Wednesday, January 14, 2015

expansion v.01





pengembangan.

tarbiyah.
Certainly did Allah confer [great] favor upon the believers when He sent among them a Messenger from themselves, reciting to them His verses and purifying them and teaching them the Book and wisdom, although they had been before in manifest error.  [ali-imran:164]

tarbiyah dalam bahasa maksudnya pelihara, ambil berat, perbaiki dan merawat. dari istilahnya bermakna penambahan dan perkembangan. macam seorang ibu menjaga anak ibarat menatang minyak yang penuh. melatih anakanak dari kecil sampai ke besar.memberi sepenuh perhatian kepda keperluan anakanak dan akhirnya, menyaksikan perkembangan anak tu mengikut apa yang diingini.

roba-yarbu: tumbuh berkembang.
robiya-yarba: tumbuh naturally.
robba-yarubbu: memperbaiki, meningkatkan.

begitulah tarbiyah.

hakikat jiwa manusia ada dua: pertama ialah ia sering terdorong untuk berbuat dosa. dan kedua, ia ada potensi untuk mengenal pencipta, dan terbuka untuk menerima hidayah Allah. tarbiyah cover: akal, jasad dan ruh. tarbiyah cover both external dan internal. tarbiyah menginginkan perkembangan yang cukup. perkembangan itu perlulah syumul yang cover semua aspek. berkembang hati, amalan dan akhlak. sempurna. definitely, peningkatan yang sebegitu memerlukan sumber yang sangat pure dan sempurna. iaitu Al-Quran dan As-sunnah.

bila seseorang disuap dengan ilmu sampai membengkakkan kepala, ia perlu ditransform dan dihadap kepada bentuk amal. sungguh, teori saja tak menghasilkan apaapa. tarbiyah ingin melahirkan insan yang bergerak. dari membentuk diri sendiri kepada membentuk orang lain.

so, tarbiyah ada tiga. Tarbiyah Dzatiyah. membentuk diri sendiri. dan memastikan berjalannya pembentukan ruh. perlunya menjaga diri sendiri didahulukan daripada menjaga orang lain. dan juga kerana perhitungan amalan kelak sorang-sorang.

output dari tarbiyah yang berkesan ialah peribadi yang:

Aqidah yang sejahtera. Ibadah yang sahih. Akhlak yang mantap. Mampu berusaha. Berpengetahuan luas. Menjaga waktu. Kuat tubuh badan. Mampu melawan nafsu. Tersusun dalam urusan. Berguna untuk orang lain.

Tarbiyah Fardhiah. iaitu membentuk orang lain. individu kepada individu. dakwah ilallah. dan memastikan adanya penerusan chain dakwah. bila someone faham perlunya untuk menyampaikan kesaksian al-haq (syahadatul haq) kepada orang lain, dan memahami keperluan urgent dakwah fardhiah kepada masyarakat yang terkapaikapai dalam suasana jahiliyah ni. lalu perlunya seseorang yang berkeperibadian untuk keluar dari kepompong hidup baik sendirisendiri menuju masyarakat. untuk menjadi pewaris nabi. menyampaikan wahyu yang sama. pertama, dengan membina hubungan. kedua, membangkitkan keimanan dalam jiwa. dengan mengajak memikirkan hakikat keagungan Allah. dan hakikat penciptaan manusia. yang ketiga, dengan membentuk keperibadian dan membiasakan kebaikan. keempat pula, menjelaskan islamuna. islam yang syumul, mutakamil. kelima, mengenal asas islam. dan juga asas dakwah. melihat realiti manusia. keenam, membangkitkan kesedaran. basically, pembentukan individu perlukan taarif (pengenalan), takwin(pembentukan) dan tanfiz(pelaksanaan).

dan Tarbiyah Jamaiyah. iaitu berada dalam sistem untuk bekerja dalam barisan tersusun dan terancang. pelaksaan tarbiyah secara berobjektif.


tarbiyah memerlukan penerusan. yakni penerusan pembinaan individu soleh untuk menyelesaikan masalah ummah yang timbul macam cendawan. dalam gerabak dakwah yang meluncur laju, ada jiwa pemuda-pemuda yang suci dan ikhlas. moga kelak kita terlindung dari kebinasaan. amin.

tarbiyah bukan segalagalanya. namun, segalagalanya bermula dengan tarbiyah.




0 comments:

Post a Comment