Friday, January 23, 2015

al-ahzab: rongga hati






"Dan Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya..." [al-ahzab:4]


jantung dalam bahasa melayu, heart dalam english.

adakah qalb wujud dalam sistem badan kita?

“Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”

dalam sistem badan kita, ada satu organ ni, nama dia jantung. dia adelah organ yang paaling penting sekali, tanpa jantung berdegup selama 3-4 minit, kita boleh innalillah.  seketul daging seperti yang disebut dalam hadis tu adalah jantung, iaitu organ berongga yang berfungi mengepam darah melalui saluran darah. 'qalb' dalam ayat ini juga merujuk kepada jantung. qalb yang sama juga maksudnya waktu jantung Rasulullah s.a.w dibedah oleh malaikat Jibril waktu baginda masih kecil.

tiada dua hati dalam satu rongga.

kita just ada satu hati. kalau kita ada dua hati, nanti fikiran kita tak tentu hala. tak tahu mana satu nak ikut. dalam satu hati tu, tak boleh bercampur baik dan jahat.iman dan kufur tak boleh bercampur. jadinya, dalam diri seorang yang beriman, sentiasa ada Allah. dan tak boleh ada yang lain. kat sini wujudnya penegasan yang Allah itu maha Esa. tiada sesuatu yang sama denganNya, dan tiada sesuatu yang boleh berdiri bersamaNya. 

ayat ni jugak tekankan perlunya kecenderungan kepada satu hala sahaja. supaya hati kita lebih mudah berfokus.  seorang mukmin yang dalam hatinya ada Allah, akan selalu fokuskan hidup dia untuk Allah. segala unsur-unsur dalam hidup dia diambil dari Al-Quran dan Sunnah. hati yang satu ni akan membentuk fikiran dan akhlak seseorang. kalau baik hati ni, maka baiklah seluruh kehidupan dia. 

tidak ada dua rongga dalam hatinya dimana dia kafir dan beriman pada masa yang sama, atau dia ikhlas dan riak pada masa yang sama, atau dia beramal dengan Islam pada masa yang sama dia beramal juga dengan Jahiliyah.

dalam surah Al-Ahzab, Allah menceritakan tentang Perang Badar, Perang Ahzab, perang bani quraizah, tentang kedudukan orang munafik dan orang yahudi. semua tu peristiwa-peristiwa besar yang dilalui umat islam. namun, disebalik benda-benda besar, Allah mengaitkan kejadian-kejadian ini dengan satu titik asal iaitu akidah, dan menyerah diri kepada ketentuan Allah.

pada awal surah, Allah suruh Rasulullah untuk bertaqwa pada Allah dan tidak terikut-ikut dengan hawa nafsu dan pengaruh orang-orang kafir dan munafik. sebaliknya, Allah suruh Rasulullah untuk mengikut perintah Allah, sebagaimana dalam Al- Quran, dan bertawakkal kepada Allah. Arahan Allah sangat obvious dan jelas. sama jugak lah dalam apa-apa situasi yang kita hadapi, kita perlu berbalik pada Allah. menyerah dan bertawakkal kepada Allah.

manusia tidak mungkin mencenderungkan dirinya lebih kepada satu kecenderungan.tak mungkin untuk dia mengikuti lebih dari satu manhaj.

zihar. anak angkat. dan syariat selepas tu yang Allah arahkan, merupakan satu penetapan. iaitu sistem yang berasaskan manhaj Islam dan hukum Allah.pengarahan agar ia menetap dalam hati.

wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment