Thursday, January 15, 2015

Summary of 40 Hadith v.01


hadis arbain adalah compilation of 42 hadis oleh imam nawawi. al- nawawi sangat terkenal dengan ilmunya, dan sifat zuhudnya.

hadis-hadis ni cover beberapa aspek macam akidah, syariah, muamalah, dan akhlak. bagi kita yang tak tercover nak belajar hadis-hadis yang sangat banyak tu, at least kita boleh cuba belajar hadis arbain. awal-awal hadis bertemakan asas-asas islam.asas-asas ini dapat membantu kita mendevelopkan peribadi muslim dlm diri, dan membantu kita untuk mudah mencelupkan jasad dan ruh kita kedalam islam sepenuhnya.


HADIS 1: niat dan hijrah.
  • faham apa yang kita buat ni kerana Allah. bila relate dengan surah an-naas, banyak sangat musuh-musuh ikhlas. antaranya ujub, riak, takabbur dan sum'ah. 
  • umar r.a meriwayatkan hadis ni. umar berubah dari jahil kepada islam. umar yang lagi banyak jahiliyah, yang dah pernah bunuh anak perempuan dia, tapi jadi sangat hebat. jadi, kenapa kita tak boleh? err.
  • hijrah, maksudnya transformation dari kurang baik kepada yang lebih baik. tambah-tambah bila disertakan dengan ikhlas, hijrah tu jadi lebih osem. bila kita niat kerana Allah, kita takkan fikir pasal orang lain dah. orang lain nampak kita pelik, tapi kita tahu benda tu tak salah pun. 
  • ikhlas: kita tak nak nampak effect dia, tapi ia melatih kita untuk istiqamah dan terus bersungguh-sungguh.
  • ada sorang pakcik ni, dia dari shah alam. dia naik ktm nak pegi daurah kat serdang. on the way kat kl sentral, dia patah balik naik tren pegi shah alam. kawan-kawan tanye kenapa, and dia jawab, sebab lupa nak niat tadi. eheh. kan bagus kalau kita jaga niat macam ni, setiap kali kita nak buat something. dan, jangan lupa bismillah. (:
  • aplikasi-berubah. jadi lebih baik dan kena cari support yang terbaik. baik dengan rumet dan hidupkan bilik tu dengan suasana yang baik.

HADIS 2:  deen dan islam

  • perlu jadi baik dalam diri. serapkan islam yang sebenar dalam hati. 
  • hadis ni tunjuk kat kita adab-adab nak belajar. Jibril datang kat rasulullah. maksudnya student yang datang kat cikgu. bawa quran, notes pegi belajar. lutut bertemu lutut. macam dalam usrah. siap siku bertemu siku lagi. kan beza, kalau kita belajar dalam study group compared to kalau belajar dalam lecture hall. kalau belajar dalam bulatan macam usrah, terus masuk dalam hati. zuuupp. (:
  • islam: syahadah, solat, zakat, puasa, haji.
  • iman: Allah, malaikat, kitab, rasul, hari akhirat, qada' dan qadar.
  • ihsan: beribadah seolah-olah Allah melihat.
  • kalau kita belajar deen, kita akan belajar islam, iman dan ikhsan. kalau kita belajar pendidikan islam, kita akan belajar tajwid, fiqh, batas-batas aurat dan sebagainya. sangat limited. tapi sebenarnya, islam bukan macam tu. islam adalah cara hidup. bagaimana untuk kita apply islam as way of life. syumul. 
  • bila kita faham islam, kita akan faham ibadah/fiqh. bila kita faham iman, kita akan faham akidah/usuluddin. bila kita faham ihsan, kita akan faham akhlak/adab/tasawwuf. tapi kalau kita nak belajar semua tu, kita takleh pegi usrah je. kita kena pegi wasilah lain jugak. 
  • kat sini pentingnya wasilah tarbiyah. wasilah tarbiyah adalah beberapa cara untuk kita memantapkan peribadi muslim kita yang 10 tu (muwasofat tarbiyah). antara wasilah yang ada ialah; usrah, daurah, mukhayyam, nadwah, muktamar, katibah, jaulah dan rehlah. semua wasilah ni mengembangkan akal, hati dan jasad kita dengan balance.

