Thursday, January 15, 2015

Summary of Juz Amma v.01



Alhamdulillah. Allah is the Greatest. Who create everything in this world. Who own everything here. Dan Allah cuma meminjamkan apa yang kita ada ni, untuk memudahkan kita beramal dan beribadah kepadaNya, supaya kelak, kita kembali padaNya.

insyaAllah, dalam satu majlis ilmu, adanya sakinah, rahmah dan kehadiran malaikat yang memayungi para pencinta ilmu. nama mereka disebutsebut oleh Allah dan penghuni langit. 

bila someone diketuk hatinya dengan hidayah, segalanya berubah. akidahnya makin suci. imannya makin jelas. hala tujunya berubah dari jahiliah kepada menuju Allah. peribadinya berubah. auratnya kini makin dicover sempurna. namun, sampai mana perubahan ni boleh berlaku? mungkinkah terberhenti di tengah jalan? dek kerana banyak sangat anasir-anasir jahat dan bukanbukan datang dari pelbagai arah. nafsu dan bisikan syaitan akan kembali menghimpit. bagaimana untuk dia mampu terus konsisten dan isiqamah untuk sentiasa dalam landasan yang betul menuju pada Allah? 

juzu' amma.

sumayyah. bilal. abu bakar. antara yang paling awal masuk islam. bila hati dipenuhi cahaya Allah, musuh-musuh agama Allah datang menghasut dan memberi amaran. ujian dan siksaan datang bertimpa-timpa. tapi mereka tegar. tegar kepada Allah. Allahuakhbar. hanya Muhammad dan wahyu yang disampaikan baginda menjadi kekuatan. 

juzu' amma tekankan bab aqidah. sebab mostly surahs dalam juzuk amma semuanya ayatayat makiyyah. diturunkan semasa fasa mekah. dari saat kerasulan Rasulullah sampai la ke sebelum hijrah. hanya akidah akidah akidah. belum ada solat. puasa. zakat. haji. belum ada arahan-arahan dari Allah pasal syariat. kerana menepati situasi sahabat masa tu, yang perlukan kekuatan aqidah untuk terus istiqamah untuk Islam. 

begitulah keperluan kita, untuk terus berusaha untuk istiqamah dalam berbuat perubahan ke arah yang lebih baik. 

ciri khas surah makiyyah ni antaranya, surah dia pendek-pendek, dan menyentuh. mostly ayat yang ceritakan tentang keagungan Allah.dan akhirat. syurga dan neraka. 

eh. dah sampai summary. here is the summary of few early surahs of juz amma.

AN-NAAS: motivasi dalaman untuk berubah tinggalkan jahiliyah. surah ni cerita tentang hakikat penciptaan manusia, dan hakikat kebesaran Allah. Allah itu Rabb, Malik dan Ilah manusia. Rabb: yang mencipta, yang memberi rezeki, yang memiliki; Malik: raja, perintah, hakim ; Ilah: yang berhak disembah, yang mencipta, matlamat kepada segala sesuatu. surah ni guide kita macam mana nak jaga hati. tentang pentingnya tarbiyah dalaman. manusia ada hati (zikrullah), jasad (burger), akal (sains dan matematik). antara tiga ni, hati yang paling penting. sungguh, kita hamba yang sangat lemah. tak mampu nak buat apa-apa. jadi, kita kena minta pertolongan dari Allah. minta Allah beri kekuatan. dan surah ni ajar kita untuk kenal musuh-musuh yang menghalang kita berubah. sifat was-was, bisikan syaitan dan nafsu. minta kekuatan pada Allah untuk mujahadah dan berubah.

AL-FALAQ: motivasi luaran untuk berubah tinggalkan jahiliyah. surah ni guide kita untuk memohon pertolongan Allah daripada semua kejahatan makhluk Allah. dan sebab Allah yang mencipta makluk-maklukNya termasuk iblis dan segala sumber kejahatan tu. sangat-sangat perlu kita bergantung harap pada Allah. dari kejahatan malam. dari sihir dan dari hasad dengki. 

AL-IKHLAS: mentauhidkan Allah supaya ikhlas untuk berubah. kita kena yakin pada Allah. kita perlu memotivasikan diri untuk sentiasa ikhlas dalam setiap amalan, hasil dari iman yang mantap kepada Allah. kita kena meyakini sifat-sifat Allah yang hebat. Ahad. tiada sesuatu yang sama dengan Allah. Allah Rabb, Malik, dan ilah. bila kita tahu yang Allah lah yang memilik segala kerajaan, Allah saja yang layak dicinta, Allah yang memberi rezeki, hanya Allah tempat bergantung, so kita rasa apa-apa yang kita buat ni semua kerana Allah. kita akan berserah bulat-bulat pada Allah.dan kita akan tahu, segala benda lain semua tak kekal. so takyah kejar benda yang tak kekal, dan hanya kejar redha Allah. keypoint: set niat, jangan takut selain Allah, dan terus istiqamah untuk berubah.

