yang kita buat ni kena dengan syariat islam.
  • kadang-kadang kita selalu buat benda2 lagha kan, so kita kena remind balik diri, dan cuba tinggalkan.

HADIS 6: halal dan haram
  • ada dua point: halal haram, dan hati.
  • halal haram tu daripada hati.hati yang decide kita nak makan/buat yang halal ke haram.  kalau syubhah, hati jugak yang decide. nak buat ke tak.
  • begitu lah. kalau rosak hati kita, maka rosak la semua anggota badan.
  • hati adalah neraca iman. apa-apa perubahan dalam hati kita akan effect iman. yazid au yanqus.
  • orang yang menjaga agama, dia akan menjaga syubhah, bila jumpa perkara syubhah, dia akan berhati-hati.
  • apa-apa yang syubhah, kita tinggalkan. sebab kita taknak tambah dosa, dan kita nak Allah selalu redha. 
  • sangat penting untuk kita konsisten. kat sini kita nak tekankan bab mutabaah amal. so that hati kita akan lebih sensitif dengan benda-benda macam tu. 

HADIS 7: nasihat
  • nasihat ni macam kita nak baiki baju yang koyak.  kita nak tampung kekurangan. 
  • dari akhlak yang tak baik, akan jadi lebih baik dan lebih baik. 
  • pembaikan. 
  • nasihat untuk Allah. nasihat untuk rasulullah. nasihat untuk pemimpin.nasihat untuk orang awam.
  • macam mana tu? dnegan memenuhi Allah. iaitu dengan mengikuti Quran. dengan mengakui keesaanNya. beribadah kepada Allah. dan mendekatkan diri kepadaNya.
  • nasihat kepada kitabullah. iaitu dengan tidak meremeh-remehkan kandungan Al quran. menjaga, mentadabburnya, menghafalnya. dan bersungguh-sungguh mengamalkannya.
  • nasihat kepada Rasulullah. dnegan beriman. dan mencintai. dan mengikuti baginda.mendahului Rasulullah lebih dari diri kita.
  • nasihat untuk pemimpin. pemimpin adalah orang yang Allah dan Rasul berikan hak kepadanya. berat kan? dan kita, kena mengikuti, mentaati pemimpin dalam hal hal kebaikan. menginggalkan segala arahan dia yang membawa kepada kemungkaran.dan jugak, kita yang kena ingatkan diorang kalau ada apa-apa yang diorang salah. membantu mereka untuk sentiasa berada di atas jalan kebenaran.
  • nasihat untuk orang awam. dengan bermesra, senyum. menyebar salam dan kebaikan. jadi qudwah terbaik. berukhwah kerana Allah. kerana kita sangat sayang pada mereka, lalu kita sangat menginginkan mereka dalam kebaikan. orang lain ada hak untuk meminta nasihat dari kita. jadi, kita kena tunaikan.

HADIS 8: jihad.
  • jihad=perang ke?
  • sampai mana kita kena jihad?
  • perang sampai tiada lagi fitnah kat muka bumi ni. sampai semua orang dah dapat risalah islam tu. dia nak ikut atau tak terpulanglah.sungguh, hidayah tu milik Allah.
  • perlunya kita berjihad untuk tegakkan kalimah Allah. macam apa yang Rasulullah dan para sahabat buat dulu-dulu.
  • bagi kita, kita boleh start berjihad dengan baibai jahiliyah. Dan lepas tu, kita mengajak org lain berbuat kebaikan. Dan lepas tu, kite kena jadi qudwah yang baik. Susah tak semua tu? Sangatt.

HADIS 9: ambil yang mudah, tinggalkan yang sukar.
  • hak hak muslim. untuk siapa-siapa yang melanggar arahan Allah, ada hukumannya.
  • buat apa yang Allah dan Rasulullah buat. 
  • Allah suruh apa yang kita mampu. sebab Allah tahu yang kita boleh.
  • cuma apa yang perlu kita buat bila kita rasa benda tu sangat berat? mujahadah. Kuatkan semangat. Makin beriman seseorang, makin berat dia diuji.
  • tunjukkan rasa taat pada Allah dan Rasul dengan buat sehabis baik. pulun habis-habis.
  • kita perlu faham apa yang kita buat, dan tsiqah pada Allah, pada Rasul dan pada diri sendiri.

HADIS 10: doa. 
  • kita kena taat pada Allah, rasul dan pemimpin.
  • doa perlu diiringi dengan tawakkal.
  • syarat diterima doa kita: makanan halal, pakaian, bersih, amal ibadah kita buat. Allah itu baik. dan Dia hanya terima yang baik sahaja. maksiat-maksiat dan makanan haram akan jadi barrier antara kita dan Allah, dan mungkin menyebabkan doa kita terhalang.
  • usaha, doa, tawakkal. perlunya pergantungan pada Allah.
  • Kalau kita buat apa yang Allah nak kita buat, gerenti, hidup kota terjamin. Dan moga-moga Allah limpahkan keberkatan dunia dan akhirat.


Read More

Summary of Juz Amma v.01



Alhamdulillah. Allah is the Greatest. Who create everything in this world. Who own everything here. Dan Allah cuma meminjamkan apa yang kita ada ni, untuk memudahkan kita beramal dan beribadah kepadaNya, supaya kelak, kita kembali padaNya.

insyaAllah, dalam satu majlis ilmu, adanya sakinah, rahmah dan kehadiran malaikat yang memayungi para pencinta ilmu. nama mereka disebutsebut oleh Allah dan penghuni langit. 

bila someone diketuk hatinya dengan hidayah, segalanya berubah. akidahnya makin suci. imannya makin jelas. hala tujunya berubah dari jahiliah kepada menuju Allah. peribadinya berubah. auratnya kini makin dicover sempurna. namun, sampai mana perubahan ni boleh berlaku? mungkinkah terberhenti di tengah jalan? dek kerana banyak sangat anasir-anasir jahat dan bukanbukan datang dari pelbagai arah. nafsu dan bisikan syaitan akan kembali menghimpit. bagaimana untuk dia mampu terus konsisten dan isiqamah untuk sentiasa dalam landasan yang betul menuju pada Allah? 

juzu' amma.

sumayyah. bilal. abu bakar. antara yang paling awal masuk islam. bila hati dipenuhi cahaya Allah, musuh-musuh agama Allah datang menghasut dan memberi amaran. ujian dan siksaan datang bertimpa-timpa. tapi mereka tegar. tegar kepada Allah. Allahuakhbar. hanya Muhammad dan wahyu yang disampaikan baginda menjadi kekuatan. 

juzu' amma tekankan bab aqidah. sebab mostly surahs dalam juzuk amma semuanya ayatayat makiyyah. diturunkan semasa fasa mekah. dari saat kerasulan Rasulullah sampai la ke sebelum hijrah. hanya akidah akidah akidah. belum ada solat. puasa. zakat. haji. belum ada arahan-arahan dari Allah pasal syariat. kerana menepati situasi sahabat masa tu, yang perlukan kekuatan aqidah untuk terus istiqamah untuk Islam. 

begitulah keperluan kita, untuk terus berusaha untuk istiqamah dalam berbuat perubahan ke arah yang lebih baik. 

ciri khas surah makiyyah ni antaranya, surah dia pendek-pendek, dan menyentuh. mostly ayat yang ceritakan tentang keagungan Allah.dan akhirat. syurga dan neraka. 

eh. dah sampai summary. here is the summary of few early surahs of juz amma.

AN-NAAS: motivasi dalaman untuk berubah tinggalkan jahiliyah. surah ni cerita tentang hakikat penciptaan manusia, dan hakikat kebesaran Allah. Allah itu Rabb, Malik dan Ilah manusia. Rabb: yang mencipta, yang memberi rezeki, yang memiliki; Malik: raja, perintah, hakim ; Ilah: yang berhak disembah, yang mencipta, matlamat kepada segala sesuatu. surah ni guide kita macam mana nak jaga hati. tentang pentingnya tarbiyah dalaman. manusia ada hati (zikrullah), jasad (burger), akal (sains dan matematik). antara tiga ni, hati yang paling penting. sungguh, kita hamba yang sangat lemah. tak mampu nak buat apa-apa. jadi, kita kena minta pertolongan dari Allah. minta Allah beri kekuatan. dan surah ni ajar kita untuk kenal musuh-musuh yang menghalang kita berubah. sifat was-was, bisikan syaitan dan nafsu. minta kekuatan pada Allah untuk mujahadah dan berubah.

AL-FALAQ: motivasi luaran untuk berubah tinggalkan jahiliyah. surah ni guide kita untuk memohon pertolongan Allah daripada semua kejahatan makhluk Allah. dan sebab Allah yang mencipta makluk-maklukNya termasuk iblis dan segala sumber kejahatan tu. sangat-sangat perlu kita bergantung harap pada Allah. dari kejahatan malam. dari sihir dan dari hasad dengki. 

AL-IKHLAS: mentauhidkan Allah supaya ikhlas untuk berubah. kita kena yakin pada Allah. kita perlu memotivasikan diri untuk sentiasa ikhlas dalam setiap amalan, hasil dari iman yang mantap kepada Allah. kita kena meyakini sifat-sifat Allah yang hebat. Ahad. tiada sesuatu yang sama dengan Allah. Allah Rabb, Malik, dan ilah. bila kita tahu yang Allah lah yang memilik segala kerajaan, Allah saja yang layak dicinta, Allah yang memberi rezeki, hanya Allah tempat bergantung, so kita rasa apa-apa yang kita buat ni semua kerana Allah. kita akan berserah bulat-bulat pada Allah.dan kita akan tahu, segala benda lain semua tak kekal. so takyah kejar benda yang tak kekal, dan hanya kejar redha Allah. keypoint: set niat, jangan takut selain Allah, dan terus istiqamah untuk berubah.

AL-MASAD: dalam proses nak berubah, mungkin akan ada halangan dari orang tersayang. kawan-kawan. bila kita dah berubah, mesti kawan-kawan perasan. pakai dah lain. dah pakai stokin. bila kawan ajak g tengok movie, kita taknak. ah. sangat alien. parents, bila kita nak pegi program baikbaik tapi diorang tak bagi.  dan macam-macam lagi. kisah ni pasal Abu Lahab yang kelak jadi tali serabut, jadi bahan bakar kat neraka. Abu Lahab orang yang fisrt tolak dakwah nabi masa rasulullah kat bukit safa. before nabi diangkat jadi Rasulullah, dialah yang paling sayang kat Rasulullah.waktu tu, masyarakat mekah ada non-muslim dan muslim. non muslim pulak ada yang taknak betulbetul, ada yang 50-50, ada yang nak tapi segan. jadi, muslim kena jadi macam panadol untuk absorb diorang untuk dekat dengan kita.

AN-NASR: tapi janji Allah ialah-kemenangan untuk orang yang bermuhasabah dan berjaya atasi halangan untuk berubah. yeay! . xpe, orang baikbaik Allah akan tolong. surah ni lagi menambah kekuatan untuk kita sebab kita tahu apa yang kita buat sekarang ni, segala penat lelah, nanges-nanges sebab clash dengan pakwe ke ape ke, semua ada ganjaran dari Allah. semangat semangat ! (: surah ni pasal pertolongan Allah. masa tu, Rasulullah berjaya balik kampung halaman yang baginda rindu-rindukan. masa tu, orang islam dah ramai. segala pengorbanan Rasulullah dah terbalas. jadi, kita kena jadi orang yang benar-benar amalkan islam, barulah islam boleh menang. kemenangan kecil bagi kita ialah bila kita dah berjaya mujahadah nafsu.

AL-KAFIRUN: bila kita berjaya berubah sikit demi sedikit, lepas tu kita kena jauhi jahiliyah, dan kena bezakan antara jahiliyah dan islam.sayonara jahiliyah. sangat beza yang kufur dengan yang beriman. gantikan jahiliah dengan islam. kita perlu sentiasa merasakan kita dalam keadaan berdosa.surah ni warn orang yang berubah untuk betulbetul pisahkan jahiliah dari islam. kita takleh nak negotiate dengan kafirun. takde kompromi. kalau ade benda kemungkaran ke, kita rejek terus. dan bila kita nak nego dengan diri sendiri, kita kena tegas. bila kita konfius nak baca buku novel ke nak baca majalah jom, pastu tak tau nak pilih mana?  ha. pandai-pandailah.

AL-KAUTHAR: kita perlu bersyukur sebab Allah memilih kita untuk menerima hidayah Allah. jadi kita perlu guna nikmat mata, telinga untuk islam. Allah dah beri banyak sangat nikmat kat kita, jadi kita kena banyakbanyak bersyukur pada Allah supaya kita dapat istiqamah untuk berubah. kita juga kena sedar akan ada tanggungjawab berat yang menanti lepas ni. surah ni cerita pasal quraisy ejek rasulullah. anak-anak Rasulullah ada yang dah meninggal, dan kaum quraisy pulak mengejek-ejek rasulullah, kata yang rasulullah dah takde waris. tujuan diorang untuk putuskan dakwah. tapi Allah dah bagi nikmat yang sangat banyak. ada nikmat islam. pengikut dakwah dah makin hari makin banyak. ada yang mewarisi perjuangan islam sampai ke hari ni. Islam akan sentiasa ada pembela., tapi bagaimana dengan pengorbanan dan sumbangan kita untuk islam?

AL-MAUN: kita perlu tunjuk quwah yang baik kepada orang sekeliling, dan juga pada orang yang kita nak santuni nanti. jangan jadi macam orang yang dustakan agama. time dakwah lain, time tak dakwah lain. iman yang baik akan terpancar melalui akhlak dan perwatakan. orang yang mendustakan agama termasuklah diorang yang tak membantu anak yatim, orang miskin, orang yang lalai dalam solat, dan orang yang suka menunjuk. orang yatim dan orang miskin ni analoginya macam orang yang tak ada tarbiyah. mereka sangat memerlukan. Allah mencela kalau orang yang ada ilmu tapi dia tak beri.  sebab dia tak berdakwah. Allah mencela kalau dia baik, tapi bila solat dia lalai, dan dia tak bagi bantuan ruhi dan material kepada yang perlukan.

QURAISY: segala nikmat dan keistimewaan yang Allah bagi pada kita, kita kena guna dengan sebaiknya untuk jalan Allah dan untuk menjayakan dakwah. dalam surah ni, Allah dah beri banyak nikmat pada quraisy tapi diorang still sombong dan tak nak sembah Allah.










Read More

Wednesday, January 14, 2015

expansion v.02 [ahamiyyatul tarbiyah]





fatamannau. make a wish. 