HADIS 3: lima rukun islam.
  • tegakkan islam dalam masyarakat. analoginya macam nak bina rumah. islam mestilah syumul. cover semua aspek. ekonomi, sosial, undang2, pendidikan, etc. 
  • kalau nak bina rumah, kena ada asas-asas ataupun cerucuk. cerucuk tu adalah rukun iman. untuk menstabilkan rumah islam kita, kita kena lahirkan banyak lagi cerucuk-cerucuk tu, dengan ramaikan lagi orang yang faham. iman adalah foundation.
  • jadi, kita takleh baik sorang-sorang. kita kena baikbaik dengan masyarakat, dan ajak diorang jadi cerucuk. barulah islam akan cemerlang, gemilang dan terbilang. (:
  • waktu zaman rasulullah, bila dah sampai madinah, rasulullah bina masjid. kenapa? sebab nak bina peradaban manusia. masjid jadi indicator kepada kekuatan orang islam. sama lah macam sekarang, masjid sepatutnya bukan je untuk solat dan ceramah, tapi dia jadi tempat perkembangan tamadun.

 HADIS 4: hadis ni cerita tentang penciptaan manusia.
  • tentang pembinaan manusia. 
  • macam mana manusia yang dari lemah kepada kuat. 
  • pembinaan manusia dari sehina air mani, jadi makhluk Allah yang hebat, yang Allah amanahkan jadi abd dan khalifah kt bumi, yang mana gunung ganang runtuh sebab sangat berat amanah tu, tapi manusia lalai dalam menjalankan amanah tu.
  •  ada juga terselit hubungan antara lelaki dan perempuan. perlulah dalam batas-batas yang Allah provide. ahha. sesuai sangat hadis ni untuk siapa-siapa yang kapel. 
  • dalam hadis ni jugak kita belajar tentang hijrah. iaitu satu proses perubahan yang berperingkat. macam penciptaan manusia. takleh secara mendadak. nanti tersedak. haha. 
  • perubahan secara total perlukan pembentukan jasad dan roh, dari segi perasaan, hati dan jiwa kita. untuk kita serapkan AlQuran dalam jiwa biar sebati. untuk jasad, kita bentuk dengan amal, dengan solat dsbg. 
  • hari ke 120-roh ditiup. dan yang akhirnya. tentang takdir. syurga dan neraka. 
  • Allah tahu sebelum, semasa, dan selepas sesuatu. Allah tahu segala perjalanan hidup dan perjalanan hati seseorang. sangat beza amalan ahli syurga dan ahli neraka. 
  • Allah tahu kita akan lalu jalan yang mana. kita takleh rasa yang kita dah cukup baik. kita kena sentiasa dan selalu improve diri kita. dan kita kena mohon pada Allah agar Allah tunjukkan kita jalan yang lurus. konsep sunnatullah: kalau kita berusaha, kita akan dapat.

HADIS 5: perbuatan mungkar dan bidaaah adalah bathil.
  •  apa sunnah nabi? mula tangan kanan. ya. bersugi. ya. simpan janggut. ya.
  • tapi tau tak sunnah terbesar dari Rasulullah? dakwah! ya. ittiba' rasul.
  • jadi kita kena jadi orang yang contribute pada sunnah terbesar ni. nak buat apa-apa pun, first check balik, back to islam, check sumber. Allah dan Rasul dah bagi cukup untuk kita. takyah nak cari benda lain.
  • sebab sekarang, banyak yang buat ikut barat. 
  • usul 20
  • dalam hidup kita setiap hari, kita kena make sure apa yang kita buat ni kena dengan syariat islam.
  • kadang-kadang kita selalu buat benda2 lagha kan, so kita kena remind balik diri, dan cuba tinggalkan.

HADIS 6: halal dan haram
  • ada dua point: halal haram, dan hati.
  • halal haram tu daripada hati.hati yang decide kita nak makan/buat yang halal ke haram.  kalau syubhah, hati jugak yang decide. nak buat ke tak.
  • begitu lah. kalau rosak hati kita, maka rosak la semua anggota badan.
  • hati adalah neraca iman. apa-apa perubahan dalam hati kita akan effect iman. yazid au yanqus.
  • orang yang menjaga agama, dia akan menjaga syubhah, bila jumpa perkara syubhah, dia akan berhati-hati.
  • apa-apa yang syubhah, kita tinggalkan. sebab kita taknak tambah dosa, dan kita nak Allah selalu redha. 
  • sangat penting untuk kita konsisten. kat sini kita nak tekankan bab mutabaah amal. so that hati kita akan lebih sensitif dengan benda-benda macam tu. 