AL-MASAD: dalam proses nak berubah, mungkin akan ada halangan dari orang tersayang. kawan-kawan. bila kita dah berubah, mesti kawan-kawan perasan. pakai dah lain. dah pakai stokin. bila kawan ajak g tengok movie, kita taknak. ah. sangat alien. parents, bila kita nak pegi program baikbaik tapi diorang tak bagi.  dan macam-macam lagi. kisah ni pasal Abu Lahab yang kelak jadi tali serabut, jadi bahan bakar kat neraka. Abu Lahab orang yang fisrt tolak dakwah nabi masa rasulullah kat bukit safa. before nabi diangkat jadi Rasulullah, dialah yang paling sayang kat Rasulullah.waktu tu, masyarakat mekah ada non-muslim dan muslim. non muslim pulak ada yang taknak betulbetul, ada yang 50-50, ada yang nak tapi segan. jadi, muslim kena jadi macam panadol untuk absorb diorang untuk dekat dengan kita.

AN-NASR: tapi janji Allah ialah-kemenangan untuk orang yang bermuhasabah dan berjaya atasi halangan untuk berubah. yeay! . xpe, orang baikbaik Allah akan tolong. surah ni lagi menambah kekuatan untuk kita sebab kita tahu apa yang kita buat sekarang ni, segala penat lelah, nanges-nanges sebab clash dengan pakwe ke ape ke, semua ada ganjaran dari Allah. semangat semangat ! (: surah ni pasal pertolongan Allah. masa tu, Rasulullah berjaya balik kampung halaman yang baginda rindu-rindukan. masa tu, orang islam dah ramai. segala pengorbanan Rasulullah dah terbalas. jadi, kita kena jadi orang yang benar-benar amalkan islam, barulah islam boleh menang. kemenangan kecil bagi kita ialah bila kita dah berjaya mujahadah nafsu.

AL-KAFIRUN: bila kita berjaya berubah sikit demi sedikit, lepas tu kita kena jauhi jahiliyah, dan kena bezakan antara jahiliyah dan islam.sayonara jahiliyah. sangat beza yang kufur dengan yang beriman. gantikan jahiliah dengan islam. kita perlu sentiasa merasakan kita dalam keadaan berdosa.surah ni warn orang yang berubah untuk betulbetul pisahkan jahiliah dari islam. kita takleh nak negotiate dengan kafirun. takde kompromi. kalau ade benda kemungkaran ke, kita rejek terus. dan bila kita nak nego dengan diri sendiri, kita kena tegas. bila kita konfius nak baca buku novel ke nak baca majalah jom, pastu tak tau nak pilih mana?  ha. pandai-pandailah.

AL-KAUTHAR: kita perlu bersyukur sebab Allah memilih kita untuk menerima hidayah Allah. jadi kita perlu guna nikmat mata, telinga untuk islam. Allah dah beri banyak sangat nikmat kat kita, jadi kita kena banyakbanyak bersyukur pada Allah supaya kita dapat istiqamah untuk berubah. kita juga kena sedar akan ada tanggungjawab berat yang menanti lepas ni. surah ni cerita pasal quraisy ejek rasulullah. anak-anak Rasulullah ada yang dah meninggal, dan kaum quraisy pulak mengejek-ejek rasulullah, kata yang rasulullah dah takde waris. tujuan diorang untuk putuskan dakwah. tapi Allah dah bagi nikmat yang sangat banyak. ada nikmat islam. pengikut dakwah dah makin hari makin banyak. ada yang mewarisi perjuangan islam sampai ke hari ni. Islam akan sentiasa ada pembela., tapi bagaimana dengan pengorbanan dan sumbangan kita untuk islam?

AL-MAUN: kita perlu tunjuk quwah yang baik kepada orang sekeliling, dan juga pada orang yang kita nak santuni nanti. jangan jadi macam orang yang dustakan agama. time dakwah lain, time tak dakwah lain. iman yang baik akan terpancar melalui akhlak dan perwatakan. orang yang mendustakan agama termasuklah diorang yang tak membantu anak yatim, orang miskin, orang yang lalai dalam solat, dan orang yang suka menunjuk. orang yatim dan orang miskin ni analoginya macam orang yang tak ada tarbiyah. mereka sangat memerlukan. Allah mencela kalau orang yang ada ilmu tapi dia tak beri.  sebab dia tak berdakwah. Allah mencela kalau dia baik, tapi bila solat dia lalai, dan dia tak bagi bantuan ruhi dan material kepada yang perlukan.

QURAISY: segala nikmat dan keistimewaan yang Allah bagi pada kita, kita kena guna dengan sebaiknya untuk jalan Allah dan untuk menjayakan dakwah. dalam surah ni, Allah dah beri banyak nikmat pada quraisy tapi diorang still sombong dan tak nak sembah Allah.










0 comments:

Post a Comment