In one of the houses of Madinah, ‘Umar ibn Al-Khattab, may Allaah be pleased with him, was sitting with a group of his companions. He asked them: “Make a wish”, one of them said, “I wish to have as much gold as would fill this whole house, so that I could spend it in Jihaad”; then again ‘Umar asked: “Make a wish”, another man said, “I wished that this house was full of jewels and pearls so that I could spend it all in Jihaad and charity for the sake of Allaah”; ‘Umar asked for the third time: “Make a wish”, his companions said: “We don’t know what to say, O leader of the believers”; Thereupon ‘Umar said, “I wish that this house was full of men like Abu ‘Ubaydah Ibn Al-Jarraah, Mu’aadh bin Jabal and Saalim who works for Abu Hudhayfah in order to use them to  spread the word of Allaah”

inspired.

ahamiyyatul tarbiyah.

start dari pertemuan Rasulullah dan para sahabat di rumah al-arqam bin al-arqam, segalanya bermula. perkembangan dakwah merata dan merebak. pembentukan peribadi super awesome makin menjadi. where rasulullah as the murabbi. abu bakar, ali, bilal and others as mutarabbi, quran and sunnah as the manhaj, the way of life, petunjuk dan panduan dalam kehidupan.

ketaatan mus'ab bin umair taat pada rasulullah bila dia diperintahkan untuk berdakwah di madinah.  ketaatan Ali saat dia mengganti baginda di tempat tidur. keyakinan tidak berbelah bagi Abu Bakar saat orang lain tak percaya pada Rasulullah masa isra' mikraj. ketaatan Khalid al-walid ila dia diturunkan jawatan dari panglima menjadi tentera biasa. Subhanallah. itulah bukti keberhasilan tarbiyah dari Rasulullah.

di fasa mekah, fasa awal-awal proses tarbiyah, banyak stress on pasal akidah dan iman. para sahabat dididik dengan kedekatan hubungan pada Allah. mengenali hakikat kebesaran Allah sebagai pencipta, serta belajar hakikat manusia, sifatnya yang lemah dan penciptaan manusia yang hina. bila diturunkan wahyu dari Allah kepada Rasulullah melalui Jibril, Rasulullah pula mengajarkan mereka satu-persatu isi yang terdapat dalam wahyu tersebut.

lalu, proses itu melahirkan akhlak yang indah dan membuahkan iman yang mantap, amal yang melahirkan pemimpin dan pejuang yang sampai sanggup berjuang dan berkorban nyawa untuk Allah dan Rasul, walaupun mungkin hanya sekejap saja mereka ditarbiyah.

sama ceritanya macam hasan al banna dan mad'u nya. saat krisis palestin bergolak. waktu tu, mereka baru beberapa hari atau minggu menerima tarbiyah, mengenal jalan dakwah, namun, sudah diajak dan sudi keluar berjihad di medan aqsa. disebabkan keimanan yang meresap dalam sanubari.

tarbiyah islamiyah yang dibawa oleh Rasulullah adalah untuk membentuk manusia. dan mengeluarkan manusia dari jahiliah kepada Allah. membebaskan manusia dari sistem perhambaan kepada manusia kepada hamba pada Allah.

ummat jahiliah. jahil maksudnya tak tahu. yang gelap dari hidayah Allah. sebelum rasulullah dinobatkan sebagai pesuruh Allah, mereka dalam kesesatan yang nyata. mereka mempromote sistem perhambaan kepada hukum manusia. mereka tunduk pada nafsu. seems familiar? ya. itulah yang berlaku sekarang.

hari ini juga begitu. ummah yang jahil. makin menjauh dari Allah. maksiat berleluasa. sistem keluarga hancur. sistem pendidikan hancur. ummah macam I kecik. Islam hanya pada nama. bukan i kecik, bukan yang melaksanakan islam. ummah sekarang tidak merasa keperluan hidayah Allah. lantas mereka tenggelam dalam kehinaan. tidak tahu mana hak mana bathil. mereka tidak tahu yang ummah Rasulullah adalah umat yang mulia di sisi Allah. mereka menjadi lemah dek ikutkan hawa nafsu. lemah sebab pada dirinya tidak berguna kepada orang lain, dan mungkin hanya menjadi lebihan dunia.

solusi:  ummah sangat membutuhkan tarbiyah.tarbiyah adalah penyelamat.

sebagaimana yang dilalui para sahabat. turunnya wahyu Allah dan diutuskan rasul dalam kalangan masyarakat pada masa tu untuk setelkan masalah jahiliah dan menyelamatkan mereka dari lembah kekufuran. bagaimana berlakunya perubahan tu? melalui tarbiyah. ya. tarbiyah through membacakan, menyucikan diri dan mengajarkan mereka kitab dan hikmah. tarbiyah menjadi benteng dari karat-karat jahiliah dan habuk-habuk maksiat yang mungkin melekat pada kita.  tarbiyah melahirkan peningkatan. expansion. dan ia bermula dari individu, macam dalam marhalah dakwah ni. apa-apa perkara yang melambatkan pembinaan individu muslim akan melambatkan gerak menuju cita-cita yang lagi besar.

individu muslim. baitul muslim. masyarakat muslim. kerajaan muslim. negara muslim. empayar muslim. ustazatul alam.

tarbiyah melahirkan: pengetahuan, kemuliaan, kesatuan dan kekuatan.

tarbiyah islamiyah perlu: continuous (mustamiroh), membentuk sahsiah islam dan bukan hanya ilmu (takwin), berobjektif (mutadarrijah), dan menyeluruh (kaffah)

tarbiyah sangat penting dalam memacu ummah kearah 'khairu ummah' sebagaimana dalam firmanNya,

You are the best nation produced [as an example] for mankind. You enjoin what is right and forbid what is wrong and believe in Allah . If only the People of the Scripture had believed, it would have been better for them. Among them are believers, but most of them are defiantly disobedient. [ali-imran:110]

 tegakkan islam dihatimu. nescaya islam akan tertegak di muka bumi. [Mustafa Masyur]






Read More

expansion v.01





pengembangan.

tarbiyah.
Certainly did Allah confer [great] favor upon the believers when He sent among them a Messenger from themselves, reciting to them His verses and purifying them and teaching them the Book and wisdom, although they had been before in manifest error.  [ali-imran:164]

tarbiyah dalam bahasa maksudnya pelihara, ambil berat, perbaiki dan merawat. dari istilahnya bermakna penambahan dan perkembangan. macam seorang ibu menjaga anak ibarat menatang minyak yang penuh. melatih anakanak dari kecil sampai ke besar.memberi sepenuh perhatian kepda keperluan anakanak dan akhirnya, menyaksikan perkembangan anak tu mengikut apa yang diingini.

roba-yarbu: tumbuh berkembang.
robiya-yarba: tumbuh naturally.
robba-yarubbu: memperbaiki, meningkatkan.

begitulah tarbiyah.

hakikat jiwa manusia ada dua: pertama ialah ia sering terdorong untuk berbuat dosa. dan kedua, ia ada potensi untuk mengenal pencipta, dan terbuka untuk menerima hidayah Allah. tarbiyah cover: akal, jasad dan ruh. tarbiyah cover both external dan internal. tarbiyah menginginkan perkembangan yang cukup. perkembangan itu perlulah syumul yang cover semua aspek. berkembang hati, amalan dan akhlak. sempurna. definitely, peningkatan yang sebegitu memerlukan sumber yang sangat pure dan sempurna. iaitu Al-Quran dan As-sunnah.

bila seseorang disuap dengan ilmu sampai membengkakkan kepala, ia perlu ditransform dan dihadap kepada bentuk amal. sungguh, teori saja tak menghasilkan apaapa. tarbiyah ingin melahirkan insan yang bergerak. dari membentuk diri sendiri kepada membentuk orang lain.

so, tarbiyah ada tiga. Tarbiyah Dzatiyah. membentuk diri sendiri. dan memastikan berjalannya pembentukan ruh. perlunya menjaga diri sendiri didahulukan daripada menjaga orang lain. dan juga kerana perhitungan amalan kelak sorang-sorang.

output dari tarbiyah yang berkesan ialah peribadi yang:

Aqidah yang sejahtera. Ibadah yang sahih. Akhlak yang mantap. Mampu berusaha. Berpengetahuan luas. Menjaga waktu. Kuat tubuh badan. Mampu melawan nafsu. Tersusun dalam urusan. Berguna untuk orang lain.