HADIS 7: nasihat
  • nasihat ni macam kita nak baiki baju yang koyak.  kita nak tampung kekurangan. 
  • dari akhlak yang tak baik, akan jadi lebih baik dan lebih baik. 
  • pembaikan. 
  • nasihat untuk Allah. nasihat untuk rasulullah. nasihat untuk pemimpin.nasihat untuk orang awam.
  • macam mana tu? dnegan memenuhi Allah. iaitu dengan mengikuti Quran. dengan mengakui keesaanNya. beribadah kepada Allah. dan mendekatkan diri kepadaNya.
  • nasihat kepada kitabullah. iaitu dengan tidak meremeh-remehkan kandungan Al quran. menjaga, mentadabburnya, menghafalnya. dan bersungguh-sungguh mengamalkannya.
  • nasihat kepada Rasulullah. dnegan beriman. dan mencintai. dan mengikuti baginda.mendahului Rasulullah lebih dari diri kita.
  • nasihat untuk pemimpin. pemimpin adalah orang yang Allah dan Rasul berikan hak kepadanya. berat kan? dan kita, kena mengikuti, mentaati pemimpin dalam hal hal kebaikan. menginggalkan segala arahan dia yang membawa kepada kemungkaran.dan jugak, kita yang kena ingatkan diorang kalau ada apa-apa yang diorang salah. membantu mereka untuk sentiasa berada di atas jalan kebenaran.
  • nasihat untuk orang awam. dengan bermesra, senyum. menyebar salam dan kebaikan. jadi qudwah terbaik. berukhwah kerana Allah. kerana kita sangat sayang pada mereka, lalu kita sangat menginginkan mereka dalam kebaikan. orang lain ada hak untuk meminta nasihat dari kita. jadi, kita kena tunaikan.

HADIS 8: jihad.
  • jihad=perang ke?
  • sampai mana kita kena jihad?
  • perang sampai tiada lagi fitnah kat muka bumi ni. sampai semua orang dah dapat risalah islam tu. dia nak ikut atau tak terpulanglah.sungguh, hidayah tu milik Allah.
  • perlunya kita berjihad untuk tegakkan kalimah Allah. macam apa yang Rasulullah dan para sahabat buat dulu-dulu.
  • bagi kita, kita boleh start berjihad dengan baibai jahiliyah. Dan lepas tu, kita mengajak org lain berbuat kebaikan. Dan lepas tu, kite kena jadi qudwah yang baik. Susah tak semua tu? Sangatt.

HADIS 9: ambil yang mudah, tinggalkan yang sukar.
  • hak hak muslim. untuk siapa-siapa yang melanggar arahan Allah, ada hukumannya.
  • buat apa yang Allah dan Rasulullah buat. 
  • Allah suruh apa yang kita mampu. sebab Allah tahu yang kita boleh.
  • cuma apa yang perlu kita buat bila kita rasa benda tu sangat berat? mujahadah. Kuatkan semangat. Makin beriman seseorang, makin berat dia diuji.
  • tunjukkan rasa taat pada Allah dan Rasul dengan buat sehabis baik. pulun habis-habis.
  • kita perlu faham apa yang kita buat, dan tsiqah pada Allah, pada Rasul dan pada diri sendiri.

HADIS 10: doa. 
  • kita kena taat pada Allah, rasul dan pemimpin.
  • doa perlu diiringi dengan tawakkal.
  • syarat diterima doa kita: makanan halal, pakaian, bersih, amal ibadah kita buat. Allah itu baik. dan Dia hanya terima yang baik sahaja. maksiat-maksiat dan makanan haram akan jadi barrier antara kita dan Allah, dan mungkin menyebabkan doa kita terhalang.
  • usaha, doa, tawakkal. perlunya pergantungan pada Allah.
  • Kalau kita buat apa yang Allah nak kita buat, gerenti, hidup kota terjamin. Dan moga-moga Allah limpahkan keberkatan dunia dan akhirat.


0 comments:

Post a Comment