Tarbiyah Fardhiah. iaitu membentuk orang lain. individu kepada individu. dakwah ilallah. dan memastikan adanya penerusan chain dakwah. bila someone faham perlunya untuk menyampaikan kesaksian al-haq (syahadatul haq) kepada orang lain, dan memahami keperluan urgent dakwah fardhiah kepada masyarakat yang terkapaikapai dalam suasana jahiliyah ni. lalu perlunya seseorang yang berkeperibadian untuk keluar dari kepompong hidup baik sendirisendiri menuju masyarakat. untuk menjadi pewaris nabi. menyampaikan wahyu yang sama. pertama, dengan membina hubungan. kedua, membangkitkan keimanan dalam jiwa. dengan mengajak memikirkan hakikat keagungan Allah. dan hakikat penciptaan manusia. yang ketiga, dengan membentuk keperibadian dan membiasakan kebaikan. keempat pula, menjelaskan islamuna. islam yang syumul, mutakamil. kelima, mengenal asas islam. dan juga asas dakwah. melihat realiti manusia. keenam, membangkitkan kesedaran. basically, pembentukan individu perlukan taarif (pengenalan), takwin(pembentukan) dan tanfiz(pelaksanaan).

dan Tarbiyah Jamaiyah. iaitu berada dalam sistem untuk bekerja dalam barisan tersusun dan terancang. pelaksaan tarbiyah secara berobjektif.


tarbiyah memerlukan penerusan. yakni penerusan pembinaan individu soleh untuk menyelesaikan masalah ummah yang timbul macam cendawan. dalam gerabak dakwah yang meluncur laju, ada jiwa pemuda-pemuda yang suci dan ikhlas. moga kelak kita terlindung dari kebinasaan. amin.

tarbiyah bukan segalagalanya. namun, segalagalanya bermula dengan tarbiyah.




Read More

kehidupan





Assalamualaikum.

Alhamdulillah. sangat banyak nikmat yang Allah beri pada kita. Antara nikmatnikmat yang terbesar ialah iman, islam, perutusan dari rasulullah dan Al-Quran iaitu sebaik-baik kitab untuk umat Muhammad s.a.w. manakah nikmat yang paling hebat selain berada dekat dengan Allah dan Rasul-Nya. 

apa erti kehidupan ni yang sebenar? adakah  just untuk mengejar bahagia di dunia? adakah ia sekadar mencari kebaikan untuk dunia, yang memberi kita kehidupan yang secured?

tujuan kita hidup kat bumi ni hanyalah semata-mata untuk beribadah dan menjadi khalifah.

[He] who created death and life to test you [as to] which of you is best in deed - and He is the Exalted in Might, the Forgiving - [al-mulk:2]
sungguh. bagi orangorang beriman, mereka sentiasa memperbaiki kehidupan mereka untuk mengejar redha Allah. untuk mencari sebaik-baik amalan yang boleh membawa mereka dekat pada Allah, especially di akhirat nanti. ahsanu amala. the best deed. kita tak tau pun mana satu bendabenda baik yang kita dah buat sebelum ni, yang boleh bawa kita ke syurga. yang boleh dengan bangganya kita present pada Allah. jadi, kita kena sentiasa berada dalam kebaikan, setiap saat. 

And let there be [arising] from you a nation inviting to [all that is] good, enjoining what is right and forbidding what is wrong, and those will be the successful.- [ali-imran:104]

dan bagi daie, hidup mereka hanya untuk dakwah. mereka mengikut jalan para nabi. jalan yang terbaik menuju kejayaan. hayya alal falah.  Allah dah mewahyukan ayat ni kepada sekalian umat nabi Muhammad s.aw. siapa yang mengajak kepada kebaikan dan melarang kemungkaran, dialah yang berjaya.  selagi kita di atas landasan ini, tiada apa yang dapat menyelamatkan kita dari azabNya yang pedih, melainkan redha dan bantuan Allah.

bilamana seseorang hidup untuk dakwah, untuk Allah, Allah akan selalu bersama kita. Allah mengukuhkan kedudukan kita. bukan dengan pangkat. bukan dengan harta. tapi dengan pengukuhan jiwa. dengan menetapkan keberadaaan kita pada landasan.

O you who have believed, if you support Allah , He will support you and plant firmly your feet. [Muhammad:7]

bagaimana kita membantu agama Allah? jawapan: dengan dakwah ilallah. dakwah kepada Allah.

islamuna. islam kita. kita mengajak orang untuk menghayati islam yang syumul. menyeluruh. 




Read More

Tuesday, January 13, 2015

musa v.02





aku belajar dari tukang sihir itu.

Taha. dalam surah Taha ada menyebut cerita tentang nabi musa dan tukang sihir firaun. Allah perintahkan nabi musa untuk menyeru firaun kepada Allah. dengan kelembutan. melalui mukjizat dari Allah dimana tongkat nabi musa berubah menjadi ular. kehebatan mukjizat itu telah menyentuh hati tukangtukang sihir firaun. setelah sekian lama mereka dalam bidang sihir, tiada terjumpa sesuatu yang hebat seperti itu. dan sungguh, hati manusia, saat diterpa dengan cahaya Allah, mereka terus berubah secara total, membuang ubun-ubun kekafiran yang ada pada diri dan terus tunduk pada Allah. mereka tidak takut pada yang lain selain Allah.

begitulah mereka. saat hati diisi hidayah Allah, lantas terus putih bersih dan bersinar hati itu dari sebarang cela.

bila Allah memerintahkan musa dan harun untuk pergi berdakwah kat firaun, musa sedikit gementar dan takut. takut diseksa. kerana memikirkan firaun itu sangat berkuasa. namun, Allah memujuk nabi musa. 

Allah berfirman: "Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya. [Taha:44]

Allahuakhbar. dalam setiap saat kita berdakwah. Allah bersama-sama dengan kita.  bila kita menyantuni seseorang kerana Allah, untuk Allah dan kepada Allah, maka segala yang keluar dari mulut kita itu direct dari Allah.


Mereka berkata: "Wahai Musa! Engkaukah yang akan mencampak lebih dahulu atau kamikah yang mula-mula mencampak?" 

Nabi Musa menjawab: "Bahkan kamulah campak dahulu". Tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka.  

Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya. 
Kami berfirman kepadanya: "Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan.  

"Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada". 

(Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa".   

Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepada Musa sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya dia lah ketua kamu yang mengajar sihir kepada kamu. Oleh itu, demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, dan aku akan memalang kamu pada batang-batang pohon tamar; dan demi sesungguhnya kamu akan mengetahui kelak siapakah di antara kita yang lebih keras azab seksanya dan lebih kekal". 

Mereka menjawab: "Kami tidak sekali-kali akan mengutamakanmu daripada apa yang telah datang kepada kami dari mukjizat-mukjizat yang terang nyata, dan (tidak akan mengutamakanmu daripada) Tuhan yang telah menjadikan kita semua. Oleh itu, hukumkanlah apa sahaja yang engkau hendak hukumkan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum dalam kehidupan dunia ini sahaja. 

"Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, supaya diampunkanNya kesalahan-kesalahan kami, dan dosa-dosa sihir yang engkau paksakan kami melakukannya. Dan Allah jualah yang lebih baik dan lebih kekal balasan pahalaNya. 

[taha:65-73]    


Allah yang memiliki segala kekuatan. itulah yang menguatkan musa untuk berhadapan dengan kehebatan sihir-sihir tersebut. bila dicampak tongkat nabi musa, ia berubah menjadi ular yang membaham semua sihir-sihir tu. bila tukang sihir melihat kehebatan nabi musa,  maka yakinlah mereka. mereka tahu yang nabi musa bukan calang-calang orang. sungguh, dialah penyampai kebenaran, utusan dari yang Maha Kuasa.   

keajaiban iman tukang sihir sangat teserlah. perubahan extreme mereka sangatlah perlu kita kagumi. saat hidayah Allah menyerap ke dalam hati mereka, mereka tidak lagi takut pada firaun yang nanti pasti akan mengamuk, kerana meyakini, ada yang lagi power dari firaun, iaitu Allah. dan mereka meyakini, sungguh, azab Allah sangat pedih. mereka terus menyembah dahi ke bumi, sujud pada Allah kerana syukurnya mereka pada Allah.

sungguh, apa lagi yang kita inginkan di dunia selain hidup berlandaskan jalan Allah, Allah meredhai segala usaha kita,  dan agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu.







Read More

musa V.01







 "And say to him, 'Would you [be willing to] purify yourself.
And let me guide you to your Lord so you would fear [Him]?" 
[an- Naziat:18-19]


wa ahdiyaka ila rabbika fa takhsya.

'dan kamu akan ku pimpin ke jalan Tuhanmu supaya kamu takut kepadaNya.'

beberapa verse dalam surah An- Naziat cerita tentang bagaimana Nabi Muda berdakwah kepada firaun.  sangat lembut bahasa yang diguna Nabi Musa. skill dakwah yang perlu ada pada seorang murabbi. walaupun kemudiannya Firaun menolak dengan keras. 

[16]Ketika ia diseru oleh Tuhannya di “Wadi Tuwa” yang suci; -
[17](Lalu diperintahkan kepadanya): “Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);

[18]“Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?

[19]`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?'
 

Allah perintahkan nabi musa untuk menyeru firaun kepada Allah. setiap orang ada ditrah untuk menginginkan kebaikan. dan kadangkadang ia sangat terpendam kat dalam hati sampai tuan punya badan tak nampak kebaikan, disebabkan perbuatan dan akhlak. dakwah perlukan kelembutan. walau pada siapa pun yang kita sentuhi. 

[20](Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar.
[21]Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah);
[22]Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa).




firaun bongkak dan menolak keras seruan tu. firaun tak puas hati dan ingin menjatuhkan nabi musa. lalu dipanggil tukang-tukang sihir yang berkaliber masa tu. tapi diorang rasa tak confident sebab dah dengar yang 'sihir' nabi musa sangat power. even kalau diorang lawan konfem kalah. firaun cuba pujuk diorang dan janji nak bagi bayaran yang mahal kat diorang. dan mereka pun setuju. firaun panggil jugak orang ramai ke istana. lalu berkata;

[23]Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, [24]Dengan berkata: “Akulah tuhan kamu, yang tertinggi”. [25]Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya.

 Lastly, tukang-tukang sihir tu dapat nabi musa kalahkan dengan mukjizat yang Allah beri. tukang sihir tu terus rasa yang nabi musa ni bukan orang biasa-biasa. mana mungkin diorang yang dah power ni tak dapat kalahkan nabi musa dan mukjizat Allah tu sangat power dan lain dari lain. lalu, hati diorang bercahaya-cahaya dengan nur Allah. diorang bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah. Allah maha tinggi melebihi segalanya. melebihi sangat dari firaun. kalau sebelum ni diorang mencampakkan tali-tali ke bumi tanda kekufuran, dengan pantas mereka menundukkan kepala ke bumi tanda keimanan pada Allah.

dakwah perlukan kelembutan. dari hati ke hati. namun sungguh, Allah yang memegang hati setiap orang. pada masa yang sama, dakwah juga perlu pada orang yang tegas hatinya untuk takut pada Allah. macam mana nak bawa orang untuk takut pada Allah, kalau murabbi tu tak takut pada Allah.kan. macam kalau kita ada botol yang berisi air kurang dari 200ml, macam mana kita nak isi botol lagi satu dengan 500ml.

sama macam kes nabi musa dan firaun, nabi musa menyeru dengan kelembutan walaupun itu firaun, orang yang paaling zalim dan paling 'ganas hatinya. dan sungguh, Allah maha memberi hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki. 

dakwah juga perlukan orang yang kreatif. kalau orang tu power dengan sihir, kita lawan dengan kuasa yang melebihi sihir. kalau someone yang kita sentuhi power dengan kucing, kita dekat dengan mereka dengan kucing. kalau orang tu sangat suka belajar, kita borak pasal belajar.

wallahualam.  































Read More

Monday, January 12, 2015

be positive wherever you are






"So do not weaken and do not grieve, and you will be superior if you are [true] believers." [Ali-Imran: 139]

Sungguh, Allah memujuk hambanya. Supaya tidak lemah dan bersedih hati terhadap berbagai ujian yang datang mencurahcurah ke ladang tarbiyah dan dakwah. Andalah orang paling tinggi darjatnya dan paaaling dekat dengan Allah jika anda benarbenar orang yang beriman. 

Bila ditimpa musibah, anda tidak merungut dan terus redha pada Allah. apa itu redha? maksudnya bila datang musibah on the spot pada anda, anda terus ingat pada Allah dan redha, berserah totally, kerana tahu dia Maha mengetahui kemampuan hambaNya. Anda tidak bersusah hati memikirkan consequences yang akan berlaku lepas tu. Berserah sepenuhnya.

Bukan redha kalau anda nangesnanges mengenang nasib, 'kenapa ia terjadi pada aku', dan bukan pada orang lain, lalu tersedar, lalu menarik nafas, berfikir, solat dua rakaat, beristighfar dan  pasrah terhadap apa yang berlaku. ya, jalan ke situ masih panjang.

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan jangalah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sunguh-sunguh) beriman.

apa sifat positif yang ada pada ayat ni?

'tidak sedih', 'tidak lemah', 'tinggi', 'beriman'? aha.

jawapan dia: be positive. dan percaya pada diri sendiri.

Pada ayat ini, Allah memujuk untuk sentiasa percaya pada diri sendiri. yakin atas ability to be a hero. hero pada diri sendiri at least. terasa ayat ini begitu berat tapi ia hangat memeluk erat. bila dalam jalan dakwah, langkah terasa berat, bila nak buat itu ini rasa semua tak betul. bila rasa diri tidak layak. bila kena rijek, bila ada orang kutukkutuk dan kata 'bajet alim'. Dalam bidang terjun ni, perlu ada sifat 'tsiqah' [percaya] pada diri sendiri. Kerana tsiqah membangunkan kekuatan. Kembangkan gerak langkah anda. Beri peluang pada diri untuk diperbaiki. [bila disuruh jadi penyampai, hands up (:]

On the other side of story, ayat sebelum-sebelumnya dan juga selepas-selepas tu cerita pada perang Uhud. perang uhud. 3000 vs 10000. bila saat-saat dah nak menang, datanglah ujian dari Allah. pihak musuh berpatah balik dan kembali menyerang. Sahabat tak sempat nak re-attack. pastu, ada yang menjerit, 'Rasulullah sudah tiada'. Hancur luluh Sahabat2 masa tu. Tapi diorang still fight sampai ke habes. di perang Uhud, ramai sahabat syahid. 70 orang total. Gigi geraham Rasulullah patah. muka baginda lukaluka. lalu Allah memujuk. Dan jika mereka telah mendapat luka-luka dan banyak yang gugur dalam perang Uhud, maka hal yang serupa telah dialami pula oleh musuh-musuh mereka dalam perang Badar. Dan adalah Sunnatullah untuk kekalahan dan kemenangan saling bertukartukar melepasi masa. supaya Allah menapis kekotoran dalam hati orangorang beriman. dan menjadikan hati orangorang beriman lebih bersih. pembersihan hati.Samalah jugak dalam hati kita. akan ada up and down dalam graph iman. dan kadangkadang akan ada heart attack. akan ada hati basah dan akan ada hati kering kontang.

Lalu, para sahabat kembali tenang. Allah mengembalikan mereka kepada sunnah Allah. satu perjalanan yang tidak dapat dielak. mereka belajar dan mengetahui. dan terungkaplah hikmah disebalik peristiwa itu. Mereka tahu, hanya iman saja yang boleh mengangkat martabat mereka sedemikian tinggi. Sunnguh, anda lebih tinggi. bila anda mengikut jalan oleh Allah, bukan jalan buatan manusia.


Hey, lift your chin up and smile a little. 
I know you’ve been through a lot. 
Once you’ve given it your all you’ll feel refreshed. 
So wipe your tears and dont cry anymore. 
Set you heart. 
Don’t be afraid.
And take the next step forward!!! (:


..................................................................................................................................
tsiqah. ada beberapa. tsiqah pada pertolongan Allah, pada diri, pada pemimpin, pada jundi dakwah, pada manhaj dan pada pahala Allah.
So if they believe in the same as you believe in, then they have been [rightly] guided; but if they turn away, they are only in dissension, and Allah will be sufficient for you against them. And He is the Hearing, the Knowing. - See more at: http://quran.islamicevents.sg/2/137/143#sthash.CbE50q5j.dpuf
So if they believe in the same as you believe in, then they have been [rightly] guided; but if they turn away, they are only in dissension, and Allah will be sufficient for you against them. And He is the Hearing, the Knowing. - See more at: http://quran.islamicevents.sg/2/137/143#sthash.CbE50q5j.dpuf
Read More

Tuesday, January 6, 2015

AUF



ukhwah.

If you’re eight, then I’ll become two. If I’m ten, then you’ll become five.
I wonder what you plus me equals? I wonder what me minus you equals? 

Pejamkan mata. bayangkan ada bunyi air terjun. ada air sungai mengalir. eh. sungai penuh dengan susu? di tepitepi sungai tu ada pokok. macammacam pokok buah ada. buah anggur macammacam kale. Beralas badan di atas sofa empuk yang teramat. mungkin inilah dipan-dipan macam dalam syurga. rantingranting penuh dengan buah berjuntaian di depan mata. tunggu dipetik saja. tangan menggapai apa saja yang ada di hadapan lalu disua ke mulut. sedap. kenyang. di seberang sungai sana ada istana. mana mungkin disitu aku. orang kaya je yang layak duduk kat sana. ku tunduk meratapi. eh eh. ada dua lelaki berjalan di hadapan. siapakah gerangan mereka? seorang lemah lembut. seorang sedikit tegas. perwatakannya, gayanya macam Abu Bakar dan Umar. eh. mungkin benar. Aku di syurga. lalu bingkas aku bangun, aku cari mana dia rasulku, Muhammad s.a.w. ku harap bertemu.

Too good to be true. but I wish it will.

Bukak mata. ah. kembali ke alam nyata.. dalam daurah rupanya. salah satu diantara banyak taman-taman syurga. ku pandang kanan. enti, ana nak masuk syurga dengan enti.
     
tengah berbicara pasal ukhwah.

"The righteous (will be) amid gardens and fountains (of clear-flowing water). (Their greeting will be): "Enter ye here in peace and security." And We took out whatever rancorous were there in their breasts, they are brothers among each other, sitting upon couches facing each other. Neither any fatigue touches them, nor shall they be driven out there from." [al- hijr]
And We will remove whatever is in their breasts of resentment, [so they will be] brothers, on thrones facing each other. - See more at: http://quran.islamicevents.sg/15/47/47#sthash.Nvw8kihv.dpuf
And We will remove whatever is in their breasts of resentment, [so they will be] brothers, on thrones facing each other. - See more at: http://quran.islamicevents.sg/15/47/47#sthash.Nvw8kihv.dpuf
And We will remove whatever is in their breasts of resentment, [so they will be] brothers, on thrones facing each other. - See more at: http://quran.islamicevents.sg/15/47/47#sthash.Nvw8kihv.dpuf

kita bercinta sampai syurga. 
 
cont.






Read More

Ghazwul Fikr v.02









It's a mind attack. That astray us from the right path to Allah, towards Jannah, to the real way of the Prophets.

Kenapa perlu tahu tentang ghazwul fikr? Supaya kita tidak diserang!

Nah. direct. kpop, drama cintancintun. anime. running man. lagu rock yang mana liriknye tersemat dalam otak. maharaja lawak. gegirlfren. illuminati ('..') dan sebagainya.

Siapa yang buat semua ni? Siapa? Iblis. Musuhmusuh Islam.  Kenapa diorang buat macam tu?

"They wish you would disbelieve as they disbelieved so you would be alike. So do not take from among them allies until they emigrate in the way of Allah." [4:89]

Perang Iblis vs Bani Adam dah lama start. dari Nabi Adam sampailah ke hari Kiamat. tak pernah berhenti sampailah saatnya datang hari perhitungan segala amalan.
 
"But Satan made an evil suggestion to both of them that he might reveal to them their shame that had remained hidden from them. He said: 'Your Lord has forbidden you to approach this tree only to prevent you from becoming angels or immortals." [7:20]
"Thus Satan brought about their fall by deceit. And when they tasted of the tree, their shame became vislible to them, and both began to cover themselves with leaves from the Garden. Then their Lord called out to them: 'Did I not forbid you from that tree, and did I not warn you that Satan 'is your declared enemy?" [7:21]

Pada satu zaman dahulu, berlakulah Perang Salib. Perang yang Kristian lawan Islam. Asyik-asyik Islam menang. 9 kali Kristian kalah. So, orang Kristian takleh nak duduk senang. Diorang start cari titik kelemahan pada umat Islam.  bila diorang kaji, diorang perasan yang diorang takkan menang tru perang fizikal. masa King Louise kena tangkap dengan orang Islam, dia perhatikan macammana keadaan orang Islam time tu. and Subhanallah, sangat Islamic. anakanak dididik dengan Islam start dari kecik. So, King Louise, raja time tu kate, 'Kita tak akan dapat kalahkan orang Islam selagi mereka rapat dengan kitab ini(al-Quran). hmm, jadi kita kena runtuhkan moral umat Islam, then baru kita boleh menang'. Dan start dari situlah bermula serangan pemikiran yang betulbetul. diorang buat strategic planning untuk pisahkan ummah dari Al- Quran sampai umat Islam dah makin cair.

Start dari situ, umat Islam mula runtuh. tiada lagi kegemilangan. Pemimpin mula hilang kawalan bila disua dengan kemewahan, pangkat dan wanita. Runtuh menjunamjunam sampai khalifah Islam hilang dari dunia time 1924. Sedihnya, bila khalifah takde, semua orang tak perasan pun sebab sibuk dengan urusan masingmasing dan tak peduli pun dengan maruah Islam yang tercalar. 

Sistem pendidikan jadi sekular. Ilmu sains dah terpisah dari agama. Agama jadi bahan sampingan. Agama jadi bahan untuk ustaz sahaja. Media pun dah tak terkawal. Kalau dulu boleh la nak tapistapis filem yang entah apeape, sekarang sebab dah banyak sangat yang tak senonoh, tak tertapistapis dah.  Selain hati kita dihidang dengan nafsu dari dalaman dan bisikan dari syaitan, ada jugak hidanganhidangan dari luar. Teori yang belajar dalam daurah hari tu. Ade 4s dan 4f.

Song, sex, smoke, sport, fun, female,  fashion, food. Rasa macam euww. Tapi itulah kebenarannya. Dan kita pun dah nampak kan depan mata kita, bendabenda macam ni dah jadi terbiasa dalam masyarakat.

Setelah dinilai, masyarakat kita sudah terkesan. maka dah jadi macam hadis nabi pasal buih. buih-buih yang banyak tapi...... pop pop pop pop. Adikadik kakakakak bangga bila ikut trend, dan klau tak ikut, nanti kena label kuno. cara hidup jahiliah semakin berleluasa. dah makin jauh dari tuhan. makna ibadah jadi sangaaat sempit bila ibadah kita kategorikan sebagai rukun islam yang lima. syahadah, solat, puasa, zakat, haji.  makcik dah tuatua belum ingat mati, yang muda apatah lagi.

The first of these narrations is that of Thawban - radiallahu 'anhu - the freed slave of the Prophet sallallahu 'alayhi wa sallam. He related that the Messenger of Allah said: "The nations are about to call each other and set upon you, just as diners set upon food." It was said: "Will it be because of our small number that day?" He said: "Rather, on that day you will be many, but you will be like foam, like the foam on the river. And Allah will remove the fear of you from the hearts of your enemies and will throw wahn (weakness) into your hearts." Someone said: "O Messenger of Allah! What is wahn?" He said: "Love of the world and the hatred for death."

And not I have created the jinn and the mankind except that they worship Me. [51:56]

Sultan Ahmad Al-Fateh. masa umur beliau 21 tahun dah pun berjaya menawan kota Constantinople. time tu mungkin kite sangat innocent kat universiti lagi. dan sekarang pun, kita masih lagi merangkak untuk buang karatkarat jahiliah yang still melekat kat badan. Marilah bersamasama kita putus cinta dan clash dengan pakcik Jahiliiah ni. Dah lama sangat dah couple. Dan carilah yang lebih beriman.
(',') 

Namun, disebalik buihbuih itu, adanya wirawira Islam. Indeed, sangat perlunya kemunculan ramai lagi herohero untuk turun ke lapangan masyarakat dan menyantuni mereka.  ummah makin nazak. perlunya masyarakat kembali dekat dengan al-Quran. dengan Pencipta. sebarkan cinta Allah dan Rasul. dan laksanakan tanggungjawab syahadah anda. Tugas penyampai wahyu adalah membacakan mereka kitab, menyucikan mereka dan mengajarkan kitab suci Al- Quran dan hikmah. bukankah kita pewaris risalah nabi?  Saa ikou!!!

"Our Lord! send amongst them an Messenger of their own, who shall rehearse Thy Signs to them and instruct them in scripture and wisdom, and sanctify them: For Thou art the Exalted in Might, the Wise." [2:129]

Daerahku ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan
Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan

 ...................................................................................................................................................

ZOMBI VS PLANT. Zombi ibarat naqib-naqibah yang tak tidur malam sebab fikirkan masalah ummah, fikirkan masyarakat yang sangat nazak yang perlukan penyelamat. dan yang sedang siapkan slides untuk present isk time daurah next week. dan yang tengah perah otak and cek balik buku nota usrah, merancang nak bagi apa kat anak usrah esok pagi. Plant ibarat mutarabbi-mutarabbi yang innocent sangat yang buat muka cute dan perut berbunyi krukruk tunggu disuapkan berger berisi cheese dan iman ditambah dengan air koktel yang mengandungi susu dari taman syurga dan celupan ayat-ayat Allah. dan yang mengunggu masa untuk diserang hatinya dengan lemah lembut dan kasih sayang.


Read More

Ghazwul Fikr v.01




It's a mind attack. That astray us from the right path to Allah, towards Jannah, to the real way of the Prophets. 

Dalam dunia ni, kita ada macammacam perang. Tapi rasanya yang kita tau hanya perang bunuhbunuh. Boleh la nak kata perang fizikal. Kena sangat tough kalau nak berperang. Bawak senjata bagai. Rasulullah dan para sahabat berjihad fi sabilillah di medan perang. Tapi sebenarnya, kita ada jugak perang mental.

'Serangan pemikiran' atau ghazwul fikr. ingat lagi tak time kita belajar sirah, masa Rasulullah mulamula buat dakwah. Kaum musyrikin cuak kotkot dakwah Rasulullah tersebar dengan luasnya kat bumi Makkah, nanti hilanglah pengaruh diorang kat sana. So, diorang buat satu tawaran, untuk bagi Rasulullah apa saja, harta, pangkat dan wanita, as long as Rasululullah tak buat dakwah gilagila. 

Kalau orang serang kita physically, macam kawan baling bantal kat kita, kita nampak dia dan terus buat serangan balas. tapi kalau serangan pemikiran, sapesape takkan perasan siapa yang attack. Tup tup, dah termasuk perangkap. brainwash. 

Umat Islam dicuci sehabis-habisnya oleh pihak musuh untuk melalaikan ummah dari mengingati Allah. Even benda yang kita rasa sangat remeh. serangan inilah yang menghidupkan segala jenis penyakitpenyakit ummah. salah satu penyakit ialah wahan. penyakit cinta dunia dan takut mati. Simptomnya ialah kita terlalu absorbed into halhal duniawi dan lupa urusan kita dengan Allah. Contohnya, kita solat lewat sebab tak habis pusing satu MidValley lagi. Solat asar hujunghujung waktu and then sambung maghrib. 'Hm, ok ape. Solat maghrib awal waktu kot' (-_-)'.

Serangan ini bertujuan untuk memesongkan kita (even sedikit je) dari mengingati tujuan sebenar kita hidup di muka bumi. Ia nak mengembalikan kita pada era jahiliah. Macam zaman jahiliah before Rasulullah dinobatkan sebagai Rasulullah. Mungkin lagi teruk lagi. Jahiliah bermaksud tidak mengikut cara Allah.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah stated that, sibghatullah. celupan Allah yang terbaik. Selain dari itu adalah bukan dari Allah. celupan tu macam mana sebenarnya? 

(The) color (religion) (of) Allah! And who (is) better than Allah at coloring? And we to Him (are) worshippers [2:138]

Ok. jom beranalogi. 

Dia macam kain yang dicelup dengan kale warna pink. Ok biru pun boleh. Macam nila. Celupan tu menyeluruh dan melekat sampai ke atom-atom, nukleus kain tu. Sampai ke dalam. Macam tu lah celupan Allah. Bukan macam pepero: biskut panjang yang dicelup coklat dimana coklat die hanya luaran (yumm) dan tak diserap pun ke dalam. 

Tapi celupan Allah cover both dalaman dan luaran. Celupan paling perfect. macam Rasulullah. macam Abu Bakar. macam Umar. Subhanallah, celupan Allah yang terbaik itu melahirkan akhlak yang terpuji, iman yang mendalam dan jiwa yang bersih suci. Dan celupan Allah menzahirkan satu peribadi yang mengamalkan ajaran Islam dalam dan luaran, mengikut acuan Allah, hukumhakam Allah.

Bila ada satu barrier or penghadang yang mengelak dari terkena celupan itu, maka akan adalah tompoktompok nila yang tak sekata. Islam kita tidak perfect. Jahiliah pada definisi Al-Quran ialah 'keadaan spiritual yang menolak hukum Allah dan berpaling dari hidayah Allah. mereka menetapkan hukuman sendiri dan deviate dari petunjuk Allah.

If they turn away from the Law of Allah) do they desire judgement according to the Law of Ignorance? But for those who have certainty of belief whose judgement can be better than Allah's?   [5:50]





Read More

Monday, January 5, 2015

An- nuur




Jantung.
Setiap sorang dari kita ada hati yang sangat cantik. walaupun bagi seorang pendosa. selagi dalam hatinya masih ada kecintaan pada Allah dan Rasul. 

Walaupun.
Luaran hati itu dikotori dengan dosa maksiat. Walaupun. Luaran hati itu jadi gelap dek kerenah dari ujian dan tribulasi. Walaupun. Kita rasa sangat malas nak baca Quran dan tadabbur.

Satu hari, time Rasulullah duduk di satu masjid, ada sorang lelaki masuk ke masjid. Badan dia penuh dengan bau arak. Lalu Rasulullah pun minta untuk dia disebat. Time dia disebat, darah terpercik pada Khalid al Walid. dan Khalid al- Walid berkata 'Laknatullah'. tapi Rasulullah melarang.

"Sungguh, dalam hati dia masih ada cinta pada Allah dan Rasul."

(hadis sahih

Sungguh, dalam hati masih ada cinta pada Allah dan Rasul. Dan kadangkadang kita selalu buat salah, selalu buat maksiat. Terleka dengan dunia dan nafsu. Dan hanya beri alasan pada Allah. Dan tak perasan pun sebenarnya hati kita makin hari makin gelap.

Tapi bagi orang beriman, saat nafsu mula menapak dalam diri, cepat- cepat dia beristighfar. sebab dalam hati dia masih ada cinta pada Allah dan rasulNya. Setiap satu kebaikan yang kita buat, walaupun kecil, mesti untuk Allah.

Begitulah hakikat manusia. Selalu berbuat dosa. Berulang- ulang kali. Sungguh, pasti ada kebaikan dalam hati kita. Maka carilah ia dan zahirkan ia.

Hakikat hati, sifatnya sangat bersih, cantik dan berkilat-kilat. Macam dalam surah an- Nur, ayat 35. ayat femes. yang kita hafal time spm. 'nurun ala nuur'.

Hati tu sangat berkilat. macam kaca.
Allah is the Light of the heavens and the earth. The Parable of His Light is as if there were a Niche and within it a Lamp: the Lamp enclosed in Glass: the glass as it were a brilliant star: Lit from a blessed Tree, an Olive, neither of the east nor of the west, whose oil is well-nigh luminous, though fire scarce touched it: Light upon Light! Allah doth guide whom He will to His Light: Allah doth set forth Parables for men: and Allah doth know all things. [An- Nuur: 35]


Glory be to Allah. Allah is the greatest light. Allah adalah pemberi petunjuk bagi sekalian alam. 

The Parable of His Light is as if there were a Niche and within it a Lamp. Dalam hati manusia ada cahaya. macam lampu yang berkelip- kelip.  

Masalu nu rihi. the Lamp enclosed in Glass. Perumpaannya macam bulb lampu atau lilin yang ditutup dengan kaca. zujajah. Macam jugak tanglung yang kita selalu isi dengan minyak. Cahayanya samar- samar. Cahaya yang lemah. Satu lilin yang cahayanya samar- samar itu, boleh recognize Allah. Bila kita buat dosa, kita bertaubat. Kita rasa bersalah. Itulah fitrah. Setiap dari kita ada potensi untuk kenal Allah, untuk sedar yang kita sebenarnya sangat lemah pada Allah. Hamba. Pengemis. denominator.

Kaca tu pulak sangat berkilat. cerah. intensely bright. the glass as it were a brilliant star. Kaca tu sifatnya fragile. senang sangat nak crack. pecah. macam manusia. bila kita baca ayatayat Allah, hati kita jadi sentap, kita rasa something (eh ke tak?). Sungguh, bila dibacakan ayat2 Allah, maka gementar hati mereka, iaitu orangorang yang beriman.

Kaca tu pun sifatnya transparent. jelas sangat. iman akan terzahir pada amalan. jelas sangat. tak boleh sembunyisembunyi. kita kata kita cinta pada Rasulullah, tapi tak ikut sunnah baginda. kita kata kita cinta Allah, tapi solat tak jaga. obvious. baik hatinya, amalannya juga baik. jika buruk, maka buruk juga amalannya.

Jika ada kotoran pada kaca, takde cahaya lampu yang bersinar. titiktitik hitam itu prevent cahaya dari bersinar.
"Truly in the body there is a morsel of flesh which, if it be whole, all the body is whole and which, if it be diseased, all of it is diseased. Truly it is the heart." [Hadith nawawi]


 Minyak yang menyalakan api tu datangnya dari satu pokok yang diberkahi, pokok zaitun. Lit from a blessed Tree, an Olive.  Cahaya dari hati kita itu, asalnya dari pokok zaitu yang diberkahi. kenapa zaitun? sebab minyak zaitun itu extremely mahal. Pure. Sangat berharga. Dan terbukti kelebihannya. Dan amazingly, pokok zaitun tu akan hidup dan survive berzamanzaman. Bila dipotong pokok tu, dia akan hidup lagi. macam orangorang beriman, bila diuji dengan bermacam-macam ujian, mereka akan terus kuat. far better. far more beautiful.

Minyak tu sangat pure. whose oil is well-nigh luminous, though fire scarce touched it. Bila sentuh sikit dengan api, dia menyala-nyala dengan yang teramat terang. Allah yang menghidupkan kita. dengan petunjuk Allah, kita hidup dekat bumi ini dengan buat apa yang Dia suruh. sungguh, setiap saat dari kehidupan kita itu kerana Allah. Dari Allah dan untuk Allah.

nurun ala nuur. Allah beri petunjuk pada siapa yang dia kehendaki.

Neither of the east nor of the west, bukan dari kanan atau kiri. bukan mereka yang extreme.
" Guide us to the straight path.
The path of those upon whom You have bestowed favor, 

not of those who have evoked [Your] anger or of those who are astray."
[al- Fatihah]

Tunjukkan kami jalan yang lurus. Jalan mereka yang Kau beri nikmat. Bukan jalan mereka yang Kau murkai. Dan bukan juga jalan mereka yang sesat.

Jadi, kite kena selalu reflect diri kita. apa status hati kita. sentiasa diagnose hati kita. jangan sampai heart failure. Moga Allah memilih kita untuk sentiasa berada dalam kebaikan. InsyaAllah.

wahai pendosa, masih ada harapan untuk kamu. untuk kita.
.........................................................................................................................................


Read More

Sunday, January 4, 2015

A fine new day.


2015.
A fine change.
Just another day to pass through bravely, strongly.
Not to wither.
Not to lose.
I hope that world's getting better.
To my old me, If you encounter though moments, stand still.  You have matured much over these past years.
Have thoughts on how to act, be close to Allah, and He'll show you the way.

"From the road beneath our feet, if we certainly couldn’t continue, we should choose
whether to grumble, to complain, to delay, to sulk,
or to only face forward and start?"


Read More